Ter-update ler pulakkkk

Halu.. halu... lama tidak bersiaran langsung di blog kan?
Hehehe..
Nampaknya kena terima hakikat jugak bahawa kakmim bukan seorang blogger tegar dah sekarang
Kekadang tak teringat pun ada blog
Sungguh... kijam kan?
Nasib baiklah blog ni takde hati dan perasaan
Kalo tak mau direportnya kerana diabaikan
Atau difailkan perceraian kerana tak bagi nafkah
Wakakakaka

Hah? Hari ni apa mimpi update?
Ala.. dah update jangan ler tanya pulak mimpi apa
Aktiviti pagi ni ialah menyelongkar khazanah lama di blog
Kerana nak bantu BFF yang dalam persediaan menerima orang baru
Ye lah kakmim kan orang lama.. erk
Orang lama?
Lama lah tu.. anak dah 3.. oops
Sharing is caring la...
Dah member macam blur.. kita share jer lah apa yang kita pernah buat
Lagipun itu pun sebenarnya tujuan berblog

Selongkar punya selongkar.. jumpa jugak la entri lama
Tahun 2011.. masa pregnant Akim
Hmmm... Akim is Irfan Mustaqim ok
Sekarang senang panggil dia Akim jer
Dulu panggil Irfan
Tapi kat taska memang teacher panggil Irfan
Kitorang kat umah jer panggil Akim

Aha.. ingatkan masa sebelum dapat Iman dulu pernah buat entri pasal persediaan keperluan baby ni
Rupanya tidak uols
Masa nak dapat Akim baru sibuk buat kat blog
Tapi masa nak dapat Iman dulu memang ada 1 buku nota kecik khas untuk checklist ni semua
Segala arkib lama tu pun dah tak tau ke mana
Wassalamu je lah
Tapi rasa macam pernah jer buat kat blog ni
Agaknya di label lain kot
Hmm..tu lah.. dulu-dulu bukan tau kegunaan label di blog ni
Sekarang baru mak tau
Kan senang kalo buat jer entri ikut label
Memudahkan pencarian di blog
Tau? Haaa... baru mak tau
Hihihihi

Sekarang masa kelas.. budak tengah buat preparation presentation
So menyempat sekojap
Nanti-nanti kakmim bersiaran lagi yek
Hihihihi



Post a Comment

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

Previous Post Next Post

Contact Form