Faith Fleur Hair Serum

Yuhu!! Korang pernah pakai serum rambut tak? Kakmim baru nak cuba ni. Kebetulan ada staf di ofis yang jadi agen Faith Fleur, kita try jer lah. Ye lah bila usia dah nak masuk 4 series ni macam-macam serum pulak rasa nak cuba. Sebelum ni serum muka, ni rambut pulak. Alamak, kantoilah pulak. Kah kah!



Serum rambut ni bagus untuk membantu rambut agar terus terhidrat, tidak rosak, lembut, mudah diurus, kekal lebat, melebatkan rambut dan yang paling penting memiliki rambut yang kuat. Bila usia semakin bertambah of course jugak rambut semakin berkurang malah uban pun mula tumbuh melata. Opps! So usahanya kita try serum untuk rambut.

Faith Fleur Hair Serum 


Serum ini mulai diperkenalkan di pasaran Malaysia pada tahun 2017. Kelebihan yang terdapat pada serum anti-frizz keluaran Citymary ini adalah ianya dapat mengurangkan masalah keguguran rambut, membaikpulih kerosakan, mencegah kelemumur atau ‘flakey’ pada kulit kepala. Ianya juga berfungsi untuk mengelakkan masalah rambut kering dan menggalakkan kadar penumbuhan rambut baru. 

Bukan sahaja itu, serum ini juga mampu untuk memberi kelembutan pada rambut serta memberi kilauan sepanjang masa agar rambut anda kelihatan segar dan bermaya. 

Ini bukan Kakmim cakap, Kakmim Google jer kat sini. Faith Fleur ni antara top 3 ranking terbaik di Malaysia. Tak tau pulak macam mana dia menentukan kedudukan ranking ni.

Korang pernah ke pakai serum rambut ni? Berapa lama baru nampak keberkesanannya? Ok ke tak ok serum Faith Fleur ni? Kalau ada pengalaman tu, meh la share dengan Kakmim.

#notakakmim: Ini bukan iklan berbayar k.. hihihi

7 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Belum pernah gik coba serum rambut. Hehe.... Kacak template baru blog kitak. Serius... Suka nangga.

    ReplyDelete
  2. Fiza: kmk baru nk coba juak tok.. almaklumlah dh senior tok.. haha.. template blog kmk masih template lamak.. kmk tukar header image jak.. hehehe

    ReplyDelete
  3. saya rasa saya pun dah kena guna serum rambut, makin butak dah ha lepas beranak..kikiki

    ReplyDelete
  4. Hihihi... kan Syaz? Walaupun bertudung tapi penting jugak tu sbb rambut kn mahkota wanita

    ReplyDelete
  5. nih ubaat serum penjagaan raambut utk pompuan je kan kakmim? hehehe

    ReplyDelete
  6. First time dengar nama produk ni. Untuk serum saya guna serum rambut good virtues co. One set sekali shampoo & conditioner :)

    ReplyDelete
  7. Kakmim kalau dah pakai nanti buat review boleh 🤩

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form