Cerita Gambar-Gambar dan Makan-Makan KLCC-BB


Selepas bas HOHO berhenti di Dataran Merdeka, kami pun lepak bergambar dan jalan-jalan sampailah ke Jalan Masjid India. Bila dah tak tau nak buat apa di Jalan Masjid India kami pun naik LRT ke KLCC. Masa macam ni je lah peluang untuk #theIMANs merasa naik public transport di KL. Di Kuching ni, naik bas pun tak pernah.

Dalam LRT nak ke KLCC

Di KLCC pun tak ada aktiviti, nak shopping pun tak. Survey-survey dulu timing nak masuk ke Petrosains sebab Alan Awan request nak ke sana.

Haa... bergambar dulu.

Apa-apa pun perut mesti diisi dulu. Tak lain dan tak bukan, makan di Texas Chicken, sebab fastfood ni tak ada di Kuching. #theIMANs ni ingat je fastfood yang ada ayam goreng macam ni.

Nasik wajib order jugak. Diorang ni tak makan nasik, tak sah.


Honey butter biscuit ni dah tak sedap dah. Huhuhu. Masin.

Makan guna tangan tu yang tak tahan. Whateverlah anak, janji kenyang.

Tak boleh jumpa ayam goreng, janji ada ayam goreng je, tak kisah yang lain.

Masuk Kinokuniya, #theIMANs lepak-lepak tengok komik anime, Ibu ronda-ronda carik buku yang dikenan tapi tak jumpa.

Ibu dan Awan

Pergi mall je mesti beli popcorn. Hmm.. di mana-mana tak kira Kuching ke KL ke, sama je..

Puas meronda di dalam KLCC, kita ke taman pulak. Pose ni wajib dari mereka kecik memang ada pose macam ni. (2023)

Jumpa jugak gambar lama. (2019)


Masa ni Usu yang bawak mereka main di playground. 

Dah namanya budak lelaki.

Upin dan Ipin ni haaa..

Kembar tak sama tahun, Awan dan Alan.

Santai eh..

Teknik posing kaki panjang, Ayah je reti.

Fuh  posing Alan ke main ya.

Lepas lepak di taman KLCC tiba masanya kami balik ke pangkal jalan.. kami ke KL Sentral sebelum balik ke Bukit Bintang tapi jalan-jalan dulu di Nu Sentral.

Kedai makcik ni wajib pergi, KLCC dah pegi, Nu Sentral ni tapau lagi uols. Selagi tak balik Kuching, setiap hari nak visit makcik Anne ni.

Lepas tu naik MRT pulak ke BB sebab kami stay hotel di area BB.

Sebelum balik hotel, makan malam lagi di area berhampiran hotel. BB ni memang tak susah nak cari makan. Nak dan tak nak je dengan fulusnya pun mesti ada jugak.

Kami makan santai-santai je sebelum balik berehat di hotel. Nak jalan-jalan lagi dah ponat dah.

9 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Kids & fried chicken jarang dapat dipisahkan :D
    Kalau posing ikut posisi 2019 tu mesti lagi gempak hehe...mcm orang sekarang suka buat :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu laa.. kalau plan mmg ikut posisi 2019 tp ni unexpected 😂😂

      Delete
  2. Seronok nampak #theimans jalan² walaupun penat sbenarnya turun naik public transport ni. Ah.. lama tak makan texas chicken.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak penat.. kalau awal pagi ok lg.. tp kalau bebudak masih larat jalan naik je public transport sbb naik grab kena ambik yg 6 seater ssh jugak nk dpt kdg2

      Delete
  3. menarik 'posing kaki panjang'..nampak tinggi jadinya...seronok ronda-ronda KL, lepas ni naik monorail pula....tak pernah naik HOHO...hihi..l

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah penah naik monorail dulu ms nk g kl tower 🤭🤭

      Delete
  4. aww, it's sweet to see you guys are having a precious time in KL! zaty jadi rindu pulak KL lepas baca posting ni. enjoyyyss! <3

    ReplyDelete
  5. Taman KLCC itu yg saya blm DTG sampai Skr 😄. Biasanya hanya foto depan twin towers, trus pergi tempat lain hahahahah. Next pengen juga ajak anak2' main kesana

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form