Dah rasa macam PKP pulak dah. Baru habis masak, hidang, makan, lepas tu masak lagi. Begitulah bila cuti duduk rumah. Bukan selalu pun.
Hari Ahad lepas masa ke Pasar Minggu Kubah beli jugaklah ubi keledek. Memang niat di hati nak buat keria. Tapi bukan keria gula melaka atau keria gulapong, nak buat keria gula pasir je. Saya lagi prefer keria yang bersira gula pasir sebenarnya.
Keledek direbus, dilenyek, dicampur tepung gandum. Banyak mana? Agak-agak sampai adunan boleh digulung jadi gelang macam dalam gambar.
Lepas tu gorenglah gegelang keria tadi. Sedapnya baunya masa digoreng.
Now masa nak bersira. Didihkan sedikit air, sedikit je tau lepas tu masukkan gula pasir. Nisbah air dan gula, 1:3. Better guna kuali yang besar supaya mudah nak menggaul keria ke dalam air gula tadi. Rumah saya takde gula pasir, ada jumpa gula kastor sikit lebihan buat kek, guna je lah apa yang ada. Kacau-kacau keria dalam air gula hingga rata kesemua keria tadi. Dan tutup api. Bila dah tutup api air gula tadi dah jadi macam snow putih-putih kat keria.
Kalau suka manis boleh banyakkan gula ye, cuma air jangan banyak. Kalau terlalu cair (air banyak, gula sikit) nanti tak jadi snow tu. Saya memang tak nak manis, dan gula pun memang sedikit je so snow tu takdleah putih sangat. Buat ghaso-ghaso manis je.
Sedia untuk dihidang!!! Sedapnya makan panas-panas.




15 Comments
Lama tak buat ni. Pernah try buat yang gula melaka jugak. Sekali je try lepas tu malas dah.
ReplyDeleteSementara cuti boleh la tu cie buat dgn anak2
DeleteUncle ni baru je nak cut gula... tengok ni terliur la pulak....
ReplyDeleteSikit je gula ni.. boleh la tu cheat day uncle
DeleteKenapa erk kuih keria ni tengah2nya ada lubang
ReplyDeleteSbb namanya kuih keria wak.. hehehehe
DeleteKuih favorite sepanjang zaman. Masa duduk Vietnam dulu, ada belajar buat dan jadi jugak lah walaupun sira tu jadi macam2 versi hehe. Tak kisah sebab susah dapat. Bila dah balik, tunjuk dan beli je lah.
ReplyDeleteSekali sekala buat sendiri best jugak kak.. lgpun versi gula mmg org jarang jual, yg byk versi gulapong kalau kt sini
Deletekita memang tak lepas buat kuih keria ni
ReplyDeletewadh sedap ni. betul makan panas2 extra sedap
ReplyDeletelooks yummy
ReplyDeletewaaa rajinnya mim buat kuih!! saya zmn PKP ada byk jugaklah try2 buat kuih hahahahh
ReplyDeleteAkak tak dan kalau nampak keledek ni buat kuih lain selain daripada di goreng dan cecah sambal kicap. Laju je selesai
ReplyDeleteDah lama sangaaaat makan kue ini. Kalau tak salah waktu itu dibawakan oleh kak Anies saat saya ke Melaka dulu. Sedaap memang.
ReplyDeleteDah lama tak buat sendiri kuih keria ni... kalau makan tak cukup 10 keping hihii
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!