Sarawakian Breakfast

Lately jarang sangat breakfast kat luar. Weekend pagi-pagi hero-hero pergi mengaji. Balik pun dah 9 setengah, kol 10. Nak breakfast apa dah time tu, kalau keluar jugak terus ambik brunch terus dah. Begitulah. Itu pun kalau Ibu tak kerja. 

Bila Ibu 'gantung kuali' hujung minggu, Grab je la jawabnya. Alaa.. bagi chance la kan nak cuti masak, kata weekend. Kan? Kan?

Selalunya Grab je lah apa yang teringin. Mostly memang order laksa Sarawak or mee kolok. Tapi hari tu laksa Sarawak favourite tak on Grab ler pulak, so order je lah mee kolok. Mee kolok pun try di stall yang agak glamer tapi jarang makan, sebab #theIMANs ni agak cerewet bila part mee kolok. Hanya beberapa kedai je yang menepati citarasa mereka. Tapi saya try jugaklah, tak try manalah tau kan?

Tadaaa... mee kolok ada, rojak ayam ada, murtabak daging dan roti canai pun ada.

 
Yang tak Grab, murtabak & roti canai tu je, yang tu si Ayahnya pergi beli kat kedai tepi jalan area rumah je.


Mee kolok Sal Sego nampaknya bukan taste #theIMANs. Nampak macam sedap tapi diorang cakap tak. Baiklah, saya rasa pun biasa-biasa je. Ingatkan daging dia buat kicap macam tu sedap, tapi sebenarnya tak. Okay, takkan order dan takkan makan kat stall dia dah. Mungkin bagi orang lain sedap, tapi bagi kami anak-beranak ni memang taste yang sedap di tekak kami hanyalah mee kolok Hj Salleh/Sepinang Sari atau Laila Inn Cafe. Susah jugak macam ni kan?


Rojak Ayam Saddam ni memang sedap. Stallnya di Kedai Tok Abah di Taman Sukma.

Yang ni biasa-biasa je. Kalau takde idea memang roti canai ni je lah optionnya. Tapi kalau lambat cepat habis jugak. Ini bukan roti canai mamak, tapi canai melayu. Hehehe.

Begitulah, menu sarapan pagi kalau di Sarawak. Kalau tak mee kolok, laksa Sarawak, itu je lah yang femesnya. Tapi menu lain pun ada jugak la, mee jawa pun antara menu wajib jugak kalau cari breakfast di sini. Lain-lain menu biasa je, nasi lemak, roti kawen, laksa penang, mee kampua, nasi kerabu, nasi dagang pun ada, tapi kalau saya memang prefer yang ori pantai timur. Ada je orang pantai timur berniaga di sini. 

Korang breakfast apa tu? Saya ganti puasa hari ni. Semalam berbuka 6.32 petang. Sekarang awal masuk waktu. 6.15 pagi dah terang-benderang dah.



Post a Comment

12 Comments

  1. Betul-betul menu brunch ni, hujung minggu kita haitu megi goweng dgn sotong crispy.
    Jika asben balik, meriahla sikit menu.

    ReplyDelete
  2. saya suka both laksa sarawak & mee kolok. uishh takutla taste theIMANS, boleh jadi pengkritik makanan ni hehe

    ReplyDelete
  3. Mee kolok tu kalau sedap apa bahan dia yang buat sedap mee kolok tu. Laksa serawak saya pun suka

    ReplyDelete
  4. Laksa Sarawak dan Mee Kolok dua2 sedap. Tapi susah dapat di sini.

    ReplyDelete
  5. Taman Cie ada roti canai melayu. Cie memang tak makan mamak 😄. Tak pernah makan mi kolok.

    ReplyDelete
  6. Kaaan jadi teringin laksa Sarawak dan mi Kolok lagi 😍😍😍😍😁. Belum tahulah kapan bisa ke Sarawak. Tp saya bersyukur di KL ada restoran Dapur Sarawak, yg at least bagi saya sedaaaap juga. JD kalo rindu laksa Sarawak dan mi Kolok , memang akan saya cari di KL 😄.

    ReplyDelete
  7. Rindunya mee kolok & buah kristal...

    ReplyDelete
  8. Rindu nya Mee Kolok Hj Salleh....bila la nk pi SArawak lagi ni

    ReplyDelete
  9. saya memang teringin nak try mkn mee kolok tu..nampak mcm megi kan meenya tu

    ReplyDelete
  10. kalau ammi pasti pilih laksa sarawak dibandingkan dengan mi kolok

    ReplyDelete
  11. Mee Kolok Sepinang Sari... aihh.. pasti teringat-ingat.

    ReplyDelete
  12. Breakfast mee Kolok / laksa Sarawak mmg wajib Mun balit sinun!

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!