Persiapan Untuk Pasukan Beruniform Pandu Puteri

Pejam celik si #anakno1 dah tahap 2 dah tahun ni. Dah darjah 4. Ertinya dah kena pilih pasukan pakaian beruniform di sekolah. Memandangkan Ibu dulu Tunas Puteri makanya daripada cerita-cerita Ibu si #anakno1 pun terpengaruh nak join Pandu Puteri. See?? Hebat tak kuasa pengaruh seorang Ibu. Hihihi.

Iman cakap cikgu kata beli baju uniform di HQ Pandu Puteri. Yang dijual di kedai² tiruan, logo salah. Ye lah, Ibu layankan aje. So hari ni kami pergi berdua ke sana. Masa Ayah ada hari tu lupa plak nak pergi. Al-maklumlah Ibu ni buta jalan sikit. Hahaha. Tadi pun guna Waze pergi. Area tu tau tapi spesific tu yang tak tau tu yang kena SOS Waze jugak. Hahaha.

Ada cerita jugak ke HQ Pandu Puteri ni. Walaupun guna Waze tapi failed jugak. Apuuu. Punyalah Ibu masuk ke kawasan perumahan kenapalah tak jumpa bangunan HQ ni. Padahal bangunannya seketul gedabak kat tepi jalan jer Ibu boleh tak perasan. Selalu lalu kot tapi ye lah tak tau kenapa tak ingat. Hihihi. Sampai tertido orang yang nak beli baju Pandu Puteri Tunas. Hihihi.

Nasib baik sampai staf tu memang sangat membantu. Iman pun blur baru bangun tido disuruh testing saiz baju. Hahaha. Ibu excited ni nak oi!!


Lepas tu staff tu tunjukkan lokasi lencana² yang patut dijahit di baju. Wajib ambil gambar ni memang tak ingat nanti dah sampai kat umah. Dulu zaman Ibu manade banyak lencana macam sekarang. 


Selain tu, buku-buku pun complete sekali beli di sana. Tak payah lah nak mencari lagi di mana-mana lepas ni. Senangggg.


Total semua ni semuanya RM87.20 sebab tolak seluar. Seluar sekolah biru tua ni ada banyak sebab si #anakno1 ni ke sekolah pakai seluar. Kalau dengan seluar RM100 lebih jugak kata staff tu tadi.


Lega dah Ibu kelengkapan si kakak dah complete. Cuma baju silat si abang pulak ni belum ada stok lagi. Lepas raya cina ni mungkin baru ada stok saiz paling kecik kot. 


Ini haa Pandu Puteri Ibu. Hehehe. Lepas ni ikut Ibu gi ofis dulu sebab alang-alang kalo nak kena hantar balik umah. Hehehe.

Next misi baju silat pulak. Yeeehaaa!!




Post a Comment

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

Previous Post Next Post

Contact Form