𝐆𝐀𝐍𝐓𝐈𝐀𝐍 𝐂𝐔𝐓𝐈 𝐑𝐄𝐇𝐀𝐓 (𝐆𝐂𝐑): 𝐊𝐄𝐍𝐀𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐃𝐀𝐑 𝐌𝐀𝐊𝐒𝐈𝐌𝐔𝐌 & 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐋 𝐀𝐖𝐀𝐑𝐃 𝐖𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐔𝐍𝐀𝐈



Kerajaan melalui pembentangan 𝐁𝐞𝐥𝐚𝐧𝐣𝐚𝐰𝐚𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟑 telah bersetuju:


🔴Kenaikan kadar maksimum Gantian Cuti Rehat (GCR) daripada 160 hari kepada 𝟏𝟖𝟎 𝐡𝐚𝐫𝐢

🔴Pemberian awal award wang tunai GCR sebanyak 𝟗𝟎 𝐡𝐚𝐫𝐢. 


▪️Pegawai yang telah memilih Skim Pencen mahupun Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berhasrat untuk memohon pemberian awal award wang tunai GCR perlu memenuhi syarat-syarat berikut: 


(a) tempoh perkhidmatan pegawai tidak kurang daripada 15 tahun

(b) pegawai telah mencapai umur 45 tahun semasa permohonan dibuat

(c) jumlah terkumpul GCR sekurang-kurangnya 90 hari

(d) bebas daripada prosiding jenayah atau tindakan tatatertib 

(e) mendapat perakuan daripada Ketua Jabatan.


▪️Pemberian awal award wang tunai GCR sebanyak 90 hari hanya boleh dibuat 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐥𝐢 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐣𝐚 𝐬𝐞𝐩𝐚𝐧𝐣𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐫𝐤𝐡𝐢𝐝𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐠𝐚𝐰𝐚𝐢.


▪️Rujukan punca kuasa:

(i) Surat edaran JPA/PEN/228/26/6-13 Jld. 5 (29) bertarikh 12 Mei 2023

(ii) Ceraian PP.1.3.1.: Pemberian Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat (GCR)

(iii) Ceraian PP.1.3.3.: Kebenaran Gantian Cuti Rehat Melebihi 180 Hari Digunakan Sebagai Cuti Rehat Pada Tahun Persaraan

(iv) Ceraian PP.1.3.4.: Pemberian Awal Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat  



Pautan: https://www.jpa.gov.my/surat-edaran/tahun-2023/3015-surat-edaran-kenaikan-kadar-gcr-dan-pemberian-awal-award-wang-tunai

Baca juga: https://www.kakmim.com/2020/12/gcr-gantian-cuti-rehat.html

7 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

Previous Post Next Post

Contact Form