Kronologi Kelahiran Iman Madihah

Khamis - 29 Oktober 2009

Bertolak ke Sarawak General Hospital seawal 7.00 pagi walaupun dalam recommendation letter dari doc kena admit jam 7.00 pagi.

Setibanya di SGH 7.30 pagi, terus naik ke Labour Ward, tunjuk semua dokumen sekali. Saya datang bukan sebab dah nak beranak tapi dah direkomen doc untuk admit. Tanda-tanda memang belum ada. Tapi nurse bertugas cakap belum ada bed yang kosong so kena tunggu lepas patient discaj. Tunggu punya tunggu jam 9.00 pagi, lepas register semua baru buat CTG sampai 9.30 pagi. Kemudian scan pulak. Pastu graf dari CTG diorang cakap aktiviti uterus macam ada contraction so kena cucuk. Jangan cakap saya caeser tak pernah rasa kena cucuk, diorang cek jugak takut dah bukak. Kalo dah bukak memang straight away kena sorong ke OT. Huhu. Then jam 10 pagi buat CTG lagi sampai 10.30. Lepas ambik darah, saya mintak permisi dari nurse nak makan sebab dah lapar giler. Tadi dari umah memang tak sempat nak makan apa-apa pun.

Lepas makan, makan kat area GH jer, saya dan Encik Suami naik lagi ke Labour Ward dan nurse cakap dah boleh masuk wad, dah ada bed kosong. So 12.30 tengah hari saya menjejakkan kaki ke Maternity 1 (Mat 1) yang terletak di Level 1. Sampai jer di situ, nurse bagi baju kaler pink suruh tukar. Auww.. merasa jugak pakai baju hospital, tak pernah pun pakai sebelum ni. Dan lepas tu saya pun berehat. Tunggu 5.30 petang barulah masa melawat. Tunggu Encik Suami dan parents datang.

Malam pun menjelang. Saya telah disuruh berpuasa bermula pukul 12 tengah malam. Alhamdulillah layanan nurse di Mat 1 semuanya bagus. Ada jugak JM yang pernah kerja bersama dengan Encik Suami so ok la, diorang memang layan macam kawan. Malam tu saya tak nyenyak tidur. Ada MO yang cek cakap kes saya ni semi-emergency so kalo ada emergency kemungkinan besar saya tak masuk OT hari Jumaat tu. Macam-macam yang bermain di fikiran saya. Kalo tidur pun, setiap setengah jam mesti tersedar. Sesungguhnya penantian suatu penyiksaan. Rasanya seperti banduan menunggu ke tali gantung. Bayangkan perasaannya. Cuma doa Nabi Nuh di dalam perut ikan nun yang dapat menenangkan hati dan perasaan saya.

Jumaat - 30 Oktober 2009

Pagi-pagi lagi dah bising. HO sibuk check patient sebelum diorang punya MO in charge datang melawad patient di wad. Saya pun tidak ketinggalan dicek dan buat CTG lagi. Lepas habis CTG datang pulak sekumpulan trainee nurse dan lecturer diorang ke arah saya. Saya dijadikan bahan PnP. Ye la memandangkan kes baby saya yang breech. It's ok, saya tak kisah, saya tau benda-benda ni semua perlu praktikal. Diorang perlu tau camne nak puppet baby dalam perut untuk tau kedudukan kepala bayi sama ada di atas di bawah. Saya biarkan jer diorang puppet tummy saya.

Lepas sesi PnP ringkas, JM (kawan Encik Suami) datang melawat di wad. Oh, bed saya no 21, bilik 7. Hehehe. JM yang bernama Kak Lati tu mencadangkan agar saya mandi sebab lepas operate mungkin lama tak boleh mandi. So dengan gigihnya saya membawa drip masuk ke shower room untuk mandi. Susah tau bila ada drip di tangan. Nak bukak baju susah, semua susah. Tapi alhamdulillah saya dapat juga membasahkan diri, siap mandi rambut lagi. Pastu problem nak pasang baju plak. Huhu. Walaupun lama tapi berjaya jugak. Hehe.

Keluar jer saya dari shower room saya terdengar ada nurse yang suruh patient bed 21 tukar baju untuk masuk OT. Ooops, saya ler tu. Kak Lati datang mendekati saya suruh tukar baju OT, siap dengan cap sekali. Berdebarnya tapi masih tetap maintain cool. Nurse tanya mana suami saya, saya cakap ada di luar. Ok,nurse cakap, serahkan handphone dan jam dekat suami ye. Purse semua saya dah bagi mak bawak balik umah petang semalam. Nasib baik.

Lepas tu saya disorong ke OT, perasaan semakin dub dab dub dap tapi la illa ha illa anta subha na ka inni kuntu minaz zalimin sentiasa di bibir saya. Di luar Mat 1, kelibat Encik Suami tidak kelihatan. Saya call Encik Suami, oh, dia sudah pun bertukar baju dan berada di OT.

Di luar OT suasana sangat hiba sekali. Saya menyerahkan hp dan jam tangan kepada Encik Suami dan minta maaf dan bersalam dengannya. Air mata hiba tidak dapat ditahan-tahan lagi. Tapi Encik Suami tetap memberi sokongan dan memberitahu bahawa dia akan selalu ada memerhati dari luar OT. Dan saya terus disorong ke dalam OT.

Di dalam OT suasana sangat sejuk sekali, apatah lagi setelah diinjek dengan ubat bius. Oh, menggeletar badan saya. Di OT, yang bekerja pun staf yang kenal dengan Encik Suami, semuanya baik-baik belaka. Diorang menyarankan agar Encik Suami masuk tapi saya tau Encik Suami tidak sanggup melihat saya dibedah hidup-hidup. Doc yang membedah saya ialah Dr. Jenny Kiu dan dibantu oleh Dr. Priyanka. Semuanya pantas sekali. Seingat saya, saya tiba di luar OT pada jam 9.00 pagi dan 9.32 pagi baby girl saya telah selamat dikeluarkan. Oh, terharunya. Macam tak percaya bila melihat baby saya diangkat dan dibawa ke bilik sebelah untuk dibersihkan. Saya sempat bertanya kepada staf baby boy or girl tetapi diorang enggan memberitahu. "Nanti puan check sendiri". Oh, ok. Tak sabarnya nak tau.

Sambil Dr Jenny menjahit perut saya, ada seorang lagi doc datang membawa baby ke arah saya. Saya dikehendaki menyebut no ic saya untuk diletakkan di kaki baby. Dan bila dah sure, confirm betul barulah baby didekatkan ke arah saya dan kain hijau yang membaluti baby dibuka. Oh, girl. Alhamdulillah. Saya cuma tersenyum. Perasaaan masih tak percaya. Dan kemudian doc menyurh saya mencium baby. Hmm....

Gambar Iman Madihah yang pertama beberapa minit selepas dilahirkan di OT, SGH. Encik Suami tak sempat nak mengazan dan mengqamatkan Iman di OT sebab Iman telah dikerumuni oleh staf-staf OT yang lain. Saya dipindahkan ke recovery room pada jam 10 dan 10.20 saya disorong semula ke Mat 1. Di situ barulah Encik Suami dapat mengazan dan mengqamatkan baby Iman. Terharunya. Anak kami yang pertama. Air mata menitis lagi tanpa dapat ditahan-tahan.

Semoga Iman Madihah menjadi anak yang baik dan solehah. Permata hati Ayah dan Ibu. Alhamdulillah semuanya telah selamat dan berjalan lancar. Syukur ke hadrat Illahi.


post signature

13 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Alhamdulillah, u n bb selamat. Congrats sis dah bgelar jadi ibu. She's so cute n adorable. Enjoy the journey ya..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah... congrats Mira.. jaga dirik bait2 k?

    bes na mummy tok.. bleh update blog indah...

    congrats gik skali.. kiut na baby ktk eh! hehe

    ReplyDelete
  3. Tahniah Mira.. selamat menempuh alam ibu. pas tok sikpat nak rilek2 kedak dolok gik. masa nang emas time tok. breastfeed a lot, mun dapat sik boh top up ngan formula. nek tok formula nok paling mahal pun boleh jadi punca penyakit, e.g. rashes, colic, diarrhoea etc..

    ReplyDelete
  4. tahniah for the new born..semoga Iman Madihah menjadi anak yang soleh dan taat kpd ibu bapanya.

    ReplyDelete
  5. terharunya..sob..sobb..tahniah mir..n encik suami..

    ReplyDelete
  6. syukur Alhamdulillah. yes, tekaan mek betoi... hehehe... mun dah sik nampak2 ya sampey 9 bulan, tauk empuan.. hehehe.. congrats. fyi, kmk dah jd surirumah utk sementara.. :)

    ReplyDelete
  7. ya baruk kronologi, pjg, lengkap dan tepat yerrr....



    Tuk url terbaru kmk www.onggon.com

    (selepas onggon > khairulonggon > onggonatics.blogspot.com)

    ReplyDelete
  8. TAHNIAH....
    samalah kita caeser koh... paham mek camne rasanya esp ubat bius dh abis..... hahaha. jgn haraplah nk tdo mati gik koh... rasa bulak jak 1st time jd ibu..

    ReplyDelete
  9. Haihhhh kiutt!! kedak muka mama nya juak. Tahniah for your new baby XD

    ReplyDelete
  10. rasa macam novel..mejin dikpun indahh..hehhehe. <--twija mok nikah. hahaha.

    ReplyDelete
  11. The author of mimyara.blogspot.com has written an excellent article. You have made your point and there is not much to argue about. It is like the following universal truth that you can not argue with: When in somebody else?s house you only realise that they have ran out of toilet paper after you have used the toilet Thanks for the info.

    ReplyDelete
  12. mimyara.blogspot.com is the best. Thank your for this article. I enjoyed it very much.
    AAA Toronto Payday Loans 1172 Bay St #101, Toronto, ON M5S 2B4 (416) 477-2817

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form