Birthday Aydin ke-6 Tahun


Kisah petang semalam

Semalam balik dari Kumon dan makan di Balado, kami ke rumah cousin untuk celebrate birthday anaknya. Plannya pergi sekejap je sebab jam 5 ada latihan silat pulak. Tapi sampai je di rumah cousin, tok guru maklumkan dalam whatsapp group latihan silat minggu ni ditangguhkan. Bolehlah berlama-lama sikit kat rumah cousin. 


Kebetulan sama January babies, Aydin pun tumpang bergambar jugak sebab birthday Aydin 19/01 yang lalu. Tapi muka tu kontrol sebab rumah dan majlis orang kan? Kalau tak, dia ni lah budak yang suka senyum terpaling lebar.


Sesi bergambar pun dia tengok henfon Iwa je. Sape Iwa? Sayalah. Hehehe. Tapi Iwa tak dapat jugak nak berlama-lama di situ kan Iwa nak masak-masak untuk dinner kat rumah Aydin pulak.

Kisah malam tadi

Malamnya celebrate birthday Aydin pulak kat rumah Aydin. Rumah kami selang 7 buah rumah je. Sebab tu lah senang je nak angkut periuk dari rumah saya ke rumah Aydin. Tema kek Aydin tahun ni Spiderman. Tak ada pulak Iwa ambik gambar Aydin dengan costume Spidermannya.


Aydin bersama firsr cousins dan 2nd cousins . Yang 3 orang lagi anak kepada cousin saya.


Cheat day katanya. Terpaksalah makan sebab sedap.


Kek Batik Cadbury ni memang tak boleh tak makan bila melihatnya. 
Sob sob!! Sedih mengenangkan diet gulaku.


Ini pun sama, kek batik horlick. Belum lagi dengan air
Zappel F&Nnya lagi. Menyesal pun ada sebab makan banyak.

Kisah pagi tadi

Sambung lagi pagi tadi, dari 9 pagi sampai 6 petang. Makan pun dalam kolam. Memang tak rugilah sewa kolam ni hari ni. Baru perasan birthday boy takde dalam gambar. Haha!

Mochi pulak untuk hari ni. Biasalah budak-budak ni kalau berendam lama dalam air mesti asyik kebulur. Memang kena standby banyak makanan.


Sesambil tu saya dan 2 orang adik but popia carbonara. Si bongsu yang buat intinya.


Saya dan adik no 3 tukang gulung je.


Gosip punya gosip habis sebungkus popia dan inti carbonara. Mozarella cheese je ada balance. Fuh, kenyang habis, tea time makan macam-macam termasuk air Coke! Sob sob! Bertambah lagi gula. Bukan main lagi minggu ni saya berusaha kontrol air manis, tapi di hujung minggu berbotol-botol pulak menggulakan diri. Huwaaa!!

So, malam ni saya tak makan tau. malam tadi air Zapple, siang tadi pulak air Coke! Haippp!!

Aydin ni kira cousin #theIMANs paling bongsu setakat ni. Ibunya adik saya yang no 2. Ada 4 lagi adik saya yang belum kahwin.

 

7 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Comelnya Aidyn..
    Lawa kek dia..
    Semoga membesar dengan sihat ye Aydin..
    Diberkati Allah swt dunia dan akhirat.. ;)

    ReplyDelete
  2. budak2 dengan spiderman memang tak dapat dipisahkan.... :D

    ReplyDelete
  3. happy birthday Aydin
    semoga membesar sehat dan jd ank yg soleh

    ReplyDelete
  4. Kek Batik Horlick tu nampak tempting lah.. pertama kali juga nampak. Kalau ada kat sini macam nak cuba.

    ReplyDelete
  5. happy birthday Aydin..moga jadi anak yg soleh.

    ReplyDelete
  6. happy belated birthday Aydin...

    amboiiii ni lebih daripda meriah punya birthday party....menu punnnn mengancam diet! hahahaha

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form