Malam minggu ni tadi baru dapat makan-makan bersama semua family besar sempena birthday April babies kami. Imran 15/4 dan Azzalea 23/4. Macam biasalah kena tunggu lepas birthday Azzalea baru sambut sekali. Sebenarnya adik yang cikgu di Kapit pun April jugak, 5/4 tapi tak dapat nak tunggu dia balik Kuching minggu depan itu yang makan-makan minggu ni terus. Kalau nak tunggu minggu depan, Azzalea tak bermalam (boarding school) so tak dapat nak makan-makan.
Hari tu birthday dia 15/4 kami sekeluarga just makan-makan je takde kek, kali ni baru ada kek.
Yang dirai, Imran Mudzaffar (12 tahun) dan Azzalea Maisarah (14 tahun)
Ada 3 versi kek malam tu, kek red velvet SR, kek choc cheese HoneyBee (Usu belikan) dan kek batik customised. Comel kan? Kucing-kucing tu comel sangat.
The cousins, untuk setakat ni.
Family besar kami, nasib baiklah ada staf yang tengah nak kemas-kemas meja, mintak tolong dia yang snapkan gambar.
Keluarga nukleus kami, IMANs Familia.
Meja dewasa, mak-mak bapak-bapak.. masa ni ikan tak sampai lagi. Smoked duck tu, yummy!! Lama tak makan.
Meja sebelah, cucunda-cucunda.
Terima kasih restoran Eric Mualaf, makanan memang sedap, semua habis licin. Memang standardlah total damage untuk makan kami kalau 17 orang di luar. Plan sebenar nak masak-masak dan makan di rumah tapi semua busy, hujung minggu jadual penuh. Sabtu Ahad penuh, hari Sabtu saya kerja, tak boleh masak, nak makan hari Ahad, Ahad pulak adik saya (mak Azzalea) dah fly KL lagi. Baru balik Jumaat, hari Ahad dah fly lagi. So memang malam minggu tu je lah free, tapi tak sempat masak. On je, bukan setiap minggu pun makan besar macam ni.



1 Comments
Semoga anak² yg sambut birthday April ni sihat dan ceria selalu. Eh, kita pun terliur tengok daging itik tu, Mim.
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!