Pernah tak tengah stress, tension, tiba-tiba rasa nak kunyah sesuatu? Baru lepas kena marah bos, terus rasa nak order air boba. Atau bila assignment berlambak, coklat rasa macam penenang paling mujarab? Jangan risau, bukan awak sorang je macam tu. Ramai yang alami benda sama, dan ini ada kaitan dengan stress eating.
Stress je makan, dah makan pun stress, sebab takut berat badan naik. Macam mana ni?
Ini bukan kuey tiaw goreng.
Bila kita stress, badan akan keluarkan hormon kortisol. Hormon ni boleh tingkatkan selera makan – lebih-lebih lagi makanan tinggi gula atau lemak. Sebab tu, makan ketika stress biasanya bukan sebab lapar, tapi sebab nak rasa tenang dan "terhibur". Makanan jadi comfort zone.
Tapi awas! Kalau dibiarkan, tabiat makan sebab stress ni boleh bawa kepada kenaikan berat badan, masalah kesihatan dan guilt feelings lepas makan. Jadi macam mana nak kawal?
Antara tips mudah:
- Tukar makanan ringan kepada buah atau kekacang
- Buat aktiviti fizikal ringan
- Minum air dulu sebelum capai makanan
- Kenal pasti punca stress dan cuba selesaikan
Kalau boleh tak naklah stress. Takut la sebab kalau selalu stress akan trigger penyakit-penyakit kritikal seperti kanser. Wallahua'alam bissawaf. Semoga kita semua dalam lindungan dan peliharaanNYA. Aaminn.
.jpg)

17 Comments
Pernah. Tapi taklah beria makan. Kita ni jenis cepat kenyang. Tak boleh sumbat banyak-banyak. Bahaya juga tu kalau selalu stress. Makanan ni pun kadang punca kita jadi tak sihat. Mintak dijauhkanlah perkara-perkara yang memudaratkan diri tu.
ReplyDeleteJaga pemakanan dan juga cara hidup, inshaAllah...
Kitakan, kalau stres suka makan buah jambu batu ataupun dark coklat.
ReplyDeleteSekarang kena jaga pemakanan, sebab badan lekas sgt rasa tak sihat.
Saya stress bila nampak makanan depan mata jer...dh x nampak lega..huhu
ReplyDeletelinda kalau stress, nak tido.. hahaha...
ReplyDeleteKmk dolok pun sama juak giya. Asal stress cari benda manis. Sebab benda manis tok spike gula dalam darah efek mcm hormon dopamine nyuruh kita rasa happy sekejap. Tapi bila gula dah turun, rasa stress ya datang balit. Kitaran ya berterusan smp la berat nait, kenak diabetes tapi stress sik ilang2.
ReplyDeletemkn tu mcm escapism jugak laaa...kdg2 susah nak kawal :( kdg2 bolehhh
ReplyDeletebetul.. betul... selalunya kalau weekend mmg layan je... sbb ada di luar rumah senang nk dpt benda craving
DeleteStress je makan. Bila makan stress pulak. Apa pun tenang-tenang. Dulu terikut2 juga lepas tu terfikir kalau stress, datang penyakit sendiri yang susah jadi lepas tu bila stress kerja emmm buat yang terdaya lepas tu nak happy2 selalu. hehehehe
ReplyDeleteskrg bila stress terus malas terus nak buat dah... hehehe... senang otak terus xde nk fikir apa dah... kena ada semangat baru terus je buat sampai jadi dan siap
DeleteItu kue lobak atau radish cake ya kak? Mirip yg saya makan di Jonker Melaka.
ReplyDeleteSaya pernah mengalami juga. Stress eating. Perut tak lapar, tapi nak mengunyah. Susah memang kontrolnya. Tapi untuk sekarang ini saya kontrol dengan minum cuka apel tambah 1 sendok chiaseed.
At least keinginan untuk mengunyah jadi berkurang.
Atau kopi pahit. Yg penting mulut tak lagi ingin kunyah.
bkn radish cake... cha kueh... tp sejenis mknn kaum cina jugak la...
Deleteapa agaknya rasa cuka epal dimkn mcm tu je ek
Cuka apel wajib campur air. Kalo tak rusak gigi. Jadi 300 ml air, tambah 15 ml cuka apel. Asam memang, tak sedap. Tp Krn saya dah biasa, jadi macam minum air biasa hahahahaha.
DeleteSaya biasa ingat2 khasiat nya. Bisa menurunkan kadar kolesterol dan menjaga gula darah.
Alhamdulillah bulan lalu cek kesehatan, aman semua.
saya pun ada je kalau stress nak makan... tapi saya selalu akan makan kuaci heheheh untuk hilangkan stress. kalau kat opis saya akan turun naik tangga opis bagi otak tak fikir nak makan je
ReplyDeleteBagus tips ni... boleh tiru.. hehehe
DeleteBetul kalau stress mesti nak makan je. Yang tak suka pun makan, apa yang ada depan mata ketika itu.
ReplyDeleteAsal stress je makan.. lepas makan stress pulak badan naik 😁
ReplyDeleteLagi stress, lagi rasa nak mengunyah.. Selalunya Sha standby coklat gelap, kekacang dan buah..
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!