Hello November




Assalamualaikum! 
Dah 1 hari bulan November dah hari ni.
11 bulan di tahun 2022, macam sekejap sangat tahun 2022. 

Mungkin bulan ni kita dah boleh mula muhasabah diri berapa banyak pahala yang telah kita kumpul setakat 11 bulan ni. Yang bekerja makan gaji dan majikannya ialah kerajaan Malaysia pun dah boleh semak balik KPI masing-masing sebab nak isi SKU la LNPT la lepas ni. Begitulah bila bekerja makan gaji. Kenalah ikut prosedur daripada majikan. Prosedur kita sebagai hamba Allah pun kena semak jugak. Semoga seimbang dunia dan akhirat kita, insya Allah.

Sebelum organ-organ badan kita mula beroperasi dan berfungsi, jangan lupa 'top-up' dengan supplement yang perlu ya. 

All happiness depends on a leisurely breakfast.


Selamat pagi & selamat bertugas semua!



 

7 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Salam November... setuju apa yg Mim katakan itu.

    ReplyDelete
  2. Banyak nak mencapai KPI ni. Semoga baik baik dan indah indah je di bulan November. Pagi pagi kena ada tenaga baru cergas buat kerja. Mengopi atau mengeteh duluan.

    ReplyDelete
  3. Pejam celik pejam celik dah November dah kan, sekejap betul masa berlalu.

    ReplyDelete
  4. selamat pagi, sama la kita..kopi pagi2 dulu... have a good day!

    ReplyDelete
  5. Selamat bertugas! Jaga kesihatan la kita ye, tahun bertambah, umur pun bertambah kanzz

    ReplyDelete
  6. Memang terasa sekejapan je dah berada di penghujung tahun. Banyak yang tak tercapai lagi untuk tahun ni.

    ReplyDelete
  7. Waalaikumussalam.
    Memang perlu muhasabah diri. Kurangkan keluhan, dan lebihkan rasa syukur dengan apa yang Allah beri.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form