Makan di Hani Steamboat Rest House Temerloh

Lepas posing di Esplanade, makan durian, malamnya PIC kolej jemput lagi kami bersteamboat. Kejanya memang makan je la dari bangun tido sampai nak tido.

Dari rest house jadi tempat makan steamboat pulak ye. Tapi orang sini cakap tak payah la nak stay rest house di situ. Hihi. Fahammm.

Ada 2 meja yang telah dibooking, 1 untuk kami team Sarawak dan driver, 1 lagi untuk Puan Siti dan famili.

Tak sure pulak berapa sekepala. Orang belanja, alhamdulillah.

Kami dan PIC, Puan Siti yang sangat helpful dan komited dalam tugas. 

Kami dan driver, Encik Lokman.

Semuanya kekenyangan, saya kenyang level biasa je sebab sejenis tak makan steamboat sangat. Kat sini ada sup je, kalau di Sarawak boleh pilih tomyam ke dan juga ada untuk grill. Kalau grill saya suka sikit, sup biasa kureng sikit la. Saya banyak habiskan nasi goreng cina je. Alhamdulillah terima kasih kepada semua orang Temerloh atas layanan dan hospitality. 

 

Post a Comment

8 Comments

  1. Rasanya kat situ la Cie masa form 5 buat dinner. Dah jadi kedai steambot dah. Cie dulu sekolah form4-5 di temerloh.

    ReplyDelete
  2. Lumayan rezeki Kakmim dan kawan² bila datang Semenanjung 👍🏻

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..rezeki tu..nanti giliran mereka ke Sarawak..orang Sarawak pula mengalu alukan..

    ReplyDelete
  4. Bestnya makan ramai2 ni..tempat pun amazing menarik..Malaysia kan aman damai juga cantik indah ..Syukur nikmat di Malaysia..

    ReplyDelete
  5. Bukan senang orang Serawak nak datang Semenanjung jadi Tuan rumah meraikan lah dengan special sikit. Sedap steam bot makan malam2

    ReplyDelete
  6. Eh..eh..baru ingat lama x ber steamboat la...nampak sedap tu...ooo Mim outstation ke Temerloh rupanya...

    ReplyDelete
  7. Rest House tu ada krik.. krik kah🤭

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!