Family Dinner di The Hidden Grove

Ini kisah makan-makan keluarga sempena Hari Ibu dan pre-birthday Ayahanda 2 minggu yang lepas. Birthday Ayahanda jatuh pada 16 Mei, kami sekeluarga makan-makan pada 13 Mei. Actually takdelah nak sambut sangat Hari Ibu, just nak gathering di luar je sempena adik-adik yang kerja luar dari Kuching semuanya ada di Kuching pada hujung minggu tu.

Kali ni kami try restoren seafood yang baru, The Hidden Grove, tapi ownernya memang well known bagi yang selalu makan seafood di Topspot Bukit Mata. Owner yang sama dengan kedai 25 di Topspot dan The Reef. 

Bagi yang biasa ke Kuching, antara tempat makan seafood di tengah-tengah bandaraya Kuching yang mudah untuk diakses ialah Topspot Bukit Mata yang terletak di bangunan UTC Kuching. Berhampiran UTC ni memang banyak hotel berbagai bintang dari yang banyak bintang sampai yang takde bintang pun ada. Antara hotel-hotel yang berhampiran ialah Pullman, Riverside Majestic, Astana Wing, Hilton, Harbour View, Grand Margharita dan yang masih 90% dalam pembinaan ialah Sheraton. Nampak gaya dari Sheraton nanti ada bridge yang terus masuk ke level 5 di mana Topspot berada. Senanglah bagi yang stay di Sheraton untuk pergi makan seafood.

Kita layan VTT semasa di The Hidden Grove, err bukan VTT saya tapi adik saya. Saya memang kureng sikit bab video. Baik saya menulis, eh menaip.


Bila makan ramai-ramai ni memang saya jarang ambil gambar makanan. Sembang-sembang lagi penting. Kalau makan bersama family kecil saya pulak ikut mood. Kalau ada mood, adalah gambar, ada gambar ada cerita di blog. Kalau mood ke gunung-ganang, takde gambar dan takdelah ceritanya di blog. Begitulah rutin lifestyle blogger. Tak jugak semua kisah yang terakam di blog. Tak gitu? Ada yang tak sempat update, ada yang dah lama sangat jadi malas dah nak update.

Cubaan saya ber 0.5 😜

8 beranak, tak termasuk anak menantu dan cucu-cucu

Ladies only 😚

Kaum ibu. Saya no 1, mak dan mak Aydin, no 2

Anak sulung kakak Iman & Azzalea

BFF Awan dan Iyul (Imran dan Amirul)

Kami semua

Sebelum balik ber0.5 lagi. Adik lagi pro daripada kakaknya 😅

Ayahanda dan bonda yang dikasihi 🥰

Bukannya tak boleh masak-masak dan makan-makan kat rumah tapi kalau ada special occasion kami memang cari masa untuk gathering family dinner kat luar. Sementara orang tua masih sihat kan? Bila lagi nak menggembirakan mereka?

Oh ya, rasanya orang Kuching masih ramai tak tau The Hidden Grove ni. Ianya terletak sama di bangunan UTC, di Level 3 sama dengan UTC. Kalau Topspot pulak di Level 5. So nak ke sini parking je terus di Level 3 tak perlu dah nak tunggu lif lahi. Biasalah lif ke Topspot ada 2 je, memang berkicap menunggu kalau weekend, time orang berduyun-duyun ke sini. Harga? Standard seafood la tapi di The Hidden Grove ni lebih privasi, suasana takdelah bising macam di Topspot. Tenang-tenang gitu, private tapi masih open. Staf crew on lagu birthday untuk meja lain selamber je lah join nyanyi bersama turut memeriahkan suasana. 

Sempat ajak tokey The Hidden Grove selfie selepas buat payment. Terbaik 5 haa! 

 

14 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Seronok, dapat bergather-gather satu family.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul... mkn di umah bila berkumpul semua pun dh meriah ni kan pulak kalau gather² kt luar

      Delete
  2. Seru nih Mbak kalau makan malam bersama keluarga. Banyak ngobrol, banyak bercanda, banyak tawa...tapi ya memang harus disempatkan untuk berfoto, untuk bahan posting di blog...

    Salam sehat selalu untuk seluruh anggota keluarga Mbak disana.

    Salam persahabatan,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya benarin tu... sesambil bonding dgn famili kita rakamkan memori di blog

      Delete
  3. Mula saya baca hidden grave🏃🤣
    Saya salfok wajah awet muda bonda..Apa rahsianya?

    In syaa Allah hujung tahun plan nak ke Kuching...boleh masuk list ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rahsianya x tau pulak kak... hehehe... mungkin kawen muda kot... insya allah nnt bolehla gathering sekali... ajak kak SK sekali.. hahaha

      Delete
  4. Kita pernah makan kat Topspot tu.. lama dahhhhh... Tapi mmg ingat ada hotel cantik kat situ.

    Nanti lain kali jika ada rezeki ke Kuching, boleh la ke The Hidden Grove ni pulak, tentu lebih tenang suasananya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jommm.... famili cella nk ke kch hjg thn ni... mai lah reunion kt sini.. hahaha

      Delete
  5. wah .. meriah bila dpt gather2 ni kan..
    good morning kak mim, lum dpt lagi kopi lagi pagi ni...baru nak bfast ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... selagi ada masa utk famili

      Delete
  6. Terasa kemeriahan apabila tengok gambar.

    ReplyDelete
  7. meriahnya kak, best bila kumpul ramai-ramai gini. Tapikan masa akak bergambar 3 org akak, emak dan adik dana mula2 ingat mak tu adik beradik akak tau. Nampak sangat awet muda mak akak...

    ReplyDelete
  8. baruk tauk juak tempat tok...klak sages dgn famili untuk teringin nak makan benda heavy kedak tok

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form