Insiden Tertinggal Beg Bekal

Alahai anak-anak dan bapaknya. Tiap hari kalau takde kes memang tak sah. Hari ni Alan tertinggal beg bekal pulak dalam kereta. Hmmm...



Alan dan Awan ni satu sekolah dan sekolah mereka ke arah pusat bandar so memang tugasan Ayah untuk hantar dan ambik mereka ke sekolah. Macam biasalah sampai di ofis atau masa driving saya akan call Encik Suami nak follow up Awan dan Alan. Pagi ni Encik Suami cakap Awan tidur masa on the way ke sekolah, Alan pula sembang lebih macam biasa. So far so good lah bunyinya.

Tetiba bila saya dah mula blogwalking.. oops, itulah kejanya kalau sampai di ofis, henfon berbunyi pulak. Encik Suami call.

"Ada insiden ni", di hujung talian Encik Suami bersuara. Ah, sudah, apa pulak ni. Rupanya Alan tertinggal beg bekalnya. Dah sampai tempat parking barulah Ayah perasan beg bekalnya masih ada. Begitulah ya, orang lelaki. Nak dibebel memang tak lut, tiap hari dah bebel benda yang sama. Bukan kali pertama berlaku ni, dulu Awan pun pernah. Abang Kakak memang tak pernah tengoklah siapa 'driver' Abang dan Kakaknya.

"Lepas tok kamek hantar ke sekolah," kata Encik Suami lagi.

Tak sampai 5 minit lepas tu, guru kelas Alan pulak call. Tak pernah pulak cikgu call ni.

"Puan, Idlan ni.. menangis, dia sedih beg bekal tertinggal," kata cikgu sebaik saja menjawab salam saya. Dah agak dah mesti menangis ni.

"Takpe cikgu, bagitau dia Ayah dia on the way ke sekolah hantar beg bekal," jawab saya, rasa nak tergelak pun ada. Mesti Alan risau Ibu marah sebab bekalnya tertinggal, lepas tu dia risau nanti nak makan apa masa rehat. Nak membeli di kantin bukannya dia reti sangat. Nanti kalau beli pun adalah komplen, tak kenyanglah, mahal lah. Hahaha.

"Baiklah, baiklah", kata cikgu lega.

Lepas tu saya call balik Encik Suami, bagitau guru kelas Alan ada call. Gelak je kita berdua. Alan ni memang, skema boy. Nanti petang nak dengar cerita dia pulak. Mesti banyak faktor-faktor dan alasan kenapa dia boleh tertinggal bawak beg bekal semasa keluar dari kereta. Hehehe.

 

6 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Yeayyyyy Kak Mim pun boleh dah komen melalui hp yer?!!! Xoxo!
    Alahai! Ada saja insiden di hari Isnin yer kak..
    Sabaq je lah.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya... br boleh lepas disable setting tu... ahahaha... tq ya ibu aqil

      Delete
  2. hihi..ada je drama ke sekolah. Aduhaii sian Alan menangis dia.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form