Sambal Belacan Udang - Sarawak Style

Home sweet home!! Kami sampai di rumah malam Sabtu yang lepas selepas on the road selama 7 jam dari Sibu. On the way balik Kuching kereta dah banyak di jalan mungkin sebab orang dah mula bercuti dan balik untuk krismas. Hentian rehat dan Petronas yang kami singgah semuanya penuh dan meriah. Tapi syok jugaklah tengok suasana meriah.

Bila dah sampai di rumah, terus membasuh baju-baju. Tak tahan mata tengok beg luggage bersusun depan mata. Begitulah mak-mak kan?

5 hari makan makanan luar, macam dah tak sanggup dah nak makan luar lagi. Tekak tercari-cari makanan homemade. Hari Ahad kami memang di rumah saja. Masaklah apa saja lauk yang ada di rumah. Nak menggrab pun tak lalu. Tekak memang nak makanan yang dimasak sendiri je.

Nasiblah dalam freezer masih ada stok udang dan isi ayam boneless. Boleh lah tu. Nak buat sambal belacan udang pun cun jugak. 


Mula-mula basuh udang dan grill atas pan. Sekali-sekala saya alih pan dan bakar udang-udang atas api. Fuh sedapnya bau udang kena bakar. Kemudian ketepikan bila dah masak.

Stok belacan dari Kampung Tambirat, Asajaya Kota Samarahan. Beli dari mak member di ofis. Memang dari dulu suka tempah dari dia. Dijamin bersih dan sedap. Saya suka potong belacan jadi kiub macam ni nanti nak pakai ambik je 1 kiub ke 2 kiub ke. Sebab tu saya potong tak sama saiz, ada besar ada kecik so nak pakai banyak ambiklah yang kiub besar. Sebelum ditumbuk dengan cili, belacan ni kita bakar dulu atas api. Sedapnya bau belacan dibakar. Lepas tu tumbuklah lumat dengan cili padi Siam. 

Lepas tu, udang yang siap dibakar tadi yang dah dikopek kulitnya, tumbuk sekali dengan cili dan belacan tadi sampai hancur. Ah, siap dah. Saya tak perah limau sebab nak mengekalkan kemanisan isi udang tu. Yummy!!

Dimakan dengan sayur terung asam. 

Dan udang rebus (ala pindang)

Alhamdulillah.. plan asal nak suruh Iman goreng telur dadar tapi tak jadi. Ini saja pun dah memakai. Kicap pedas untuk cicah udang. Lepas travelling makan simple macam ni dah cukup berselera dah. 

 

9 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. uniknya cara masakan tu...dan nampak sgt sedapppp

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...walaupun simple nampak sedap & menyelerakan..

    ReplyDelete
  3. Hari2 mkn luar jemu.. dpt lauk simple walaupun telur goreng sendiri pun nikmat sangat dah...

    ReplyDelete
  4. Kaaaak menariiik resep sambal udanghya, saya jadi teringin nak buaat 😍😍😍. Beugh kalo pedas, mantap ini kan ❤️👍

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form