Farewell Dinner


Encik Suami: Mok pegi farewell dinner Hj Lan sik?
Saya: Sine? On!

Excited pulak bila Encik Suami ajak pergi dinner. Selalunya event staf hospital ni memang happening. Lepas tu dah lama sangat takde event makan-makan macam ni di hotel. Walaupun tau hotel tu takdelah sesedap mana pun makannya tapi yang kita nak tu - suasana dan kenal-kenal staf-staf department Encik Suami. 

Kami pergi bertiga je. Yang 3 orang lagi tinggal kat rumah nenek.


Sempat kau... sebabnya kami sampai awal sebab Encik Suami kena setting laptop bagai Kalau orang dah ramai segan jugak sebab kita ni tetamu je. Kalau staf, takpe jugak bergambar sakan.


Iman, cepatttt kita bergambar sebelum orang lain sampai. Hahaha


Wife kepada BFF Encik Suami, lama sangat tak jumpa.


Staf Encik Suami yang juga member blogger. Kenal dari blog zaman 2008 dulu. Zaman suka blogging pasal persiapan kawen, first pregnancy & anak sulung, Iman.


Walaupun tak plan, tapi aktiviti karok ni takde masalah bagi dia. Hahaha!


Eh eh, tetiba no saya naik masa cabutan ke-7 nombor bertuah malam tu. Bila sampai je rumah, pandai je Awan teka, tupperware ni mesti hadiah Ibu. Nampak sangat Ibu ni peminat Tupperware sampai Tipuware pun diorang cakap Tupperware. Tapi lawa jugak Tipuware ni, kaler soft pink lagi tu.


Nombor Iman je tak bertuah. Hehehe. So balik dengan 2 hadiah nombor bertuahlah malam tu.


7 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Bertuah jugaklah wpun dapat tipuware. Tu bukan tipu bodod2 punya, hihi.

    ReplyDelete
  2. Tahniah kakmim...bertuah tu..datang dinner nombor naik..
    eh..tema hitam yer dua beranak tu..hihihi

    ReplyDelete
  3. Bertuah Kakmim, nombor naik. Tipuware pun sekarang lawa-lawa dah, udah macam Tupperware rupanya. :)

    ReplyDelete
  4. berbaloi la balik tangan tak kosong! Tahniah!

    ReplyDelete
  5. Syok juga sesekali turut serta. Memeriahkan majlis orang kata. Eh no.7, no favourite saya tu. Alhamdulillah..ada habuannya juga mengikut dapat hadiah :)

    ReplyDelete
  6. tipuware boleh guna harian kalau tupperware sayang nak guna nak bagi anak bawa bekal pun risau hahaha

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form