Dalam post hari tu saya cakap nak datang lagi kan? Ya betul, kami datang lagi ke Sarapan Kampung semalam. Kali ini lebih banyak menu dan lebih ramai pesertanya. Hehehe.
Meriah breakfast kami, tu pun belum campur menu yang diorder oleh family adik saya sebab mereka sampai lambat.
Menu baharu yang kami try semalam ialah:
Serabai. Ya namanya serabai, rasanya macam apom dan makan kena cicah dengan sekaya homemade
Roti bakar telur goyang, kalau letak sekaya dah jadi roti titab kan?
Dan order dari kedai sebelah, mee goreng daging. Sedap la goreng-goreng kat kedai Dapur Que tu.
Goreng-goreng kami order di kedai no 9 ni
Kehadiran keluar breakfast semalam tak penuh, keluarga IMAN hanya 3/6, Awan Alan latihan silat di sekolah, kakak Iman pulak taknak join sebab nak tidur. Hehehe. Keluarga mak ngah pun 3/5, Aydin latihan nasyid di PASTI dan kakaknya Aya latihan kalam jamaie di SRITI. Apapun, kami semua happy dan kenyang, yeay!! Kenyang sampai tak perlu makan lunch tau. Hehehe.





9 Comments
Serabai nampak yummy sangat
ReplyDeleteMesti sedap menu² sampai repeat!
ReplyDeleteMakan ramai-ramai meriah. Suka juga serabai tapi jarang ada dijual di kedai.
ReplyDeleteSedap menu2 semua tu.
ReplyDeleteKalau roti titab tu akak tak makan kayanya sebab tak berapa gemar, macam tak kena telur separuh masak makan dengan kaya 😅
waaa terliurnyaaaa
ReplyDeleteni macam semua menu setiap negeri berkumpul disitu ye macam-macam ada
ReplyDeleteTerus rasa nak pi honeymoon kat Sarawak la..hahaha...tapi memang ada plan nak pi ngan en suami nanti..
ReplyDeleteSaya tak pernah merasa lagi serabai. Tak pernah jumpa.
ReplyDeletesedapnyaaaa serabaiiiii terbayang bayang cicah dgn serawa durian
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!