Kuih Keria Bersira Gula

Dah rasa macam PKP pulak dah. Baru habis masak, hidang, makan, lepas tu masak lagi. Begitulah bila cuti duduk rumah. Bukan selalu pun. 

Hari Ahad lepas masa ke Pasar Minggu Kubah beli jugaklah ubi keledek. Memang niat di hati nak buat keria. Tapi bukan keria gula melaka atau keria gulapong, nak buat keria gula pasir je. Saya lagi prefer keria yang bersira gula pasir sebenarnya.

Keledek direbus, dilenyek, dicampur tepung gandum. Banyak mana? Agak-agak sampai adunan boleh digulung jadi gelang macam dalam gambar.

Cara buat kuih keria
Lepas tu gorenglah gegelang keria tadi. Sedapnya baunya masa digoreng. 

Keria bersira gula
Now masa nak bersira. Didihkan sedikit air, sedikit je tau lepas tu masukkan gula pasir. Nisbah air dan gula, 1:3. Better guna kuali yang besar supaya mudah nak menggaul keria ke dalam air gula tadi. Rumah saya takde gula pasir, ada jumpa gula kastor sikit lebihan buat kek, guna je lah apa yang ada. Kacau-kacau keria dalam air gula hingga rata kesemua keria tadi. Dan tutup api. Bila dah tutup api air gula tadi dah jadi macam snow putih-putih kat keria.

Kalau suka manis boleh banyakkan gula ye, cuma air jangan banyak. Kalau terlalu cair (air banyak, gula sikit) nanti tak jadi snow tu. Saya memang tak nak manis, dan gula pun memang sedikit je so snow tu takdleah putih sangat. Buat ghaso-ghaso manis je.

Sedia untuk dihidang!!! Sedapnya makan panas-panas.



 

Post a Comment

15 Comments

  1. Lama tak buat ni. Pernah try buat yang gula melaka jugak. Sekali je try lepas tu malas dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sementara cuti boleh la tu cie buat dgn anak2

      Delete
  2. Uncle ni baru je nak cut gula... tengok ni terliur la pulak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sikit je gula ni.. boleh la tu cheat day uncle

      Delete
  3. Kenapa erk kuih keria ni tengah2nya ada lubang

    ReplyDelete
  4. Kuih favorite sepanjang zaman. Masa duduk Vietnam dulu, ada belajar buat dan jadi jugak lah walaupun sira tu jadi macam2 versi hehe. Tak kisah sebab susah dapat. Bila dah balik, tunjuk dan beli je lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali sekala buat sendiri best jugak kak.. lgpun versi gula mmg org jarang jual, yg byk versi gulapong kalau kt sini

      Delete
  5. kita memang tak lepas buat kuih keria ni

    ReplyDelete
  6. wadh sedap ni. betul makan panas2 extra sedap

    ReplyDelete
  7. waaa rajinnya mim buat kuih!! saya zmn PKP ada byk jugaklah try2 buat kuih hahahahh

    ReplyDelete
  8. Akak tak dan kalau nampak keledek ni buat kuih lain selain daripada di goreng dan cecah sambal kicap. Laju je selesai

    ReplyDelete
  9. Dah lama sangaaaat makan kue ini. Kalau tak salah waktu itu dibawakan oleh kak Anies saat saya ke Melaka dulu. Sedaap memang.

    ReplyDelete
  10. Dah lama tak buat sendiri kuih keria ni... kalau makan tak cukup 10 keping hihii

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!