Temujanji dengan The Make Over Guys dan Beli Baju Pengawas

Temujanji Dengan The Make Over Guys (MOG)

Selepas breakfast di Mom's Laksa, kami terus langsung ke Metrocity, KPI kami di hari-hari cuti ni. Kami terus saja ke show room The Make Over Guy.

Temujanji di MOG sepatutnya petang semalam (Isnin) tapi ditangguh ke pagi ni. Hari tu gatal tangan isi online form MOG, ingatkan tak layan, rupanya sekejap lepas tu terus diorang respon. Kebetulan show room MOG ada di Metrocity, boleh la pergi sesambil dengar apa yang diorang offer. Di show room MOG saja dari jam 11 pagi hingga 1.30 petang. Memang banyak input yang kami dapat dari pemilihan theme, material, furniture dan cara pembayaran.

Di sini saja dah setengah hari berlalu. Semoga ada sinar, yang manis-manis saja.

Beli Baju Pengawas

Setel urusan di MOG, kami terus ke Plaza Merdeka nak beli baju pengawas Alan. Dah nak setengah tahun sekolah baru dapat watikah pelantikan pengawas. Sebab tu baru nak beli baju pengawas. Itu pun baru dapat neck tie je, vest belum dapat lagi. Tapi cikgu cakap dah boleh pakai baju biru pengawas dah.

Nasib saiz paling kecik muat untuk si bongsu ni.

Fitting dulu sebelum bayar. Dah puas hati baru balik dengan senang hati. Esok Rabu, hari koko, belum dapat rasmi baju baharu biru ni.


Post a Comment

18 Comments

  1. Mula-mula baca ingatkan MOG tu butik pakaian 😁
    Tak sabar nak tengok hasilnya nanti.
    Mesti Alan tak sabar nak pakai uniform pengawas tu... pasti lebih segak lepas ni.

    ReplyDelete
  2. MOG nie, nak make over rumah ke?? best nya...nanti boleh la share juga, cuci2 mata...linda bila ye nak make over rumah juga nie.. hahaha

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah
    Alan dapat jadi pengawas

    ReplyDelete
  4. comelnya, tahniah menjadi pemimpin disekolah

    ReplyDelete
  5. Kedai MOG betul-betul sik jauh tempat kmk bertugas..tapi kmk jarang ada di ofis kerana bertugas tidak semestinya di ofis hehehe

    ReplyDelete
  6. Tahniah Alan, selamat menjadi pengawas berkaliber.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq auntie cha... nnt darjah 6 br nmpk kemenjadian pengawas di SK ni... sekarang blom brp nk matang lg

      Delete
  7. Td saya pikir make over nih yg brand Kosmetik itu 🤣🤣. Ternyata lain pula ya kak 😄.

    ReplyDelete
  8. Dulu time nak beli baju pengawas, baju kurungnya ok senang nak cari sebab warna biru. Kain pengawas payah nak cari sebab warna kelabu. Beli kain kemudian tempah buat kain. Dah tempah baru tahu kalau nak beli ada kedai area kajang jual kain warna kelabu. Hmmm time cari memang tak ada la. Time tak cari ada pulak.

    ReplyDelete
  9. Kmk pun guna servis MOG utk ID rumah. Senang, cepat & murah compare dgn company ID lain, sebab sidak dah sedia template ID tinggal pilih jak hehe. Sigek gik kmk suka sidak setiap minggu akan berik update progres renovation rumah, sik payah kita gago push mintak update. Memang siap on-time sebab kmk org begaut mok pindah masa ya sbb sik mok bayar 2 igek rumah (rumah sewa & loan bank rumah baru).

    ReplyDelete
  10. Lahh dah setengah tahun baru dapat watikah. Patutnya hujung tahun lepas dah inform awal untuk sesi tahun ni. Lain pulak sistem sekarang. Tak sabar nak tengok hasil make overnya nanti.

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!