Cuti Rehat Kerana Tak Sihat

8 Ramadhan (Khamis) - Semalam saya terpaksa cuti rehat sebab tetiba sakit dada dan sakit badan pada malam kelmarin. Nak pergi klinik ambik MC terasa malas. Sakit dada tiba-tiba menyerang semasa rehat-rehat lepas solat terawih. Masa tu saya tengah membaca posting di FB yang memaklumkan kenalan FB sudah meninggal dunia selepas berjuang melawan kanser. Dada rasa sesak, rasa kena tumbuk, bernafas pun susah. Ini kali kedua saya mendapat serangan macam ni. Check oksigen, normal (99%), check tekanan darah pun normal. Encik Suami cakap muscle cramp. Saya tak taulah bagaimana simptom anxiety, saya rasa saya tak ada pulak anxiety. Tapi sakit dada ni agak berpanjangan jugaklah sampai belakang dan pinggang pun sakit. Mungkin simptom nak 'bendera jepun' pun jugaklah. Tapi sakit dada tu memang taubatlah tak nak merasa lagi. Cukuplah 2 kali saja.

Akibat sakit-sakit badan dan pinggang, jalan pun terbongkok-bongkok. Tak larat sungguh nak sediakan makanan untuk sahur. So semalam semua bersahur makan Maggi Cup dan coco crunch dan susu saja. Nasib baik jugak tak ada komplen dari Awan dan Alan.

Bila dah cuti, rehat je lah memanjang dari pagi, tengah hari pelan-pelan bangkit masak wing masak kicap kegemaran #theIMANs. Iyalah dah rasa bersalah sebab sahur tak makan nasik. Petangnya saya tumis sayur sawi, goreng kentang ala wedges dan buat sambal kentang campur tempe. Cukuplah untuk berbuka. Yang penting lauk kegemaran #theIMANs dah ada.


Dan.. dia datang lagi. Cer baca notis kat bawah tu.

Malam ni pulak takde air gais, nasib baiklah kol 10 malam sampai 3 pagi. Selalunya saya akan masak nasik untuk sahur sebelum tidur. Nampak gayanya petang ni kenalah masak nasik sekali untuk bersahur. Jumaat petang rutin saya kena basuh baju. Malam ni tak adalah rutin membasuh baju. Huhu.

 

22 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. semoga kak mim sihat2 aje. susah la jika x de air paip pd bln puasa mcm ni. dah la cuaca panas n kering skrg...dugaan..

    ReplyDelete
  2. Semoga baik-baik saja ye Kakmim 🤲
    Aik, makin kerap pulak takde airnya :(

    ReplyDelete
  3. Semoga Allah kurniakan kesembuhan..
    Saya pun dah mula ada gejala enxie. tengah memandu tetiba panic menggigil padahal tiada apa kecemasan pun..tapi tetap juga berdoa agar Allah jauhkan dan jika ada juga semoga Allah sembuhkan..🤲

    ReplyDelete
  4. Bawa-bawa berehat ye Mira.
    Aduhai, Kak Amie dapat bayangkan kesakitannya sampai jalan terbongkok-bongkok.
    Bertabahlah apabila masalah air datang tak diundang.

    ReplyDelete
  5. syafakillah... mudah
    mudahan kak mim kembali sembuh spt sedia kala aminnn

    ReplyDelete
  6. mungkin juga sebab baca posting FB tu kakmim,lepas ni cuba elak baca post yang sedih2...saya skrg pun dah tak boleh tengok drama yang sedih akan ada rasa tekanan berat pada dada tapi tak rasa sakit cuma rasa tak selesa..faktor umur macam kita juga kot nak tenang-tenang je

    ReplyDelete
  7. Moga Allah kurniakan kesembuhan buat Mim.

    Alamak…masih tak siap lagi kerja2 paip. Bertabahlah.

    ReplyDelete
  8. Cepat sembuh ya Kakmim, signal untuk berehat sebentar tu.

    ReplyDelete
  9. Cuba kita polah health screening especially jantung Kakmim. Takut ajak bah. Semoga cepat sembuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada polah ECG bln 8 thn lepas... alhamdulillah... semua ok & normal.. tq sis

      Delete
  10. Kak mim, cepat sehat yaaa, dan semoga tak ada bahaya apa2 sakitnya. Jangan terlalu capek kak. 🤗

    Nampaaak sedaaap masakan kak mim, pasti happy anak2 ada makanan favorit mereka ❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur Allah bagi sedap pd anak²... pd org lain belom tentu

      Delete
  11. Moga kitak sihat hendaknya mem. Kamek dah jarang nangga socmed kinek tuk mem kecuali blog. Tambah kamek hypertiroidisme, nang mudah nak berdebar bila baca berita pelik².

    ReplyDelete
  12. Allahu..semoga kembali normal, rest well Kak Mim...

    ReplyDelete
  13. lepas ni kalau sakit dada gitu lagi silalah buat test ye...buat ECG ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah buat medical check up inc ecg dh ammi... tq ya

      Delete
  14. Pergi buat ECG please...semoga cepat sihat..SA pernah kena dulu..buat ECG lepas tu result okey xde masalah...masalah angin gastrik dan sampai kena anxiety...lama gak bertahan...apapun cepat sihat ye

    ReplyDelete
  15. Semoga diberikan kesihatan yang baik Kak Mim..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form