Mom's Laksa antara kedai yang ada beberapa cawangan di seluruh bahagian negeri Sarawak. Bandaraya Kuching ni pun ada beberapa kedai, saya pun tak pasti. Cuma yang di Jalan Haji Taha ni yang hipster sikit, dari segi deco sampailah ke menunya. Nak ke sini kalau peak hour memang kena queue, kalau terus dapat masuk dan makan tu kira sangatlah bernasib baik.
Siap ada kerusi lagi disediakan di luar untuk customer menunggu tempat kosong, oklah takdelah penat berdiri.
Nama pun Mom's Laksa, orang ke sini memang sebab nak makan laksa. Tapi menu lain kat sini pun boleh tahan sedapnya. Cucur udang sini pun sedappp!!
Nasi Aruk Ikan Kembung Masin, kalau tak ikan terubuk masin, ikan kembung masin. Nasi aruk ni sekali dengan sambal belacan (Sarawak style) dan kicap-cili-bawang (untuk makan dengan ikan bilis goreng).
Nasi Ayam Gepuk, biasa je. Sambal tak pedas langsung, tak kick la tak pedas.
Dan mee sup, masa ni entah kenapa nak makan mee sup, bukan laksa. Hehehe. Yang lain-lain tu orang lain punya order. Yang last ni saya yang order. Hehehe.
2 Comments
Pernah sekali ke Mom’s Laksa di Jln. Hj. Taha ni, memang ramai orang. Mujurlah dapat juga meja untuk berdua, kalau tak memang tak merasa makan situ sebab lepas tu nak terbang balik.
ReplyDeleteNampak sedap2 semuanya tu. Selain laksa banyak menu lain jugak.
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!