Menjadi Efektif?

Hari ni pergi Kolej setelah seminggu meninggalkan Kolej
Sesampai jer kat meja dah penuh dengan memo dalaman la, pekeliling la, borang la
Pastu terbang ke dalam tong sampah
Membazir kertas sungguh

Dan yang bestnya yang ditunggu-tunggu dari awal tahun dulu baru tiba
Naz yang tolong amikkan minggu lepas
Dah pertengahan bulan 2 baru la dapat almanac dan diari rasmi nih
Chess


Aku dah beli dah management diary kat Popular
Kalendar plak dah dapat dari Silky Girl... beli earing dapat kalendar Silky Girl
See...?
Kuar duit sendiri lagi cepat dapat
Kan?

:mGuilty:

Hari ni aku macam tak prepare nak masuk kelas
Walaupun slaid semua dah ada but I need MORE
Maklum la nak jadi effective lecturer
Penangan daripada workshop dengan Dr. Ranjit minggu lepas
Hahaha
So sampai jer kat ofis 7.45 aku terus nengok slaid
Hmm... topik hari ni aku leh apply guna kaedah "Think, Pair & Share"
Ok ler tuh
Lagipun dah selamat suruh budak present lepas fikir dan bincang
Tapi perut lapor

:mSad:

Apakah sebenarnya kaedah "Think, Pair & Share"?

Kaedah ini diaplikasikan untuk mewujudkan pembelajaran aktif (active learning) di dalam kelas. Sesiapa di luar sana yang tugas hakikinya ialah mengajar, tak kira la mengajar orang tua ke orang muda ke, remaja ke, kanak-kanak ke, tempoh masa mengajar (duration lecture) mestilah dalam masa 15-20 minit sahaja. Kalo lebih daripada duration ni, pelajar dah hilang tumpuan. Maka, salah satu cara untuk mewujudkan suasana yang aktif dan tidak membosankan di dalam kelas ialah dengan menggunakan kaedah "Think, Pair & Share" ini.

Caranya, untuk 15-20 minit masa pertama, huraikan serba-sedikit tentang sesuatu topik itu. Pastikan sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P), nyatakan objektif pembelajaran (learning outcomes) sebagai 'pegangan' kepada kita sendiri supaya tidak terjerumus dan terkeluar daripada topik.

Setelah dijelaskan objektif tadi, barulah kita memberi intro kepada topik tersebut. Set induksi yang digunakan haruslah dapat dikaitkan dengan topik pengajaran supaya pelajar mudah untuk menangkap apakah yang ingin disampaikan dan senang untuk memahami konsep topik tersebut.

Gunakan 15-20 minit masa yang pertama untuk memberi syarahan (lecture) dan selepas itu bolehlah digunakan kaedah "Think, Pair & Share".

Beri 1 tajuk atau konsep, kemudian suruh setiap pelajar fikirkan mengenai topik/konsep tersebut. Setelah itu, barulah pelajar dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan kecil dan membincang dan mengembangkan idea yang ada. Setelah beberapa minit, suruh pelajar present apa yang telah dibincangkan dalam kumpulan tadi.

Semasa sesi persembahan pastikan semua pelajar menumpukan perhatian dan galakkan percambahan idea dan pendapat daripada seluruh kelas.

Tips: Bagi kata-kata galakan dan pujian selepas pelajar selesai membuat presentation. Jangan malukan pelajar di hadapan kelas dengan menyatakan apa yang dipersembahkan salah sebaliknya guna kata-kata yang lebih manis dan membina.

Selepas selesai persembahan, jelaskan dengan lebih lanjut lagi mengenai topik yang telah dibincangkan semasa persembahan tadi. Tekankan main point dan fakta-fakta yang penting dalam topik tersebut. Akhir sekali buat kuiz untuk menilai tahap pemahaman pelajar di akhir setiap topik dan ujian untuk menilai pemahaman untuk keseluruhan topik.

Tips: Jangan percaya kata-kata pelajar sekiranya kita menanyakan, "Faham kelas?". Sudah tentu mereka akan menjawab faham, tetapi hakikatnya sebaliknya yang berlaku. Cuma penilaian individu saja yang dapat menentukan tahap pemahaman pelajar di dalam kelas.

Sebelum mengakhiri kelas, tanya balik isi-isi penting (main point) topik tersebut kepada pelajar untuk memastikan objektif pengajaran tercapai.

post signature

5 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. ~ semoga MC menjadi effective lecturer. amin... ~

    ReplyDelete
  2. hahaha kmk dolok jeman belajar mun chegu nanyak "paham kelas?"..alu blur lah muka tek..hahaha soheh jak sik paham..tapi sekurang-kurangnya mek sik jawab "pahammmm cheguuuuu" :D

    ReplyDelete
  3. wah mira..thanks for sharing! sangat berguna input ni tau...

    psst..yong sampai sekarang mmg tak caya bila tanya stdnt..

    'paham tak??"

    'paham puan...!"

    tak de maknanya tu..hehehehehee

    ReplyDelete
  4. kmk dah ngoder awal2 almanac ya k embak KL hehehe.. terubat ikit rindu ngan swak bila nangga kalendar ya.. huhu..

    ReplyDelete
  5. amy,
    amin.. kalo malas? hahaha

    doff,
    sama kes ngn kmk... ekekekke

    yong,
    kalo x sharing xkn ingat... kn? hehehe... cm student gak la kita ni..

    onggon,
    yo bohh... semangat na juak pok... hahaha

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form