Makan Nasi Kandar Line Q & Karaoke@K11

Semalam Ahad lepas kakak dan Awan tusyen kami terus brunch. Alan tu la ada ke patutu hari Sabtu malam ajak makan nasi kandar. Dah la malas nak keluar dah bila dah lepak di rumah. Ya, hari Sabtu selesai je tusyen kami lepak di rumah je.

Seawal jam 10.30 pagi kami dah di restoran Nasi Kandar Line Q di Simpang Tiga. Selalunya kami makan nasi kandar Line Q ni di Mydin Petra Jaya, tapi Mydin tengah renovation sekarang, kena tunggu bulan 6 baru lah dijangka beroperasi semula.

First time ke Line Q di Simpang Tiga. Bersih kedainya, staf pun ceria je melayan customer. Syok pulak dia melayan Awan dan Alan masa pilih order. Orang lain semua mintak potong ayam goreng tu kecil-kecil tapi Awan Alan request taknak potong. Layan je lah, janji bahagia. Alan ni dah lama nak makan nasi kandar katanya. 

Time ni customer tak ramai lagi, bila nak balik barulah ramai student Swimburne turun makan. Restoran Line Q ni bersebelahan kampus Swinburne University je.

Lepas selesai makan, tengok jam di tangan, baru jam 11.30 pagi. Awal lagi ni. Encik Suami cakap nak ke mana lagi. Alan cakap taknak balik rumah dulu, boring. Ayah ajak tengok wayang tapi tak tau nak nonton cerita apa. Sementara masih awal, jom la kita karok, early bird sebelum jam 1 petang masih belum mahal lagi. Orait!! Cadangan diterima, lagipun kaka abang baru habis exam PPT. Boleh la release stress selepas 2 minggu tak cukup tidur stay up setiap malam. So dari SImpang Tiga kami ke K11 di The Hills pulak.

Early bird dapat RM12 per pax, tapi 2 jam je lah. Cukuplah 2 jam. Kalau pergi ramai-ramai tak kisah la sampai 4 jam. Lagipun kami bertiga je yang karaoke. Awan Alan dan abang main henfon je kat situ.

Sebelum tu kita bergambar dulu, yeay!! Kami dapat bilik tema Marvel. Jam 2 petang kami dah bergerak balik rumah dah. Dah tak tau dah nak ke mana dengan cuaca yang panas di luar.

 

Post a Comment

11 Comments

  1. Cukup lengkap aktiviti KakMim bersama anak-anak.. Dapat makan dan tengok movie aktiviti riadah penuh bermakna bersama keluarga..

    ReplyDelete
  2. sedapnya nasi kandar. lama tak karok last rasanya zaman bujang dulu je.

    ReplyDelete
  3. Asalkan dgn family, apa pun aktivitinya pasti seronok. Anak² PH pun suka nasi kandar. Lauknya mesti ayam goreng hehe

    ReplyDelete
  4. Weekend jak masa anak2 dpt dgn parents kan especially bila parents dua2 bekerja. Layankan ajak bonding time dgn anak2 😄

    ReplyDelete
  5. Apapun aktiviti kalau dengan anak2 memang seronok kan.

    ReplyDelete
  6. Brunch terus lah tu ya.. budak-budak laki memang suka kot nasi kandar.

    ReplyDelete
  7. Kiter karok kat bilik ayaq je. Takut nanti hujan turun🤣

    ReplyDelete
  8. Waaah kalah nasi kandar nih memang yg saya akan cari tiap ke Penang atau KL 😄. Tak pernah skip.

    Suka karaoke kakak yaa. DJ keluarga saya cuma suami yg suka. Tak peduli lah suara macam mana, tetap confident dia nyanyik 🤣🤣. Saya dan anak2, jangan haraplah 😂

    ReplyDelete
  9. Rindu karok kat Malaysia. Sekarang karok kat rumah je, kedai karok sini sound system dia tak best.

    ReplyDelete
  10. Tak ingat bila kali terakhir makan nasi kandar, ke tak pernah makan ek? Langsung tkde memori.. hahaha

    Karok pon entah last zaman diploma dulu kot. Takde geng la nk karok

    ReplyDelete
  11. best dpt spend masa sama2. precious time indeed!

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!