28 Mac 2019 - Kami sekeluarga terbang ke Melaya sana. Lambat pulak bercuti, hari Khamis baru nak start berjimba. Apa boleh buat Ayah tak dapat cuti awal, Ibu pun nak setelkan kerja sebelum nak bercuti.
Tahun ni tahun ke-3 kami menggunakan waran perjalanan untuk keluarga. Apa tu? Hehehe. Tiket flight kami ditanggung kerajaan.. kerana si Ayah berkhidmat di Semenanjung so kami keluarga boleh mengunjungi si Ayah dengan ditanggung kerajaan. Alhamdulillah, terima kasih kerajaan Malaysia. Kalau nak beli sendiri naik MAS ni memang makan RM6K kot. Hahaha.
Si bongsu Idlan Muhaimin pun dah kali ke-4 lah naik flight. Dialah yang paling win sebelum umur setahun lagi dah naik flight. Ye lah sejak Ayah bertugas di Putrajaya, dia belum setahun lagi dan sejak tu lah kami setiap tahun akan fly ke Melaya.
Dan tahun ni dia awal dah sound, dia nak duduk tepi tingkap. Nasib baik si #anakno3 boleh bekerjasama bagi chance dekat si adik. Sebelum ni memang dia jer yang duduk tepi tingkap. Layan jer si bongsu ni.
Muka puas hati dapat duduk tepi tingkap









0 Comments
Penafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!