Almaklum la mak bangak anak, yg daftar hari Sabtu batch sekolah rendah, hari Ahad pulak daftar yang batch sekolah menengah. Mudah je sediakan payment awal, duit ngam-ngam tanpa baki, pakai baju PJ, lepas bayar dah setel.
Abang malu diajak bergambar. Lucu pulak mukanya. Ibu pun nak cepat-cepat takde tengok dulu dah terus je jalan lepas snap. Susah betul la yang bujang ni ambik gambar.
Selesai urusan pendaftaran di sekolah ingatkan nak makan di Kak Yam Cafe, tapi tutup pulak. Tak tau dah nak ke mana, terus saja ke pusat bandar makan mee tarik. Boleh terus brunch. Ada yang makan nasik, ada makan mee tarik.
Sebenarnya yang nak makan mee tarik sangat mestilah si bongsu. Tapi Ibu tersalah order pulak, tertekan knife cut noodle, sepatutnya order pulled noodle. Itu laa lepas scan tak baca betul-betul pulak. Masam muka Alan. Order la lagi satu kemudian. Tapi yang jenis ni pun bagi Ibu sedap je, puas lagi rasa makan.
Terang lagi bersuluh, knife-cut noodle kat order. Bila sampai buat-buat terkejut pulak. Order la lagi satu mee tarik.
Lepas makan, di luar pun hujan lebat dan kami pun terus balik ke rumah sambung tidur. Hahaha.
5 Comments
Selamat menyambung sesi persekolahan 2026 anak2
ReplyDeleteCie takde daftar anak tahun ni. Tahun depan pulak si adik.
ReplyDeleteMZ tak de daftar anak kat sek baru thn ni...yg bongsu now djh 6 so thn dpn lah akan daftar masuk sek men
ReplyDeletealahai omak. buat-buat terkejut lah pulak
ReplyDeleteHahahahah terpaksa pesan lagi yaaa 😄😄. Knife cut noodle pun sebenarnya sedaap kan. Kalau saya memang LBH suka knife cut. Sebab mi tarik nih lebih chewy tekstur mi. Sedaap, tapi lama2 letih mengunyah ðŸ¤
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!