Hukum anak/adik-beradik susuan

Irfan dan adik susuannya, sorang sepet sorang mata besar.

Alhamdulilah, tahun 2012 ni mak dan bapak saya telah mendapat 2 orang cucu sekaligus.
So termasuk Iman Madihah, mak dan bapak dah ada 3 orang cucu. Syukur.

Irfan Mustaqim telah selamat dilahirkan pada 12 Februari 2012.
Manakala Azzalea Maisarah dilahirkan pada 23 April 2012.
Siapa Azzalea Maisarah?
Hmm... baby yang mata sepet itu ialah anak sulung adik saya merangkap anak buah saya.
Dan juga adik susuan kepada Irfan.

Ya, Irfan Mustaqim dan Azzalea Maisarah ialah adik beradik susuan.
Saya dan adik bersama-sama menyusukan mereka.
Saya pun tidak menyangka akan menyusukan anak kepada adik saya.
Tapi, semuanya ketentuan yang tak pernah dirancang.

Semuanya bermula selepas adik saya scan kandungan dan mendapati babynya ialah perempuan.
Saya pula, scan baby boy.
So adik ipar saya mencadangkan supaya saya dan isterinya menjadi susuan kepada baby-baby yang bakal lahir.

Dan setelah 5x kenyang, telah sah mereka ialah muhrim dan tidak boleh berkahwin.
Memang tak pernah pun plan nak kahwinkan anak dengan anak buah sendiri.
Tak berkembang.


Walaubagaimanapun ada jugak makcik-makcik yang tak berapa setuju dengan apa yang kami buat.
Susah di kemudian hari katanya.
Apa pulak yang susah?
Malah, sharing is caring.
Mudah-mudahan susu saya sentiasa ada untuk anak-anak ini sehingga mereka tidak memerlukannya.

Lain-lain berkenaan anak susuan/ibu susuan adalah seperti di bawah.
Saya dapat daripada blog Baby & Me

1. Hak untuk menyusu adalah hak ibu
Maknanya seseorang ibu itu boleh memilih samada hendak menyusukan bayinya atau pun tidak. Jika dia memilih untuk tidak menyusukan bayinya, walaupun disuruh oleh suaminya untuk menyusukan bayi mereka, tidaklah jatuh hukum derhaka kepada suami.


2.Tanggungjawab suami mencari ibu susuan jika isteri tidak mahu menyusukan bayi
Jika isteri menolak atau tidak berkemampuan untuk menyusukan bayi mereka, suami bertanggungjawab untuk mencari ibu susuan untuk anak mereka.


3. Syarat wajib menjadi anak susuan
a. Bayi tersebut mestilah berumur 2 tahun ke bawah.
b. 5 kali kenyang – 5 kali kenyang ini bermaksud, 5 kali menyusu dan setiap penyusuan ibu itu haruslah sehingga bayi itu benar-benar puas , nampak kenyang, tidak meragam dan jika ada sendawa ianya boleh dijadikan panduan sebagai kenyang.


4. Hukum Maram antara anak susuan dan adik beradik susuan
a. Adik beradik susuan tidak boleh berkahwin
b. Anak susuan tidak boleh berkahwin dengan nenek/atuk disebelah ibu dan ayah susuan
c. Anak susuan tidak boleh berkahwin dengan ayah susuan
d. Tidak boleh berkahwin dengan adik beradik kepada ibu dan bapa susuan
e. Haram berkahwin dengan anak kepada ayah susuan yang berlainan ibu. maknanya jika ayah susuan tu ada berkahwin 2 atau lebih, tidak boleh berkahwin dengan anak ayah susuan tersebut. Dalam bahasa lain ianya bermakna anak tiri ibu susuan la (begitu juga dengan anak kepada ibu susuan dengan suami terdahulu atau terkemudian (jika berlaku perceraian).
f. Tidak boleh berkahwin dengan anak perempuan kepada adik-beradik susuan lelaki atau perempuan

Nota: Yang lain-lain saya tak ingat sangat. Rugi tak rakam masa tu. Kepada yang arif dalam hukum hakam ni, kalau ada kesilapan disini, minta betulkan. Terima kasih. 


5. Pembahagian harta dengan anak susuan
Hukum mahram anak susuan dengan adik beradik dan ayah/ibu susuan hanya setakat hubungan nikah kahwin dan tidak termasuk dalam pembahagian harta. Namun begitu, adalah tidak salah jika ayah susuan ingin menyerahkan sebahagian hartanya kepada anak susuannya. Maknanya di sini ialah anak susuan tidak termasuk dalam hukum farait. 


6. Lain-lain
- Adalah haram jika adik-beradik susuan memandang satu sama lain dengan perasaan berahi
- Jika mereka berkahwin tanpa mengetahui mereka adalah adik beradik susuan, mereka perlu dipisahkan (apa istilah dalam Islam ni yer?). Ustaz tersebut ada juga menyebut mengenai tindakan yang perlu diambil jika mereka tidak boleh dipisahkan tetapi saya dah terlupa apa dia. Jika ada yang tahu, minta email saya supaya saya boleh update info untuk pengetahuan bersama.


7. Apa hukumnya kalau suami terminum susu isteri?
Tidak mengapa dan hukumnya harus, dan tidak akan menjadi anak susuan kerana salah satu syarat wajib menjadi anak susuan ialah 2 tahun ke bawah. Suami confirm dah lebih dpd 2 tahun umurnya.


Untuk pengetahuan kita bersama.



11 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. tgh pening..apa nk buat ngan susu banyak2 tu.. ada terlintas nk amik anak susuan, tp x confident, n masih menimbang2..alhamdulillah.. mlm ni bukak blog mira tulis pasal ni, maybe petunjuk utk saya teruskan niat tu...

    ReplyDelete
  2. kiranya sudah seperti adik beradikkan? kita tahu part yg tidak boleh kawin tu je. hehehe, thanks mira share info. mana tau berguna utk akn dtg. boleh tumpang lea imaan09 punya susu ;)

    ReplyDelete
  3. lea,
    sy bln ni xde stok ayam lg dlm freezer semua dh dipenuhi frozen ebm, so far x pakai lg yg frozen still guna yg dlm chiller, ye la baru seminggu msk keja... nnt bln posa nnt riso kalo production merudum... ada tips tak? nnt bln posa bln 7 frozen ebm tu pun dh expired..

    cha,
    sama2... boleh la cuba tnya lea tu ebm dia, nnt ayie xleh la nk tekel nouri... hihihi

    ReplyDelete
  4. saya dengar ustaz kata> kalau kita nak bg susu badan kita pada anak orang lain..perlu minta izin suami dulu.haram bagi kalau suami xizin. susu badan isteri adalah hak suami. wallahualam.

    ReplyDelete
  5. Istilah arab bg memisahkan suami isteri adalah :- Faraq

    ReplyDelete
  6. Jika sepupu sulong jadi anak susuan nenek adakah adik beradik yg lain yg tidak menyusu dgn nenek itu juga dikira anak susuan nenek juga?

    ReplyDelete
  7. Jika sepupu sulong jadi anak susuan nenek adakah adik beradik yg lain yg tidak menyusu dgn nenek itu juga dikira anak susuan nenek juga?

    ReplyDelete
  8. Hak untuk menyusu tu adalah hak suami. Isteri wajib mintak izin suami klau nak menyusukan anak orang lain.

    ReplyDelete
  9. jika salah seorang dari anak makcik saya adalah adik sesusu saya, adakah adik beradik sepupu saya juga menjadi adik beradik sesusu?

    ReplyDelete
  10. jika sepupu saya adalah anak susuan ibu saya, adakah adik beradik sepupu saya juga menjadi adik beradik susuan saya?

    ReplyDelete
  11. Isteri dan arwah ibu saya ada ibu susuan. Tiada masalah timbul kendian hari pun. Hukum Islam semuanya dah lengkap. haha yg bab suami terminum tu pernah dengar satu ceramah ni, hukumnya harus TAPI jangan pulak sampai sendawa kenyang haha

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form