Puas hati. Berjaya jugak pergi karaoke setelah sekian lama nak pergi tapi tak jugak pergi-pergi.
Memandangkan cuti sekolah dan long weekend tapi kami tak ada ke mana-mana makanya plan yang lama tak menjadi harus di'jadikan' dulu.
Long weekend dan cuti sekolah kami dimulakan dengan pergi karaoke di K11. Lepas makan di food court The Hill, kami ke level 1 pulak untuk ke K11. Tak sangka pulak kalau pergi sebelum 1 petang dapat harga early bird, RM10 seorang untuk 2 jam. Kalau lepas jam 1 petang, seorang RM18. Jimat banyak woo, RM8 x 6 orang, dah jimat RM48. Bayar RM10 dapat drinking water sebotol. Ibarat drinking water tu RM10 ye tuan-tuan dan puan-puan. Hahaha.
Kenapa saya nak sangat karaoke?
1. Kurangkan stres dan tekanan
Bila kita menyanyi, badan akan hasilkan hormon endorfin yang buat kita rasa lebih lega dan bahagia. Tak kisah pun suara sedap ke tak, yang penting kita enjoy dan lepaskan segala beban fikiran.
Memandangkan bulan 8 hari tu bulan yang hectic, memang saya perlukan tempat untuk 'menjerit' secara positif. Nak jerit di landasan yang betul, memang karaoke ler jawabnya.
2. Bina keyakinan diri
Bagi yang pemalu, karaoke boleh jadi latihan terbaik untuk tampil di hadapan orang. Mula-mula mungkin segan, tapi lama-lama boleh jadi lebih yakin dan berani bersuara.
Ya betul sangat. Dulu-dulu saya memang introvert. Sekarang memang tak boleh dapat mic. Dulu-dulu sebelum zaman mengajar saya pernah bekerja di Biro Tatanegara. Masa di sini masa kursus kami memang ada slot untuk karaoke. Bos paksa karaoke untuk bina keyakinan diri di depan orang ramai. Iya kerja kami masa tu handle kursus induksi dan kursus BTN untuk penjawat awam, memang banyak bekerja bercakap dengan orang secara profesional. Haa.. begitulah.
List lagu Iman dan Ibu. Hihi.
3. Eratkan hubungan
Karaoke juga boleh jadi aktiviti bonding yang best. Sama ada dengan keluarga, rakan sekerja atau kawan lama, kita boleh ketawa, sing along dan cipta kenangan bersama.
So far saya tak pernah lagi karaoke bersama kawan-kawan. Selalunya bersama keluarga je. Dari zaman berkawan dengan Encik Suami lagi kami dah suka karaoke, tapi zaman tu heret adik-adik sekali. Sekarang heret anak-anak pulak. Anak dara si Iman je la yang menurun minat suka menyanyi. Hihi. Yang lelakinya ikut mood, kadang-kadang sudi menyumbangkan suara, kadang-kadan tak layan.
4. Tajamkan daya ingatan
Mengingati lirik lagu sebenarnya melatih otak kita untuk fokus dan menghafal. Bagus juga untuk pelajar atau sesiapa yang nak asah memori secara santai.
Yang ni pun setuju. Lagipun kalau kita ingat lirik, memang lagi mudah nak menyanyi.
5. Menyihatkan paru-paru
Bila menyanyi, kita kawal pernafasan. Ini baik untuk paru-paru dan membantu tingkatkan stamina vokal serta kawalan suara.
Part kesihatan ni kita boleh tengok masa zaman Akademi Fantasia dulu, masa Diari AF. Teknik pernafasan tu semua secara tak langsung memang berkait rapat dengan fungsi paru-paru kita kan?
Setuju ke tak dengan semua point kat atas ni gais?
List lagu Iman dan ayah
Kesimpulan
Karaoke memang aktiviti yang menyeronokkan dan penuh manfaat. Tak perlu tunggu majlis besar, pasang je lagu kegemaran dan mulakan sesi karaoke sendiri di rumah. Yang penting, kita enjoy dan jaga suara!
Cer share lagu wajib korang kalau karaoke, hehehe. Mesti ada 1-2 lagu wajib nyanyi kan?



14 Comments
Memang seronok karaoke dengan family. Pernah plan tapi tak jadi2.
ReplyDeletewah....seronoknya..asal semua ada, mana2 pun seronok ajer kan..
ReplyDeletebetul tu sekali sekala release stress dengan karaoke bersama family kan Mim :)
ReplyDeletehamboii... lagu Bassanova tu.
ReplyDeleteBagus anak2 kitak sporting mok diembak pegi karaoke Kakmim. Anak2 kamek sik mok, sik minat hehe.
ReplyDeleteKiter karok dalam kete je untuk hilangkan ngantuk dan kadang lagu best. Sampai terangguk2 le layan lagu sambil karok. hehehehehe Lagu rock dolu2 nampak ganas tapi lirik puitis.
ReplyDeletekaraoke ni adalah tempat dimana kita bersuara subang, tapi takkan dijudge oleh siapapun (sebab kawan tu pun suara sumbang). lama dah saya tak gi karaoke. nanti time bday nak redeem karaoke free kat ioi city mall.
ReplyDeleteBetul kakmim..Karoake boleh hilangkan stress sama la dgn sy rasa dah lebih 10 tahun xpegang mic utk nyanyi lepas perasaan ni haha
ReplyDeleteLega, kekusutan telah dilepaskan.
ReplyDeleteKita pernah sekali je pergi karaoke, itupun temankan member, takde keyakinan langsung hendak menyanyi. Suka tengok gelagat dorang menyanyi.
Setujuuuu dengan semua alasan di atas. Memang banyak positifnya kalau karaoke ini kak.
ReplyDeleteTapiiiiiiii, saya nih pula jenis pemalu kalo nyanyi, Krn sadar diri suara tak bagus 🤣🤣🤣. Pahaaaam, kalo karaoke suara sumbang pun tak akan disalahkan 😂. Tapi memang saya betul2 malu kalo harus nyanyi di depan keluarga ataupun teman. Depan suami pun tak pernah. Makanya dulu saat zaman dating, saya paling tak suka kalo dia ajak ke karaoke. Dia sukaaaa soalnya. Walau suara dia pun sumbang, tapi dia confident 🤣🤣. Saya tak...
Cuma kalo skr, suami nak karaoke, oke, saya izinkan, untuk dia release stress kan.
Kalo saya release stress nya cukuplah coba reverse bungy, rollercoaster atau bungy jumping. Saya bisa teriak sepuasnya 😂😂
lama tak singgah sini, follow back untuk new link saya yea https://penulisanyus.blogspot.com/ terima kasih
ReplyDeleteSeronok tu KakMim berkaraoke dengan family semua. Masing-masing boleh tunjuk bakat. Suara sumbang ke tak best ke tak ada hal lah. Let it go apa yang terpendam tu.
ReplyDeleteyg penting happy dan dpt spend masa enjoy buat aktiviti bersama yg tersayang
ReplyDeleteJika ada bakat apa salahnya berhibur, sesekali menghiburkan pendengar..majlis berseri ada lagu2 hits
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!