Awan Alan Menang Tempat Ke-2 Spell It Right


It's TBT!! Throwback Thursday gais!! Kisah minggu lepas, hari Sabtu. Malas nak update dulu sebab tunggu admin FB sekolah untuk update gambar tapi sampai ke hari ni tak ada gambar English Mini Carnival ni. Gambar yang cikgu share di whatsapp grup kelas je ada.

Kecoh Awan Alan bagitau mereka terpilih untuk pertandingan Spell It Right minggu lepas. Saya dah imagine berdiri sorang-sorang atas pentas dan eja perkataan yang diberi. Rupanya itu pertandingan Spelling Bee. Itu yang saya pelik kenapa dalam kumpulan. Rupanya selepas briefing Awan dan Alan bagitau mereka akan main game macam Running Man dan akan dapat task di setiap stesen. Oh, begitu. Seronok jugak tu, bermain sambil belajar. Awal saya pesan, kalau dalam kumpulan kena fikir sama-sama, bincang dan yang paling penting kena laju. Itulah semangat berpasukan, teamwork, saya pesan. Kamek tauk Bu, kata Alan. Memang cikgu ada pesan. Baiklah kalau begitu.

Awan dan team, mewakili kelas mereka.


Kalau tak silap ni di stesen ke-2 kata Awan. Kena eja guna cup air yang disedia tu.

Alan dan team kelasnya. Hai lah Alan posing macam tu pulak dia.

Team Alan menerima hamper tempat kedua untuk tahun 2 daripada GB mereka. 

Masuk je kereta, dua-dua tak sabar bagitau mereka menang. "Kamek orang menang Bu, no 2", kata Awan. "Kamek orang pun no 2", kata Alan. Ya ya, Ibu dah tau pun cikgu dah maklum dalam whatsapp grup kelas. Tapi tetap jugak tanya itu ini begitu begini, main apa, soalan apa ditanya, susah ke senang soalan, laju ke lambat siap. Alhamdulillah mereka happy. Tapi Ibu tak happy bila masuk je kereta bau budak sekolah masya Allah. Hahaha! Iya lah berpeluh berlari bermain, memang 'harum semerbak' bau kedua-duanya. 


Latest update di whatsapp grup kelas hari ini, Awan menerima sijil penyertaan daripada GB semasa perhimpunan pagi tadi.

Guru kelas ambil gambar team Alan di dalam kelas.

Terima kasih cikgu update dengan parents. Syiok kan sekarang ada grup whatsapp kelas, kalau zaman kita dulu manalah nak dapat gambar masa belajar dalam kelas. Zaman now semuanya updated, tinggal rajin atau tak je nak update dalam grup whatsapp.

 

11 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Tahniah Awan dan Alan! Seronok itu sambil belajar dan bermain.

    ReplyDelete
  2. Tahniah anakanda berdua 👍👍👍
    Ingat dulu selalu gak tengok SB competition tu...

    ReplyDelete
  3. seronok game macam ni,bukan budak2 je excited org dewasa pun kalau ada game mcm ni memang laju je join...haha bau budak sekolah tu memang xblh nak lari,ambil balik sekolah pun sama hilang bau wangi kereta

    ReplyDelete
  4. Selamat buat si kecil berdua😀masih kecil sudah berprestasi

    ReplyDelete
  5. Tahniah Awan & Alan 👏
    Macam seronok game-nya. Yelah, ingatkan yang mengeja atas pentas tu.

    ReplyDelete
  6. Tahniah Awan & Alan! 👏🏻👏🏻 ayat last kitak ya nak, terus kmk imagine giney nak perasaan cikgu kan, lagi la kena hadap berpuluh2 murid dalam kelas mun lekak PJ ya confirm pasang kipas angin kuat2 😆

    ReplyDelete
  7. congrats dear Alan!! terbaekkk laaa mesti happy dan seronok tu dpt no 2 ;)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form