Air Tangan Ibu

Minggu lepas Ibu demam
Demam yang teruk
Terasa bersalah kerana dapur tak berasap selama demam tu
Bekal ke sekolah pun Nenek yang sediakan
Itu lah kasih sejati seorang insan bergelar Ibu
Bila tau anaknya demam, semua disuruh tranfer ke umah Nenek
Ye lah Ayah kan takde sapa lagi nak diharapkan
Kalau tak support system, Bapak Mak dan adik² semua kan? Kan?

Minggu ni baru terasa larat sikit nak masak
Selera makan  pun dah mula menjengah
Si kakak dan Imran pun dah alhamdulillah beransur sihat
Cuma tukar syif, si abang pulak tak sekolah hari ni
Abang pulak yang demam dan ada tonsil..huhuhu
Terjangkit Ibu jugak la tu
Maafkan Ibu anak² Ibu...

Semalam seharian hujan lebat
Rasa nak western je anak tekak ni
Mengenangkan tekak ni la.. balik keja Ibu sanggup mengharungi hujan lebat
Beli bahan-bahan nak masak spagetti
Ye lah.. stok kat umah tinggal berapa kerat je lagi
Belom lagi shopping stok bahan dapur sejak payday ari tu

Dalam kepala meatball spagetti bolognese
Nak cari meatball brand Marina memang takdelah kalo setakat nak shopping dekat umah
Kat Giant jugak baru ada
Rembat je apa yang ada... Ramly pun okay

Dan..
Bila dah siap masak si kakak kena tunggu Ayah dan abang pulak balik dari klinik
Baru dapat makan sama²
Semalam balik sekolah Abang dah demam
Memang nak kena ke klinik jugak
Abang ni jenis tak suka nasi bubur
Bila ditanya nak makan spagetti dia nak pulak
Ok la.. malam tadi semuanya makan dengan berseleranya
Walaupun abang makan sikit
Tapi ada jugak makan sebelum dapat makan ubat
Syukur... semuanya dipermudahkan


Tiada apa yang menggembirakan si Ibu bila anak² berselera makan
Gambar tak berseni sebab Ibu takde mood nak ambik gambo
Snap je apa adanya untuk status Whatsapp.. hahaha


Ibu masak tak pernah tak sedap, sebab Ibu masak kan dengan penuh kasih sayang


Auwww.. tak boleh tahan punchline si kakak
Memang mulut manis.. hehehehe

Memang masak lebih malam tadi sebab nak bekal untuk bekfes pagi ni
Kakak ari ni 1st day sekolah setelah 3 hari tak sekolah
Si kakak pun bawak bekal yang sama

Ibu rasa memang Ibu pun dah lama tak masak western ni

Takpe, meatball semalam pun masih banyak lagi
Plannya nak buat meatball + blackpepper gravy pulak
Nak buat mac & cheese pun on
Hahahaha... memang air liur western je lepas demam ni

Layannnnnn jer


Post a Comment

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

Previous Post Next Post

Contact Form