Pengalaman Abang Tadarus di Masjid

Assalamualaikum, salam hari Isnin. Saya masih lagi Monday blues sebab lama sangat cuti, Jumaat, Sabtu dan Ahad. Tak pernah-pernah masuk ofis bulan puasa ni sampai ofis tidur balik di meja. Hari ni lemau je rasanya. 3 hari cuti memang well-spend berkemas rumah, tak ke bazaar langsung 3 hari cuti ni. Shopping mall apatah lagi, dengar cerita malam-malam dah jem macam balik kerja sebelah petang dah sebab bazaar aidil fitri pun dah mula. Lepas ni bolehlah menjenguk mall dan bazaar aidil fitri kot, saja nak ambik feel hari raya tu, eh.

19 ramadhan dah ni, memang belum lagi berbuka di luar, buka rumah mak baru sekali, rumah mertua baru sekali. Salah satu sebabnya Abang tadarus di masjid di taman kami tahun ni. Walaupun kadang-kadang terawih di rumah saja tapi lepas terawih ke masjid untuk tadarus pulak. Alhamdulillah malam tadi dah majlis khatamal quran. Lepas ni takde dah tadarus sebab masjid dah fokus untuk program qiyamullail untuk 10 malam terakhir.


Awal dah khatam. Malam tadi lambat sikit balik dari biasa kerana ada majlis sedikit.


Malam tadi semua jemaah masjid buat solat terawih  8 rakaat je untuk memberi peluang majlis khatamal quran.

Abang kecik je di belakang sebelah kiri.

Abang dan rakan-rakan.

Abang balik dari masjid.

Dapat sijil penyertaan.

Siangnya masjid ada buat bubur pedas. So dalam beg abang ada bubur pedas jugak.

Selain tu, dalam beg tu ada pulut sambal dan bunga telur. Bunga telur saya cakap dia kena makan sebab lepas khatam. Dia makan jugak walaupun dia bukannya suka pun makan telur rebus.

Dan ada kurma jugak sekali duit raya RM5. 

Tapi tadarus sekarang tak macam kita tadarus kecik-kecik dulu. Semua yang tadarus diberi page untuk dibaca serentak untuk menjimatkan masa. Bukan baca sorang-sorang macam dulu. Kalau dulu, lepas sorang habis baca baru kita pula baca. Ustaz cakap buat macam ni sebab nak habiskan awal sebab malam sekolah. Tapi betul dalam 10.05 dah setel dah. Dalam 20 minit je tadarus. 

Alhamdulillah setelah PKP, akhirnya kita dapat kembali mengimarahkan ramadhan kita seperti dulu-dulu. Kalau dulu nak terawih di masjid pun tak dapat, apatah lagi budak-budak nak bertadarus. Syukurlah abang ada pengalaman join tadarus ramai-ramai di masjid macam ni.

 

13 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Wah…terbaik Abang dan pihak masjid 👏
    Siap bagi sijil. Boleh jadi kenangan.

    Yelah, akak dulu tadarus di asrama sekolah…kena baca sorang-sorang, yang lain dengar dan betulkan bacaan kita.

    ReplyDelete
  2. Program Tadarus Al-Qur'an di bulan Ramadhan yang sangat bagus ini. Selamat ya, Bang.

    ReplyDelete
  3. pengalaman untuk abang seronok kan bang...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Tahniah untuk abang, dapat sijil lagi.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah! Tahniah abang. Sejuk perut Kak Mim mengandungkan anak soleh. ;)

    ReplyDelete
  6. Saya pun bermonday blues juga! Kurang sihat.
    Tahniah abang, Pengalaman yang sangat bagus untuknya.

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah
    aktiviti wajid bin ramadhan
    teringat jga zaman. kanak2 tadarus, kan dulu sorang2 bc. mengigil jga bila sampai turn ha haa

    ReplyDelete
  8. tahniah bang👍👍👍kejap je dah selesai tadarus. kami jg yg x selesai2 lg ni😁

    tahniah jg kpd pihak masjid yg anjurkan program ni👍👍

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah. Bagusnya Abang berjaya khatam. Tahniah!

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah.. Perubahan mengikut keadaan semasa.. Tambahan pula malam sekolah.. Misi dan tujuan tetap terlaksana.. Mengimarahkan Ramadan..

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah.. iris punya sekolah pun next week majlis khatam nya

    ReplyDelete
  12. Seronoknya abang dapat tambah pengalaman...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form