SCR Signature Dishes



Korang ada favourite family restaurant tak? Asal keluar je, makan kat situ. Asal lapar je pergi situ.

Kalau kat Kuching ni, rasanya namanya Singapore Chicken Rice atau nama glamernya SCR, memang tak perlu diperkenalkan lagi kot. Rasanya semua orang dah tau dan pernah makan di SCR.

Kalau kami, tengah jalan-jalan, kalau lapar nasik jer mesti masuk SCR. Ataupun kalau rasa nak makan nasik ayam SCR memang akan pergi ke Plaza Merdeka, sebab situ jer yang paling selesa setakat ni. Dan menu yang diorder mestilah nasik ayam dah nama restaurant pun Singapore Chicken Rice.

Tapi asal-usul SCR ni taktaulah kenapa ada letak Singapore tu. Cuma saya rasa SCR ni lebih kepada masakan yang ala chinese style sebab tu letak Singapore kot.

Kami kalau makan kat sini mesti order 2 jenis ayam, roasted dan steam. Famili kami ada 2 team, ayah dengan roasted dan ibu pulak steam. Anak-anak pun macam tu jugak ada team ayah, ada team ibu. Fairlah kan? Haha

Menu wajib order jugak ialah tauge ikan masin dan Kueh Tiaw Cantonese. Dulunya favourite ibu sorang sekarang si kakak pun dah pandai order menu tu jugak. 


Alamak, lapar pulak wei tengok gambo ni. Letak kicap cuka yang ada cili potong tu kompom lagi sedap. Orang Serawak panggil kicap tu, ‘kicap cabik potong’. Selalu kalau tempat mkn seafood mmg dah ready kicap cabik potong ni.

Er. Cabik tu cili. Cili tu cabik. Harap maklong.

Korang pulak macam mana? Kalau bawak famili jenjalan selalu makan kat mana? SCR ni antara favourite tempat makan kami di Kuching ni. Lagi satu Sushi King. Kalau mee kolok, Sepinang Sari. Layankan ajerlah dah anak-anak suka. Yang penting perut kenyang suka hati. Hihihihi.






6 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. SCR mengingatkan The Chicken Rice Shop. Favourite place gak tu suka makan honey bbq chicken noodles. kalau order by foodpanda/grabfood mesti order tu je. tak boleh move on. haha

    ReplyDelete
  2. Aah.. konsep dh sama dh tu.. tp mcm Chicken Rice Shop mahal sikit mungkin sbb dia pakei set kot

    ReplyDelete
  3. Sama macam kamek orang beranak. Sik apat tinggal SCR. Nasi ayam nya berantu. Haha... Nyaman nak ow..

    ReplyDelete
  4. Ada kakmim..kedai mkn berdekatan dgn rumah tapi sejak dah bertukar owner msakn pn dah lain skit..kami dah bertukar jauh skit dr rumah tp sebab jauh..dah kurg mkn situ lg2 PKPP plak..kan..

    ReplyDelete
  5. If nak makan nasi Chicken Rice Shop la selalunya, if western2 ni, balik-balik mcD, kepC. jarang makan kat luar, if keluar pun make sure makan dulu kat rumah. haha!

    ReplyDelete
  6. Fiza: Yeay! geng SCR kita.. hehehehe

    Shida: kan? mesti ada.. at least 1 mst ada tmpt fav famili

    ch@: budak² biasalah suka sgt mcd kepsi... sedap lg ayam grg mak nya goreng kan... hehehe

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form