1 bulan 1 buku

Sejak dah matang ni.. Chehh.. Matang yek bukan tua 😂😂 Aku jarang nak berazam bagai. Macam budak sekolah pulak pasang azam. Hihihi. So memang lamalah takde azam bila tukar jee tahun baru.

Tapi awal tahun ni macam terpasang azam pulak. Terniat dalam hati nak hbiskan baca 1 buku sebulan. Bukan apa buku tu selalu jugak beli tapi bacanya selalu tak habis 🤦#mybad

Ni dah masuk bulan 2. Bulan 1 tu memang ada beli buku baru tapi tak khatam lagi. Pastu sambung baca buku tahun 2018 tapi masih jugak tak habis² 🤦

Baru² ni si #anakno1 beli buku baru. Mulanya dia nak beli Lawak Kampus. Aku tak berapa gemar diorang baca komik ni. Baik baca buku yang betul² buku. Rondeng punya rondeng, sembang punya sembang dia setuju beli Budak Kelas Belakang ni. Bukan apa, Ibunya yang nak baca jugak. Ni kira untunglah anak baca mak pun boleh baca. Tapi baru habis 1 bab ni. Huhuhu.



Dulu.. Zaman muda dulu, dapat jer buku memang tak tido malam nk habiskan baca. Sekarang?? 💆💆💆

Membaca di henpon tak sama dengan baca buku yang kita pegang. Kan? Kan?

Post a Comment

0 Comments