Jumaat Dah Ke?

Macam baru je semalam hari Isnin, hari ni dah Jumaat? Itulah akibatnya bila cuti umum jatuh di tengah-tengah minggu. Ada member semalam lagilah terlambat ambik anak balik sekolah sebab ingat semalam hari Isnin, padahal semalam hari Khamis dan hari Khamis budak balik sekolah awal! Hahaha.. macam-macam bila dah fokus kerja.

Sejujurnya minggu ni tak sempat blogwalking. Berkenaan entri saya pergi facial sebelum ni rupanya ramai jugak yang sekapal dengan saya ye. Last buat facial masa sebelum kawen. Kalau saya, 14 tahun yang lepas lah sebab anak sulung pun dah masuk 13 tahun tahun ni. Nampaknya saya tak berseorangan ada jugak geng yang tak buat facial. Kah kah!

Macam baru je semalam Isnin kan? Hari ni dah Jumaat. Eh budak pun mula cuti sekolah la hari ni. Memang takde plan ke mana-mana pun sebab hujung-hujung tahun macam ni memang busy. Begitulah anak-anak, tak semestinya apa yang kita nak kita dapat ye. Chill chill saja main kat rumah nenek tu tau.

Semalam dan hari ni sibuk berbengkel. Sebab tu takde masa nak curi-curi blogwalking. PC sendiri pun terabai 2 hari ni. Tapi tak apa, esok Sabtu means hujung minggu dah kan?


 Korang dah ada plan ke cuti-cuti sekolah macam ni?? Hmmm....

8 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Hahaaa... betullah cuti tengah-tengah minggu tu buat kita keliru. Waktu shopping hari Rabu tu, Encik Suami kata macam 'hari Ahad!'

    ReplyDelete
  2. sama la, lgi truk ingatkan budak cuti selepas minggu depan. ptt cikgu suruh ambik report card.

    ReplyDelete
  3. cuti sekolah ni orang takde anak macam saya duduk rumah je diam-diam. nak mintak cuti pun susah dapat. hehe

    ReplyDelete
  4. Dok umah je kita... Tak ke mana2 sgt pun.. Tgk tibi layan netflix.. Viu 😅

    ReplyDelete
  5. Bila cuti kat tengah-tengah memang confuse dibuatnya.. hehehe..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form