Follow Us @soratemplates

Showing posts with label Viral. Show all posts
Showing posts with label Viral. Show all posts

12/02/2021

CNY 2021

February 12, 2021 5 Komen

Gong Xi Fa Cai!! 

Tajuk utama Buletin Utama malam ni.. makan besar TBC meriah walaupun secara online!!

Apa ada hal.. nampaknya semua kita dah terbiasa dengan norma baharu sejak si Covid 19 ni mendampingi hidup kita.

Semoga Covid 19 syuhhhhhh jauh-jauh terus lenyap dari muka bumi ni.

 

01/02/2021

Buah Duri Dari Kayangan

February 01, 2021 15 Komen

Bila dah tak tahan mengidam, tengok ada kawan promote buah duri dari kayangan ni di FB terus je Kakmim pm seller. Yang bestnya dia ada COD, tu yang interested tu. Tak payah nak ke mana-mana. Range harga pun pelbagai jugak. Yang siap pack pun ada. Yahooo!



Kakmim ambik yang 3 biji RM50 je. Cukuplah jangan tak merasa kata orang. Bila seller sampai, kita pilih-pilih dan bayar. Oh, seronoknya! #theIMANs terus tak sabar-sabar nak makan. Lama dah tak makan durian, kata depa.



Not bad lah buahnya. Tak ada yang buruk pun. Ada sebijik lagi belum bukak.


Alhamdulillah. Tercapai jugak hasrat nak makan buah duri dari kayangan. 


Oh ya, ini cerita semalam. Minggu ni Kakmim keja di opis takde BDR sebab kena setelkan semua penilaian budak sebelum depa bercuti.

 

24/01/2021

Lukisan Graffiti Kucing Terbesar di Eco Mall Petra Jaya

January 24, 2021 22 Komen

Akhirnya Si Oyen dah siap!!!




Setiap kali lalu di Eco Mall (dulunya hypermarket Giant) mesti akan teruja nak tengok progress lukisan graffiti yang sedang dilukis di situ. Tup! Tup! Hari ni tengok di FB Si Oyen dah siap!! Hijau rupanya mata si Oyen.




Inilah pemilik tangan ajaib yang merealisasikan si Oyen di dinding hypermarket Eco Mall, Petra Jaya. Tahniah Encik Simon Tan, Fine Art Artist yang berasal dari Pulau Pinang. Memang sangat berbakat. Agaknya berapa ye bayaran yang dia dapat dari pengurusan Eco Mall ni??




Mula-mula kami hanya nampak ekor si Oyen je. Mana tak teruja nak tunggu si Oyen siap sepenuhnya. Nak ambik gambar progres memang tak sempat la kecuali kalau jem tunggu turn keluar round about. Maka bersabarlah kami menunggu. 




Akhirnya Oyen siap dah melepak di situ. Cantiknya!! Kagum betullah orang yang ada bakat melukis ni.




Alkisahnya semua branch Giant tumpas di Kuching penghujung tahun 2020 hari tu termasuk Giant Samariang ni. Memang mulanya menjadi teka-teki jugak siapalah yang akan mengambil alih Giant ni. Ye lah dah nama pun Giant memang besarrrrrrr sangat kompaunnya. Takkanlah Mydin lagi. Dah ada 2 Mydin dah di Petra Jaya ni. Akhirnya teka-teki warga Petra Jaya sudah terjawab, 29 Januari 2020 soft launching Eco Mall Petra Jaya yang terletak di Jalan Semariang ni.



notakakmim: harap-harap takdelah kluster Eco Mall pulak nanti


 

26/12/2020

Neelofa & PU Riz Putus Tunang??

December 26, 2020 8 Komen

 


Korang ada terbaca pasal berita ni tak?? 

Dari awal lagi dah Kakmim tak berapa nak percaya dengan PU Riz ni. Ada apa dengan PU Riz?? Hmm... 

Kalau dah takde jodoh, takpelah Lofa. Move on je. Cuma Kakmim harap istiqomah la dengan penghijrahan berniqab sejak menjadi tunangan PU Riz baru-baru ni.

22/12/2020

PM Individu Terawal Terima Vaksin Covid-19

December 22, 2020 8 Komen


Sejak minggu lepas inilah antara isu utama staf-staf KKM. Suntikan vaksin Covid-19. Memang kecoh. Ada yang setuju, ada yang menolak. 

Tiba-tiba hari ni MKN publish benda ni pulak. So Abah kita antara individu terawal yang akan terima suntikan ni nanti lah ye? Risau pulak Kakmim membacanya. Udah ler beliau tu cancer survivor. Harap-harap takdelah side effect nanti.

Honestly Kakmim bukanlah anti vaksin tapi kena banyak fikir jugak nak terima suntikan vaksin ni. Ye lah baru sangat vaksin ni. Hmm..

Kalau korang pulak? Setuju terima atau tolak?
 

17/12/2020

Stadium Mini Ffira Mikah Diarah Tukar Nama

December 17, 2020 9 Komen

Beberapa hari lepas viral di medsos pasal Ffira Mikah ni. Entah siapalah 'Ffira Mikah' ni. Sampai ke DS Najib pun troll pasal ni. Rupanya 'Ffira Mikah' ni Pegawai Daerah Padang Terap. Orang kata Ffira Mikah ni namanya yang diterbalikkan, Ariff Hakim. Walaupun beliau menafikan tapi tetap lucuuu jugak lah. Boleh pulak sebagai penjawat awam kau nak letak nama sesuka hati mak nenek kau untuk fasiliti kerajaan. Kah kah! 


Apapun kita jadikan isu ni sebagai pengajaran. Ingatlah kita ni cuma penjawat awam. Walaupun kita ni bos di peringkat tertinggi sekalipun kita cuma hanyalah pemegang amanah untuk rakyat. Kita tetap bukan siapa-siapa. Kita tetap makhluk Allah, hamba kepadaNya.

=  =  =  =  =  =  =


ALOR SETAR: Kerajaan negeri sudah mengarahkan nama Stadium Mini Ffira Mikah di Padang Terap ditukar kepada nama lain bagi meleraikan kontroversi yang mengaitkan nama stadium itu dengan nama Pegawai Daerah Padang Terap, Hakim Ariff Md Noor. 

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr Mohd Hayati Othman, berkata pihaknya tidak dimaklumkan mengenai pertukaran nama stadium berkenaan sehingga mencetuskan kontroversi semalam.

"Apabila saya dapat tahu, saya sendiri hairan dengan nama itu, kita tidak dimaklumkan mengenai cadangan nama terbabit sebelum ini kerana ia di bawah bidang kuasa Majlis Daerah Padang Terap (MDPT). 

"Sepatutnya kita tidak perlu letak nama sebegitu kerana ia mengundang pelbagai persepsi masyarakat, bagaimanapun saya anggap perkara ini selesai kerana difahamkan nama stadium itu akan ditukar selepas ini," katanya ketika dihubungi BH hari ini. 

Dr Mohd Hayati berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan sudah dinasihat memilih nama tokoh sejarah di daerah itu atau nama individu yang pernah berjasa yang dianggap sesuai bagi menggantikan nama Ffira Mikah.

Semalam, tular di media sosial apabila orang ramai mempertikai nama stadium mini di Padang Terap itu yang didakwa menggunakan secara terbalik nama Hakim Ariff. 

Stadium Mini Ffira Mikah di Kuala Nerang itu dimiliki MDPT dan dirasmikan Hakim Ariff selaku Pegawai Daerah pada 7 Disember lalu selepas dinaik taraf. 

Difahamkan, kerja menurunkan papan tanda nama Stadium Mini Ffira Mikah sudah dilakukan hari ini, dan namanya dijangka ditukar kembali kepada Stadium Mini Kuala Nerang.

Sementara itu, Hakim Ariff dalam satu kenyataan yang dilaporkan media, menyangkal dakwaan yang tular bahawa beliau menamakan Stadium Mini Ffira Mikah di Kuala Nerang itu sempena dengan namanya yang diterbalikkan.

Dakwanya, nama baharu stadium berkenaan tiada kaitan dengan namanya dan hanya secara kebetulan menyamai nama beliau sekiranya diterbalikkan.

"Tiada kena mengena dengan nama saya. Nama stadium mini ini mempunyai maksud tersirat. Nama itu dipilih dan dicadangkan dalam mesyuarat pentadbiran.

"Dalam bahasa Sepanyol atau Greek, 'Ffira' bermaksud sesuatu yang hebat, manakala 'Mikah' dalam bahasa Arab sempena nama malaikat," katanya.

Hakim Ariff yang juga Yang Dipertua Majlis Daerah Padang Terap berkata, selepas dilakukan penambahbaikan dan penjenamaan semula stadium berkenaan, pihaknya mahu menyuntik semangat baharu dengan pemilihan nama unik bagi menarik perhatian ramai.

"Saya bukan nak kejar glamor. Hasrat saya mahu Padang Terap nampak lebih bersih, cantik dan ceria. Saya tak mahu daerah ini kekal macam dahulu, mereka tak tahu cerita sebenar dan buat andaian begitu," katanya.

Hakim Ariff berkata, beliau yang memohon peruntukan daripada kerajaan negeri sebanyak RM200,000 untuk kerja-kerja menaik taraf stadium berkenaan yang sebelum ini amat daif.


Kredit: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/12/764679/kerajaan-negeri-arah-tukar-nama-stadium-mini-ffira-mikah