Isnin lepas (1 Disember 2025), Alan cakap hari yang tidak dapat dilupakan sebab dia dapat masuk ke bangunan DUN (Dewan Undangan Negeri). Chewahhh... budak ni memang rare. Dia cakap dia happy sangat. Dalam DUN, cantik, semua warna gold, sejuk. Masuk pun kena security check macam di airport. Beg pun kena check. Ah, budak ni memang over. Hahaha.
Alhamdulillah, terima kasih jugak kat cikgu diorang, edufluencer Cikgu Lo yang memberi peluang keemasan mereka bertujuh ni untuk merasai pengalaman masuk ke DUN untuk mencuba Scale Apps, platform pembelajaran digital interaktif yang diinisiatifkan oleh Pertubuhan Asporasi Guru Sarawak. Semuanya kerana UPDLP la ni. Antara persediaan guru-guru bidang STEM sebagai alat bantu mengajar di sekolah.
Syok je Alan bercerita, diorang dibawa masuk auditorium. Oh, buat apa masuk situ, tanya saya. Dengar YB berucaplah, katanya. Hehehe. Awan pula jenis yang kalau kita tanya, baru dia cerita. Alan ni memang dia akan cerita habis. Si bongsu ni memang jenis macam ni. Benda kat sekolah, apa cikgu cerita dia akan cerita balik. Saya takut dia pun cerita kan cikgu apa yang kita cerita di rumah. Sebab suka berceritalah dia bercerita kat ustazah KAFA yang Ibu ada blog, siap promote blog Ibu lagi. Alan.. Alan.
Semuanya gambar cikgu share di Whatsapp Group dan media sosial rasmi sekolah.
Wah, fokusnyaAwan dan Alan mencuba Scale Apps di tablet. Seronoklah belajar sambil bermain. Ibu tanya Alan, kenapa tablet tu tak diberi terus? Pinjam je lah, Bu, jawabnya. Hehehe. Dalam 7 orang, Awan sorang berbaju putih sekolah, yang lain semuanya pengawas sekolah berbaju biru. Awan actually pengawas pusat sumber baju hijau, tapi vest masih tak dapat lagi, dia taknak la pakai, tak smart katanya takde vest dan neck tie. Baiklah, anak-anak Ibu. Kita layan je lah. Begitulah si Upin Ipin kami ni.
Malam tadi saya scroll FB, terpampang la gambar Premier ni. Memang memanjang je cerita bonus penjawat awam state dan federal di Sarawak di medsos semalam. Terus Alan menyampuk, hari ya masa di DUN kamek ada tengok tok juak. Eh, busy body jugak budak ni. Memang semua ke dia perhati masa masuk DUN hari tu? Isk isk isk. Memang kebetulan DUN pun tengah bersidang jugak tapi rasanya tak sama lah tempat event diorang pergi hari tu. Entah la Alan ni. Budak rare ni, hehehe.



19 Comments
bagusnya Alan dpt experience gini!
ReplyDeleteWah, ada ciri-ciri nak jadi ahli politik ke ni Alan? Alamak, risau juga kalau cerita kat rumah dibawa ke sekolah. hihi...
ReplyDeleteLahh patutlah ustazah tahu, Alan yang bagitahu. Kantoi dah blog ibu. Bestlah Awan dan Alan dapat pengalaman ni. Ibu kena pasang telinga je lah dengar dorang bercerita.
wah seronok Alan dpt peluang masuk ke bangunan DUN bersama2 kwn2 yg terpilih..bkn mudah dpt peluang mcm ni
ReplyDeleteSyukur dpt peluang keemasan ni
DeleteMahal pengalaman tu...
ReplyDeleteItulah yg dia ckp hari yg x dpt dia lupakan 😅
Deletewah...tahniah kak mim...2 bulan gaji...kikiki...itu yang linda nampak..
ReplyDeletetapi, bagusla Alan nie, habis bercerita
Tq linda, tp sy federal.. huhu.. teringin jugak nk dpt 2 bulan gaji tu ðŸ¤
DeleteOwh..kolej komuniti kira federal eh..?? Ingatkan under negeri...sama lah kita..KKM always federal...
DeleteWah bagus ni pengalaman yang mahal. Alhamdulillah dengan bonusnya.
ReplyDeleteBagus alan..bertuah dpt experienced mcm tu...bukan senang2 nak masuk kan..
ReplyDeleteAlhamdulillah pengalaman yang menarik ni.
ReplyDeleteAlan sama macam Adik, semua benda dia nak cerita. Siap bgtau Adik bgtau cikgu bla...bla...bla... Ya Allah dik, tu cerita dalam rumah je, jgn la bgtau cikgu 😅
Bongsu kot... jd seram kan PH.. takut jugak semua benda dia akn ceta.. pegi mana, mkn apa... ghisau ghisau.. dia pn sejenis suka tanya soalan luar dr subjek sekolah dgn cikgu, cikgu pulak jenis melayan
DeleteFokus betul mengadap tablet tu. Bertuah yang terpilih tu. Bilalah federal nak merasa 2 bulan gaji tu. Selalu dapat rm500 je.
ReplyDeleteAlan ngelalak sik dgn Abg Jo? Haha. Best eh, dapat masuk DUN. Kmk org tanggar dari luar ajak.
ReplyDeleteBudak rare? hahahaha
ReplyDeleteSaya suka part yang dia suka bercerita tu.. bayangkan dia cerita semula kat sekolah apa yang berlaku di rumah.. hahaha..
ReplyDeleteRezeki Alan.. dah tentu teruja.. pengalaman dan kenangan terindah buat mereka bertujuh.
Part bercerita tu bagus tapi janganlah cerita kat rumah pun dia sebarkan kat sekolah. Aduhaiiii anak bertuah. Semuga besar nanti dia menjadi orang yang terkenal bersesuaian dengan petahnya dia bercakap. AAMIIN Bila state dapat bonus rasa nak pi balik state je hahahahaha kiter federal terima lah je apa pun bonus yang dapat. Alhamdulillah
ReplyDeleteKeletah betul si Alan ni... tak duduk diam juga ibu dibuatnya melayan kerenahnya.
ReplyDeleteBiasa state akan dapat 2 bulan.. sama cam kat Selangor juga.
Penafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!