Kenangan Manis PJJ 2016-2019

Sempena hari Khamis kita berthrowbacklah ye. Ini kisah zaman #theIMANs semua masih kecik. Tengah hoo haa hoo haa ke sana ke mari. Zaman kekecohan yakmat sebab ada 2 baby yang beza setahun je. Masa tu jugaklah rezeki berPJJ dengan Encik Suami. Alahai.. banyak hikmahnya masa tu. Tahun 2016 jadi catatan terpenting dalam pelayaran bahtera rumah tangga kami kerana kami mula berPJJ sejak Alan berusia 7 bulan lagi!

Sepanjang PJJ Encik Suami akan balik setiap 2 minggu sekali. Tiba je hari Jumaat berkejarlah kami anak-beranak ke airport menjemput Encik Suami dan ayah diorang akan balik ke KL semula pada hari Ahad malam ataupun awal pagi Isnin. Selain itu, kami anak-beranak pun akan melawat Ayah sambil bercuti di Putrajaya setahun sekali. Kami mula menggunakan waran balik ke wilayah asal, iaitu kelebihan untuk penjawat awam yang berkhidmat di Sabah/Sarawak atau Semenanjung Malaysia sejak 2016 hingga tahun 2019. Alhamdulillah ada jugaklah ihsan dari kerajaan Malaysia kepada penjawat awam yang berkhidmat bukan di negeri asal. Tahun 2017 pula boleh diabadikan sebagai sejarah peribadi keluarga apabila saya memberanikan diri 'angkut' 4 budak kecik ni naik flight seorang diri! Bayangkan.. bayangkan. Semua perasaan bercampur-baur. Nervous, excited, takut, semua ada. Hahaha.. kenangan.

Selalunya kalau ke Melaya kami akan stay di rumah transit kerajaan di Putrajaya sebab masa Encik Suami berkhidmat di sana, dia menyewa bersama budak-budak bujang je. Kalau saya ada urusan rasmi di Putrajaya, kami akan stay di hotel area Putrajaya or Cyberjaya. Pada tahun 2019 seingat saya bulan 9 macam tu, Encik Suami dapat keputusan berjaya berpindah semula ke Kuching, Sarawak. Dan dan masa tu jugak dan-dan dapat call yang dia telah berjaya mendapat penempatan di kuarters kerajaan di Putrajaya. Hahaha! Bayangkan 3 tahun queue untuk nak dapat kuarters. Dah berjaya pindah balik ke negeri asal baru dapat kuarters. Takde rezeki.

Gambar-gambar ni diambil semasa kami bawak #theIMANs naik train ke Jalan TAR. Biasalah benda tak ada di Sarawak so kami nak bagi #theIMANs dapat experience tu walaupun masih kecil lagi. Merasa jugaklah penuh tangan bawak 4-4 budak kecik ni. 2 dengan Encik Suami dan 2 lagi dengan saya. Memang kecoh, tapi inilah kenangan yang manis dikenang. Memang orang akan perati je kita sebab bahasa pun dah lain, orang akan tau orang Sarawak la tu. Hahaha!

Sebenarnya cita-cita masa PJJ dulu saya nak aktif blogging tapi memang tak kesampaian. Rasanya zaman PJJ ni lah saya paling aktif berFB sebab senang je kan nak update FB & IG instead of update blog. Takpelah benda yang lepas jangan dikenang. Walau apapun, kami berjaya jugak menempuhi cabaran semasa PJJ. Alan dari umur 7 bulan hingga 4 tahun kekurangan kasih-sayang seorang Ayah sebab tu lah dia yang paling rapat dengan Ayah sekarang. 

PJJ is awesome tau, memang banyak yang saya dapat ambil iktibar semasa PJJ. Jom share pengalaman PJJ korang pulak.

 

19 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Alamak...Kak SA nanti akan PJJ ngan En Tunang...hahaha..x jauh pun JB-Seremban je kan...ntah camne la rasanya nanti..nasib kami takde plan nak tambah anak atas faktor usia...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada manisnya jugak PJJ ni.. tapi kalau boleh xmo la PJJ.. kalau boleh usahakan utk x PJJ... semoga dipermudahkan semuanya nnt kak

      Delete
  2. saya tak dapat bayang kalau saya ditempat kakmim,rsnya sy tak mampu lalui,sy sempat PJJ di awal perkahwinan itu pun tak lama setahun je masa tu Pia belum ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dok sorg mmg sakit rasanya, bak kata husband sy.. sbb dia dh tahap ke arah depression dah bila dh terlalu lama PJJ... sy ok sbb ada anak² dan famili sy yg support.. kalau xde family yg support mmg depression jugak rasanya

      Delete
  3. PJJ dgn fam ada laa... dr form 1 smpi habis U dah duduk jauh dgn fan. bla dah keje pun sama...

    tak rasa sukar pun sbb semua benda buat sendiri. boleh belajar.

    maknanya, lps abis keje tu terus bergegas ke KLIA ke mcm mn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. sy 1st time berjauhan dgn keluarga semasa masuk U... terus naik belon pulak tu... cuti semester br dpt balik... so far happy je masa student sbb mmg sendiri yg pilih u di semenanjung

      en suami yang dr ofis terus ambik ERL ke klia... kami agak² nak sampai br ke airport

      Delete
  4. Fuh…memang mencabar nak handle 4 budak kecik naik flight. Syukur Mim dah berjaya lalui semuanya.

    Akak pernah la berPJJ selama 1 thn gitu. Seminggu sekali suami balik. Sedih part kena sahur dan buka sorang, maklumlah takde rezeki anak buat peneman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu.. sorang² memang terasa kak ujie.. tapi skrg dh ke sana-sini bersama kan? alhamdulillah

      Delete
  5. Tahniah & alhamdulillah K.Mim berjaya melalui PJJ dgn baik. Ia tak mudah sebenarnya kan?. Sbb akak pun ada pengalaman PJJ, akak tau.

    Tip PJJ ni.. Cari circle yg positif je.. supaya kita kekal optimis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... bos-bos pun semua memahami.. anyway, thanks kak MM

      Delete
  6. Alhamdulillah, berjaya menempuh cabaran ber-PJJ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kak SK, ada pahit ada manisnya.. syukur berjaya dilalui sehingga sebelum Covid melanda

      Delete
  7. Banyak pengorbanan untuk menempuh pjj ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah wak tapi hidup perlu diteruskan.. alhamdulillah dugaan dalam kehidupan berumahtangga

      Delete
  8. Kuat Kakmim masa PJJ, jaga 4 anak-anak yang masih kecil. Hebat!
    Saya pernah merasa PJJ sekejap je, suami masuk hospital seminggu. Mencabar emosi sesangat.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, berjaya Kak Mim & suami mengharungi PJJ dgn anak2 masih kecil...seorang ibu itu kuat..

    ReplyDelete
  10. tokl la namanya woman power...mun kamek embak anak 3 orang sekali gus ...nang sik pat...kamboh....mok sik mok terpaksa ikut turn...apa-apapun tahniah kerana melalui PJJ dengan kejayaan....

    ReplyDelete
  11. Mujur masa PJJ tu ada family members duduk berdekatan, kalau dengan anak2 je mau depression. At least sakit pening Kakmim, family boleh tengok2 anak sekejap. Tahniah Kakmim merasa pengalaman PJJ yang pasti ada pahit manisnya.

    ReplyDelete
  12. Sebagian masa lalu memang menjadi kenangan indah di masa depan ya Mbak.
    Mbak, tidak terbayangkan bagaimana repotnya membawa 4 anak kecil dalam penerbangan. Salut atas keberaniannya.

    Salam persahabatan,

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form