Ahad sebenarnya plan nak masak-masak dan makan-makan di rumah tapi si bongsu nak belanja makan di Oriental Kopi katanya. Apa lagi orang nak belanja kan? Kensellah masak-masak. Habis saja Awan dan Iman tusyen pagi Ahad tu kami terus gerak ke Vivacity. Kang pergi time lunch panjang pulak queuenya. Ingatkan pergi pagi tak perlu queue, rupanya masih queue jugak la cuma tak adalah panjang sangat.
Antara yang kami order, tapi ada jugak yang tak sempat digambar. Makan ramai-ramai memang sedap, semua menu boleh rasa sebab tu semua order menu yang berlainan.
Semua sedap, sebelum ni pernah makan kuey tiaw dan nasi goreng kampung je, sebab tulah itu jer tau nak repeat. Tapi menu-menu lain pun sedap, cuma nasi lemak tu saya tak rasa.
Risau jugak menu panjang berjela ni, takut lambat! Rupanya tidak.
Batch 12 (form 2) dan batch 14 (darjah 6). Abang, Awan, Amirul dan Azzalea.
2 orang ni tak sama batch, sorang darjah 5 sorang lagi darjah 3. Iman je lah paling jauh gap antara kazen-kazennya sebab dia cucu sulung batch 09 (form 5).
Adik no 2 dan adik lelaki je yang tak ikut. So kurang 4 orang. Adik no 2, mak si Aydin pergi kenduri manakala adik lelaki tak ikut sebab wifenya kerja. Lepas makan barulah ke destinasi seterusnya ke Popular dan Everise. Begitulah kisahnya, tak ada kek lapis dan baju raya di hujung minggu kami sebab hari Sabtu dah seharian beraya makan di open house.


2 Comments
baru sekali jer mencuba Oriental Kopi ni.. suka egg tart dia
ReplyDeletemeriah menu...pernah singgah 1st time time sebelum ramadhan aritu..entry pn tk sempat publish lg...byk sgt entry dlm draft
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!