Menu Sama, Dapur Lain-Lain

Rumah kami dan rumah mak bapak dalam anggaran 6 km je. Lebih kurang 15 minit memandu leha-leha gitu. Semestinya rumah dah lain-lain taman, dapur pun mesti lain-lain jugak. Siang tadi masa tengah memasak kari ayam, terdetik di hati kecil, entah-entah mak pun masak kari ayam hari ni. Lama jugak mak tak masak kari ayam. Saya pun sama.

Amirul dan Aydin masih di rumah kami. Dan kari ayam sememangnya favourite semua budak. Awan, Alan, Amirul dan Aydin semuanya hantu kari. Macam biasa lepas setting meja, snap-snap gambar dulu. Kalau tak ada gambar, tak ada cerita di blog pulak kan?  Kemudian panggil semua, baca doa makan dan bersantaplah kami semua.

Hasil quick snap-snap tengah hari tadi. Perut dah berhip-hop makanya perlu harus disantuni segera.

Kami adik-beradik dan mak memang chatting 24 jam di grup wasap. Saya share gambar menu makan tengah hari di grup wasap famili.

"Sama indah menu kari ayam" - reply si adik yang duduk serumah dengan mak. Dibaca: sama pulak menu kari ayam.

"Hmm.. patut la instict macam mak pun masak kari ayam tadi," balas saya semula.

Begitulah. Bukan sekali dua 'tersama' menu masakan, padahal rumah lain-lain. Macam ada 6th sense pulak kan part makan-makan ni. Sebelum ni bapak yang selalu perasan. Si anak teringin nak makan lepat pisang, tiba-tiba bapak balik dari masjid lepas Subuh dia siap belikan lepat pisang, masih panas pulak tu. Si anak pun terkejut, macam mana bapak tau keinginan si anak. Bapak selalu akan cakap, itulah instict anak-beranak, dengan muka bangganya. 

Korang pernah mengalami situasi macam ni tak?


 

Post a Comment

8 Comments

  1. Kami pun mcm tu, selalu asik nak tersama menu dgn anak.

    ReplyDelete
  2. kari ayam ada ikan masin sedap tu...

    ReplyDelete
  3. Sedap tu Kari Ayam. Jarang la jumpa budak² suka makan kari. Boleh sama pulak tu lauknya kari Ayam. Betullah tu, instinct. Kitorang selalu jugak terjadi macam tu, hihi.

    ReplyDelete
  4. Kari ayam ni kalau banyak kentang pun sedap. Lepas tu tak habis makan dengan roti buat cecah kuahnya. Itulah instict orang tua dengan anak-anaknya.

    ReplyDelete
  5. Sedap tu lauk kari ayam...Fevret kids =)

    ReplyDelete
  6. great mind thinks alike...kannn
    sedapnya kari..yum yum

    ReplyDelete
  7. bestnya sbb duduk area yg sama....MZ jauhhh dari my mom...siblings pun sorang jer yg dok KL...sorang kat penang, dan 2 org lagi kat kelantan...tp memang selalu ber wasup everyday laaa share mcm2 kisah

    ReplyDelete
  8. jejarang nak sama dgn family, mama jenis tak masak. papa tapau ja.
    cuma sama dgn kawan-kawan terdekat. kari tu sedapnya.
    saya suka tanya, dorang menu apa utk hari ini.

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!