Ben Wong di Kuching Book Fair

Peminat Komik-M mesti kenal Ben Wong
Artis komik untuk siri-siri Komik-M
25-27/11/2022 berlangsungnya Kuching Book Fair di Pustaka
3 hari tersebut memang ada slot "Jumpa & Tegur Ben Wong"
Plannya nak pergi hari Sabtu sebelum ke Kumon
Tapi Ibu malas nak drive, Ayah pulak kerja
Sebab kat Pustaka ni susah jugak nak cari parking kalau ada event
So kita tunggu Ayah ada biar Ayah drive
Kami pergi pada hari Ahadnya

Di sini kita

Tapi frustated jugaklah
Ingatkan banyak penerbit yang join KBF ni
Rupanya limited... sangat
Memandangkan rutin membeli komik memang rutin bulanan #theIMANs 
Bulan ni membeli di KBF ni plus bonus dapat jumpa Ben Wong
Ibu pulak tak dapat apa-apa
Ayah dapatlah sebuah buku yang orang drop di Pustaka dan kita boleh pilih dan ambik

Semasa menu ggu queue nak dapatkan autograf Ben Wong
Kalau tau boleh bawak koleksi sendiri mesti dah bawak jugak
Ben Wong cakap siapa yang ada koleksi lama dan bawa ke Pustaka dia akan bagi lagi 2 komik percuma
Tapi tak apalah at least Abang dapat tengok sendiri Ben Wong melukis 

Ya bukan saja dapat autograf
Ben Wong siap tanya lagi nak lukis apa

Abang cakap lukis robot


Tadaaa.. ada lakaran robot apa entah di cover komik
Ibu pun tak kenal nama robot-robot tu

Friendly je Ben Wong ni melayan budak-budak
Seronok tengok orang pandai melukis
Melukis ni benda yang paling saya tak suka masa sekolah dulu
Sebabnya tak pandai melukis!
Kerja pun jarang hantar
Hihihi
Nasib baiklah subjek Pendidikan Seni sampai form 3 je
Menengah atas dah tak jumpa dah drawing block
Hehehe

Sementara di luar dewan, ada booth-booth jualan


Tapi yang paling Kakak Iman suka booth barang-barang anime
Layan je lah.. bukan selalu

Ada landyard, badge, keychain

Kusyuk je dia memilih badge karektor anime kegemaran 

Di luar Pustaka pulak ada Maker Market

Ada 1 booth tu dia bagi kita buat Gundam
Kalau selesai dalam masa 30 minit, kita boleh bawa balik
Nasiblah lelaki-lelaki di rumah ni bukan collector Gundam

Oh ya semasa ronda dalam Pustaka lalu di booth urusetia
Ternampak ni, boleh claim free gift


So saya tunjuklah resit pembelian buku saya kat staf bertugas
Excited tu nak claim free gift
Tau apa free giftnya?


2 batang pen je uols
Alahai.. terpaling hampa sungguh

Lepas tu kami pun meredah hujan renyai-renyai untuk ke next destination pulak. Lagipun kalau ditunggu hujan berhenti takut tak berhenti pulak jadi makin lebat. Sekian melaporkan dari Pustaka Negeri Sarawak. 


 

19 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. wah..menariks nya.. kalu hero MA kenal la ni kot...kite memang x la

    ReplyDelete
  2. bestnya seronok theIMANs..hopefully kuantan pun ada buat bookfair cuti sekolah nnt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? lepak² saja sambil belek² sinopsis pun dh bahagia

      Delete
  3. Alamak sad ending hehe.. tapi mesti abang2 seoronok dapat jumpa orang yang mereka minat kan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sad lah jugak.. sbb sy x dpt apa² pn hari tu

      Delete
  4. suk la sidak biak jumpa kartunis faveret sidaknya hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aok.. dah la dapat hadiah jawab kuiz gik ya.. hehehe

      Delete
  5. Nampak seronoklah kakak Iman tu kan, dapat badge karektor kesukaan. Budak tengah meningkat memang tu la yg dia minat, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang... walaupun komik siri dia xde yg latest kt situ tp dpt badge dh happy dah

      Delete
  6. at least anak2 seronok kan..x ramai penulis buku cina kan...tapi macam menarik la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. mmg jarang sgt jumpa kan? selalunya org kita je

      Delete
  7. Kanak-kanak lebih sukakan komik fiksyen berbanding buku cerita atau novel..
    Zaman kita dulu dapat novel pun layan..tapi takda la dapat jumpa penulisnya🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya... buat skrg ni kami biar je dia baca komik dulu nnt lama² dh besar sikit minatlah dia ke buku pulak... hopefully insya allah

      Delete
  8. Femes Ben Wong ni. Ada jugaklah baca komik dia tapi dah lama dah. Selamat membaca untuk The Imans

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. bukan selalu uncle.. hehe.. kalau kt semenanjung mungkin selalu kot buat mee & greet mcm ni, kt sini mmg jaranglah

      Delete
  10. Wah.. Ben Wong.. Kalau saya nie, memang excitedlah.. Suka penulis yang mesra dengan pembaca macam nie..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form