Majilis Anugerah Murid Cemerlang 23/24

Hai semua, selamat berehat dan bercuti ya. Pagi-pagi hari raya cina ni hujan lebat pulak kat sini. Makinlah malas nak keluar rumah. Melepak je lah nampak gayanya pagi ni. Petang nanti tak taulah pulak kan? Sebab ada baucer Aeon yang akan expired esok, kena jugak ke Aeon hari ni.

Bila dok melepak di rumah ni baru lapang sikit nak taip cerita sepanjang minggu lepas. Agak busy jugak la minggu-minggu terakhir persekolahan ni. Abang je 2 kali buat jamuan, jamuan kelas & jamuan KAFA. Bila jamuan macam biasalah potluck. Nasib di ofis ibu tak buat potluck jugak, tapi still busy dengan pendaftaran pelajar baharu dan minggu suaikenal.


Kisah Majlis Anugerah Murid Cemerlang (MAMC) sekolah Awan dan Alan. Tak seperti tahun sebelumnya dibuat serentak, tahun ni dibuat 2 hari. Hari pertama Pra, PPKI, tahun 1 dan tahun 2 sementara hari kedua pulak tahun 3-6. Makanya tak dapatlah ibu ayah hadir bersama. Seorang murid, seorang je wakil ibu atau ayah hadir. So ayah hadir hari pertama, ibu hadir hari kedua.

Awal Alan dan ayah sampai, sempatlah bergambar depan stage.

Happy Alan dan bffnya dapat anugerah hari tu. 2 orang bffnya dapat anugerah untuk kelas mereka. Kalau ibu yang temankan Alan, mesti ibu tangkap bff 3 orang ni snap gambar. Untuk kenangan kan? Tapi bila part ayah ni memang taklah. Haha!

Alhamdulillah, tahniah Alan.

Syukur alhamdulillah, Alan dapat 5 anugerah.

Simpan sini sedutan live MAMC hari pertama (Alan)

Anak bongsu ayah ibu πŸ₯°

Hari kedua turn Ibu pulak menyantuni Awan. Ni gambar ihsan guru kelas Awan. Awal guru kelas panggil yang terima hadiah untuk bagi choc bouquet untuk diorang. Terima kasih, Cikgu Salina. Siap ambil lagi gambar di photo booth. Lepas habis majlis nak bergambar kat photo booth memang kena sabar, queue panjang giler!

Cikgu Salina dan anak-anak muridnya. Terima kasih cikgu jaga dan mendidik mereka semua.

Hari tu hujan, stage gelap tak cukup lighting. Ibu dapat zoom dari jauh tapi itulah, tak cantik kan? Dah kena tukar hp kot? Hahaha

Screenshot dari live FB sekolah je. Hari ke-2 simple pulak livenya. Alhamdulillah Awan dapat 3 anugerah.

Gambar dari lensa cikgu jugak terbaik. Diambil dari page fb sekolah.

Sedutan live Awan, hari kedua

Nak simpan sini jugak, pautan buku program MAMC 2024


Untuk kenangan Awan. 

Untuk kenangan Alan.

Anugerah yang tak diaangka πŸ˜‚πŸ˜‚

Banyak stok stationaries, macam tak perlu top up je. Semuanya sekolah dah sponsor. Haha! Alhamdulillah. Tahniah #theIMANs semua!





 

21 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Tahniah anak-anak, moga terus cemerlang.

    ReplyDelete
  2. Tahniah Alan dengan Awan. Alhamdulillah, sik perlu Banyak gik beli alat tulis daknya. Semoga terus cemerlang dunia akhirat hendaknya. Aamiin...

    ReplyDelete
  3. Tahniah Awan & Alan πŸ‘πŸ‘πŸ‘
    Baru sebut dgn suami, esok nak gi Aeon gakssss :D

    ReplyDelete
  4. Congrats Alan & AwanπŸ‘πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
  5. Tahniah, teruskan usaha dan kecemerlangan!

    ReplyDelete
  6. tahniah alan, awan. semoga membesar menjadi anak yang berjaya

    ReplyDelete
  7. aaa comel-comel. tahniah buat anak2 kakmim. tahniah buat ibunya juga.

    ReplyDelete
  8. Selamat kepada dek Alan dan dek Awan atas anugerah ini.
    Semoga tambah sukses dalam belajarnya.

    Salam,

    ReplyDelete
  9. Tahniah! Hebat anak-anak kakmim. Anak saya cuma sorang je naik pentas. Kakaknya tahun ni tak join sama huhu

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah , tahniah untuk anak-anak , moga lagi terus sukses selalu

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah, tahniah anak .. semoga terus berjaya untuk langkah seterusnya nanti.. ameennn

    ReplyDelete
  12. Tahniah Alan & Awan.
    Semoga terus sukses.
    Banyak tu hadiah stationeries. Naik kelas tak perlu beli dah 😁

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah! Tahniah buat anak-anak Mim πŸ‘πŸ½
    Bagus kan dapat hadiah alat tulis, memang sangat berguna dan jimat poket mak pak.

    ReplyDelete
  14. wahhhhhh besnyaaa Alan dpt banyak hadiahhh!

    ReplyDelete
  15. Rasanya memang tiap kali CNY pastilah selalu hujan πŸ˜„. Rasanya saya tak pernah melihat Imlek tanpa hujan 😁

    Congrats Alan πŸ₯³πŸ₯³πŸ₯³. Bangga pasti ibu ayah. Maintain selalu prestasinya yaaa

    ReplyDelete
  16. Rasanya memang tiap kali CNY pastilah selalu hujan πŸ˜„. Rasanya saya tak pernah melihat Imlek tanpa hujan 😁

    Congrats Alan πŸ₯³πŸ₯³πŸ₯³. Bangga pasti ibu ayah. Maintain selalu prestasinya yaaa

    ReplyDelete
  17. Tahniah, Alan dan Awan! Mesti seronok dapat naik pentas ambil hadiah 😊

    ReplyDelete
  18. Rupanya ada nama SK Semerah Padi ni ya?. Tahniah!!!

    ReplyDelete
  19. Selamat buat Alan. alhamdullilah luar biasa pencapaian nya.

    ReplyDelete
  20. Tahniah! Semoga jadi pembakar semangat untuk terus berjaya di masa depan.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form