Trademark Kapit - Roti Canai Goreng

Hallo! Hallo! Hallo! Rindunya nak blogwalking baca blog kawan-kawan tapi memang susah nak curi masa. Hari ni saya paksa diri untuk update jugak blog ni sebab stress sangat ngadap kerja je. Memang kerja tak pandai nak menyurut kan? Makin hujung tahun macam ni makin rancak pulak HQ sana turunkan waran buat program itu program ini. Hmm... layannnn je lah dah namanya kuli kerajaan.

Hari ni cerita throwback masa trip ke Kapit hari tu. Selalu dengar je orang kata kalau ke Kapit memang kena makan roti canai goreng. Roti canai, digoreng? Hmm... apa rasanya ek? Macam pelik pun ada.

Tapi memang, trademark Kapit ni roti canai goreng. Kalau ke Sibu wajib try mee kampua & kompia. Kapit pulak, roti canai goreng.



So pagi-pagi kami ke Gelanggang Kenyalang ni untuk cari roti canai goreng yang selalu diperkatakan tu. Nasib adik yang no 2 selalu travelling ke Kapit so dia taulah di mana nak cari makan pagi-pagi. Gelanggang Kenyalang ni macam food courtlah, kat tingkat atas ada kedai-kedai. Kalau di Kuching macam Medan Niaga Kubah. Di depan Gelanggang Kenyalang ni ada pasar tamu atau orang sana panggil market. Awal-awal pagi dah meriah dah kat sini.

Encik Suami dan ipar seawal 7 pagi dah ke kedai Hajjah Putih ni. Roti canai ni dalam kol 9 dah habis so diorang booking awallah untuk kami ni. Bukannya lambat sebab apa sebab ada si kecik Aydin tu yang nak kena neb lagi pagi-pagi. Memang dia tak berapa sihat dari Kuching lagi dah.


Lama jugak tunggu walaupun dah booking. Saya try roti telur goreng. Kalau roti canai goreng memang crunchy. Rasa makan keropok macam tu.


Saya ni sejenis yang suka roti telor, not bad rasanya. Memang rare.


Kami 3 beradik dan Aydin. Aydin badmood masa tu tu yang tak layan camera. Hehehe!


Kalau diberi peluang ke Kapit lagi, nak jugak teringin merasa nak naik express pulak. 3 jam dari Sibu. Tenang sangat duduk jauh dari bandar macam ni. Mesti tak busy, mesti rilek-rilek je. Hmm...

Begitulah kita ni, selalu tak bersyukur. Astaga...

 

18 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Seronoknya jenjalan...hari tu tengok tiket ke Tawau...mak aiii....telan ailio jap...ke KK pun harga boleh tahan...

    ReplyDelete
  2. Dolok kmk pernah ngekot laki kmk tinggal di sungai asap, Belaga. Nya ngaja di Sia. Ya Allah nang best hidup di Sia dengan suasana hutan, sejuk Dan damai. Cuma yalah lalu jalan Lori balak besar². San asa nyawa. Nangga kayu balak besar² kedak besar kancil sebatang kayu. Macam² dipikir bila ngirin Lori balak. Bila suami bait express ke kapit alu bingung ati. Tapi bila dah sikda di Sia. Rindu mok ke sinun agik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ***kedak sebesar kereta kancil sebatang kayu balak.

      Delete
  3. Mcm2 variasi skrg, lain dari lain
    sedapp.x.mim

    ReplyDelete
  4. Selaku peminat roti canai, memang teringin akak nak mencuba roti canai goreng ni.
    Seronok Mim selalu jalan2 dengan adik-beradik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh try kak... deep fry tgk dia buat dr luar

      Delete
  5. nampak rupa dia tu mesti ranggup dan layan la bila makan tu ye kak

    ReplyDelete
  6. Ooo.. be.gitu rupanya. Sebab, setahu kita, roti canai memang cara masakannya digoreng, tapi goreng guna minyak sedikit. Agaknya kalau roti canai goreng di Kapit ni, dia deep fried ke? Sebab tak ada gambar semasa ia sedang dimasak

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya kak... deep fry mcm goreng pisang tu.. x terfikir pulak nk ambik gambar dia tgh masak

      Delete
  7. Nyaman sik roti canai goreng ya Kakmim? Nang rare...

    Kmk org dah merasa nait bot ekspres dari zaman kecik marek, masa belum ada jalan darat ke Mukah. Angol nyawa hahaha! Last sekali nait bot ekspres masa mengandungkan Khayal 6 bulan. Sekali sampai air surut, cali juak ngenang dengan perut besar ya mok nekik jambatan ekspres adeh2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bg kmk nyaman koh... hehehe

      kmk last nait express ke area daro sblm nikah dolok... ya lah teringin juak rasa walaupun sidak madah dh x byk express jalan agik nektok

      Delete
  8. Teringin jugak nak rasa. Biasalah tu kak, orang dok bandar nak rasa duduk kampung dan sebaliknya

    ReplyDelete
  9. Wah menarik...
    Macam Shanghai Pancake la tapi ni versi souvry..
    Mee Kampua blm pernah makan..nak google jap tengok macamana rupa dia🤭

    ReplyDelete
  10. Teringin pula nak rasa roti canai goreng yang crunchy tu. Harap-harap sempatlah jalan-jalan Sarawak sebelum pindah balik Selangor.

    ReplyDelete
  11. ammi pun lately sangat sibuk di office sampai tak sempat nak update apatah lagi BW...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form