Encik Suami: Berapa sewa PA system?
Puan Isteri: RM bla bla
Encik Suami: Jom sambut new year
Ni mesti nak lepak karok dengan jiran-jiran ni..
Puan Isteri: Alaa.. malas laaa
Encik Suami: Kita potlucklah, macam biasa
Puan Isteri: Malas laa.. kelak kamek juak yang ngurus semua
Encik Suami: Okay okay
Dia ingat kalau potluck main letak macam tu je ke atas meja? Meja nanti nak susun macam mana, setting macam mana, alahai penat la. Baru je setel majlis hari tu, dah nak fikir lagi majlis lain pulak.
Memanglah tak ada apa pun sangat, tapi saya tak boleh la nak biarkan macam tu je. Lainlah kalau orang yang jemput. Kita join je. Ni kalau kita yang jemput, kita la yang jadi mastermind dan memang kitalah yang wajib nak uruskan. Jiran-jiran takde masalah, yang sporting ramai, ada je yang akan bantu pelaksanaan, tapi yang nak mulakan tu, collection untuk bbq, haa memang yang pencadang lah yang akan uruskan.
Lainlah memang ada jawatan Pengerusi, Bendahari, SU semua. Selalunya bidan terjun je kami-kami ni. Pandai-pandai sendiri je, tapi mastermind kena ada, apa orang kata Pengarah Program? Macam biasa Pengarah Program ni la yang akan gerakkan itu ini sehingga majlis berjaya dilaksana.
Jiran yang junior request, kak, nanti buat korban kak, kak nanti new year kak. Dik, akak penat lah. Nak pencen boleh dak? Kau lah pulak yang buat, kak join je. Tapi yang paling penting sekarang, sekarang ni tengah mode cuti, nak rehatttt. Hahaha.

13 Comments
Hehe. Berkumpul ramai ramai tu memang seronok. Tapi nak pastikan kejayaan program tu kena fikir juga kan Kak Mim. Hehe. Baik berehat. Sapa yang nak tu boleh cadangkan jadi Pengarah Program. ☺️
ReplyDeleteRajin laki kitak mok polah aktivti malam tahun baru. Kmk org mcm biasa bukak pintu depan tengok pertunjukan bunga api dari luar tingkap rumah jak kali hihi
ReplyDeletePenat jadi organizer..tu yang nak buat family day, tak jadi².. hahaha
ReplyDeleteMemang penat jadi organizer. Kena settle semua sekali. Cuti2 nak berehat je kan.
ReplyDeleteKarok kat pusat karaoke je, satu famili, kot teringin nak menyanyi. Kita² je. Senang.
ReplyDeleteBetul, kalau kita jadi host nak tak nak kena prepare semua. Dan secara automatik bertanggungjawab utk pastikan event berjalan lancar.
ReplyDeleteTapi dapat bayangkan mesti seronok kalau jadi....
ReplyDeleteSeronok kalau jadi jika saling tolong menolong.
ReplyDeletememang kena ada director/manager utk uruskan semua benda
ReplyDeleteBenar juga tu. Niat nak healing dgn jiran, eh host pula yg kurang healingnya.
ReplyDeleteSelamat tahun baru kakMim - in advance.
Terasa penat jadi mastermind, sesekali kak Mim kena jadi guest. Apa pun semoga perancangan semua berjalan lancar..
ReplyDeletekejiranan ammi sendu je dengan acik2 yang dah tak larat nak keluar rumah.
ReplyDeleteAgreeee. Saya pun kurang suka kalau diminta jadi tuanrumah. Kalau diundang tak apa, tapi jangan tuan rumah. Potluck sekalipun, tetap saja repot 🤣🤣.
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!