Kuih Titisan Hujan Concubine Lane

Alahai, tak habis lagi ke cerita pergi Perak hari tu? Take time sikit nak update kat sini. Pelan-pelan ye baca. Kalau malas baca, boleh jamu mata tengok gambar makanan. Hehehe.

Selesai melawat Gua Kek Look Tong rombongan kami dibawa meronda bandaraya Ipoh, tapi dalam bas je lah. Sebab ada 2 orang ahi rombongan yakni kazen kami yang memang dilahirkan di Ipoh dan bersekolah di Ipoh semasa ayah mereka masih bertugas sebagai askar suatu masa dulu. So saja je lah throwback balik kuarters yang pernah mereka duduk, sekolah rendah dan menengah mereka, padang bola di kem mereka, nostalgia habis lah KLMJ. Kami yang tak tau apa ni tengok je lah. Sempat jugaklah dibawak lalu di Lost World of Tambun. Iya, lalu je, tak singgah. Dalam hati saya ni, dah berdebar-debar dah bilalah nak sampai di stesen keretapi Ipoh. Kang ada yang kena tinggal tren pulak.

Tapi sampai di dataran bandaraya Ipoh, excited pulak bila kami 'dilepaskan' untuk ke Concubine Lane, jalan-jalan di food street bazaar. Ketua rombongan awal dah inform nanti pergilah carik kuih titisan hujan yang viral tu. Saya pun, apa tu? Memang tak tau langsung walaupun viral katanya. Menonong je lah kami cuci mata di melalui food street stall yang banyak di situ. Orang pulak ramai, mungkin petang minggu kot. Akhirnya jumpa jugaklah kami stall yang menjual kuih titisan hujan tu.


Oh, ini rupanya. Baru teringat pernah terbaca kuih yang viral di Miri ni. Asal-usul kuih ni dari Jepun sebenarnya. Namanya memang catchy, rasanya tak tau lagilah masa tu. Saya try je lah beli 2. Dah ada kat situ kan, rugi pulak kalau tak merasa.

Simple je kuih ni, ada jelly/agar-agar yang jernih, gula melaka dan kacang tanah kisar. Cara makannya campur je semua tu. Tapi saya tak letaklah gula melaka banyak sebab nanti manis sangat. Rasanya so-so je. Tak ada lah wow sangat. Tapi at least kalau orang tanya, ha tau dah apa nak dijawab macam mana rasanya. Taste kita tak sama kan, mungkin ada yang suka, saya pulak takdelah tak suka tapi biasa-biasa je.

Sempat bergambar dengan seller.

Memang macam-macam kedai je ada di situ, tapi orang ramai tak dapat nak menghayati satu-satu kedai. Mana yang sempat je lah kami bergambar.

Dari bannernya, Wawasan Cendol ni cendol yang glamer kot, banyak gambar artis yang ada di banner tu tapi sayang seribu kali sayang, saya bukan peminat cendol, pulut ke durian ke memang tak berapa. Tanya kat bapak nak ke tak makan cendol, semua ditanya tak nak, so kita tumpang bergambar je.

Waffle ice cream bukannya rare tapi presentationnya yang rare. Nasib baik Abang, Awan dan Alan tak follow kitorang, sebab hero 3 orang tu memang peminat waffle. Masa ni Awan, Alan dan Abang cari toilet dengan Ayah. Sebab tu cepat je kaki kami ke sana ke mari dengan ketiadaan mereka bertiga. 

Mochi ni memang rare, rasanya kat Kuching memang tak ada mochi yang dijual macam ni. Rasanya sedap. Tapi mochi ni adik bongsu saya yang beli, masa ni dia jalan dengan mak, kami pulak team bapak. Hehehe. Orang membeli saya merasa. Yang ni saya puas hati.

Ada banyak lagi stall food street yang menarik kat sini, sepatutnya kena jalan-jalan lama sikit barulah best. Ni kami terkejar-kejar mengejar masa memang tak sempat nak menghayati sangat. Bagi yang ke Ipoh memang wajiblah ke sini. Tak makan pun tak apa janji cuci mata je pun dah cukup.

Tempat menarik lain di negeri Perak yang kami sempat pergi hari tu ialah seperti:

13 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. masa ke sini 2 thn lps x jumpa.pun kuih ni... byk jg laa gerai tutup... so dtg utk cuci mata je

    ReplyDelete
  2. Kuih ni pernah viral kan...
    tapi saya belum ada rezeki nak buat & nak rasa..cute la kuih tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm senang je nk buatnya... chewahhh.. yer yer je aku... hahaha... sy sokong akak try buat nnt

      Delete
  3. Saya suka tengok rupa kuih titisan hujan, nampak unik. Tapi belum ada rezeki hendak makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak.. syg nk makan... fragile je comel

      Delete
  4. Saya pun tak pernah cuba lagi kuih titisan hujan tu, walaupun dok Perak. Concubine lane tu macam susah nak parking, atau saya je yang kurang familiar area Ipoh. Nantilah satu hari, kalo ada rezeki. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami naik bas then driver stop dkt padang perbandaran yg org main bola tu... pastu jalan kaki ke area concubine lane tu... kalau naik kereta sy pun xtau nk park kt mana.. hehe

      Delete
    2. Oh.. saya rasa, saya dapat agak dah. Padang Royal Ipoh Club kan, tu. Baik. Mekasih, Kakmim.

      Delete
  5. Pernah dengar tapi belum pernah rasa lagi...
    Sy dah beribu kali ke Ipoh cumanya tak pernah melawat tmpt² menarik di sini huhu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuti sekolah ni nnt boleh la jjcm ipoh pulak... nasik ganja.. mee kicap.. hehehe

      Delete
  6. Ya rabbi...Gua Kek Look tu kat Perak..tak baca betul2 terus ingat kat Sarawak..wakakaka...bila la akak nak JJCM kat Perak mcm ni...kereta dah ada..kena la tunggu Dania cuti

    ReplyDelete
  7. menarik nih...belum explore concubine lane lg..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form