Year 2020 In Review

Page 1 of 1 for 2021. 

















Bertahun baharu di rumah saja. Syukur kes Covid-19 di sini semakin terkawal. 2020 memang takkan pernah dapat dilupakan kerana kemunculan pandemik Coronavirus ni telah mengancam populasi manusia seluruh dunia. Ada jugak yang kata ini semua agenda hidden hand. Whatever, baca boleh tapi taksub jangan. Yang sebenarnya dunia kita semakin tua dan ini mungkin antara tanda-tanda akhir zaman.


Walaupun tahun 2020 yang lalu kita seakan-akan 'terkurung' angkara Covid ni tapi tetap juga ada kenangan manis yang terukir untuk disimpan dalam lipatan kenangan.

Antara yang boleh dihighlight pada tahun 2020 based on Top 9 dalam IG Kakmim ialah seperti yang tertaip di bawah. Setiap gambar ada ceritanya.


PKP

Siapa sangka kita boleh boleh duduk rumah, tanpa ke mana-mana selama 3 bulan! Sebelum ni pernah jugak lah duduk rumah kalau cuti bersalin, tapi tetap ada jugak keluar ke klinik. Masa PKP ni langsung tak ke man-mana. Ada jugak lah keluar sebab Encik Suami takut Kakmim stress. Dia bagi jer Kakmim keluar beli stok dapur sesambil dapat lah cuci mata.


Hikmah PKP

Family bonding dengan anak-anak dan keluarga. Time ni lah baru kita menghargai teknologi. Walaupun rumah takdelah jauh mana dengan umah mak dan famili lain tapi akibat PKP memang kita tak dapat nak ke mana-mana. Video call lah penyelamatnya! Lepas tu berpuasa, bersahur, berbuka puasa, berterawih semuanya di rumah sahaja! Masa bulan Ramadhan tempoh hari kami memang tidur di ruang tamu saja, angkut semua tilam kat ruang tamu. Senang nak kejutkan #theIMANs bersahur. Masak pulak macam-macam resepi baru yang dicuba. Hari Raya PKP pulak, sehari je! Tu pun pergi rumah mak, mertua dan nenek jer. Pukul 5 dah ada kat rumah balik. Hihihi. Dan kek raya tahun ni berhaya buat sendiri. Ter-rajin pulak melapis kek dan buat biskut. Kalau tak, biskut memang main tunjuk je. Masa PKP memang hero-hero Ibu semua berambut panjang. Last potong rambut bulan Disember 2019 sebelum masuk sekolah bulan 1, lepas tu bulan 5 kot baru gunting rambut. Tu pun Ayah yang jadi barber. Ibu pun merasa jugak jadi barber kepada si Ayah. Hihi!


Youtube Chanel Zamir Iman

Mungkin si Kakak boring kot, dia nak pulak buat content dengan menyanyi dan terciptanya chanel Zamir Iman. Mulanya memang semua DIY tapi lepas tu gigih pulak Ayah Ibu beli aksesori untuk shoot video ni semua. Tapi bila dah start sekolah balik, terus tak update content lagi dah. Haha!


Birthday Celebration

Untuk tahun 2020 semua birthday sambut sendiri² jer kat rumah je kecuali untuk birthday Ibu dan Alan. Masa bulan 8 tu kebetulan kes dah agak berkurang so kami celebrate jemput famili lain untuk makan-makan di rumah. Dan yang birthday yang lain-lain lepas tu pulak memang makan-makan biasa anak beranak je. Birthday paling tragis birthday Imran (bulan 4) kami terpaksa delaykan sehari kerana tunggu Ayah 'dibebaskan' dari kuarantin. Tu pun result 2nd swab keluar sebelah petang, sempat-sempat jer agihkan sedikit untuk jiran-jiran sebelum 7 petang. Time tu kan curfew 7 pagi - 7 petang.


Naik Pangkat Di Norma Baharu

Setelah bertungkus-lumus menyediakan dokumen folio kecemerlangan pada tahun 2019, akhirnya result kenaikan pangkat pun keluar pada bulan Februari 2020. Dan bulan April barulah surat pemangkuan keluar dan kami yang berjaya melapor diri dalam suasana norma baharu. Alhamdulillah. Bila dah mula PKPB dan setelah report duty di tempat yang sama, semangat baru pulak pergi keja di norma baharu. Cari mask extender, cari face mask. Mask extender pun bermacam version. Sekarang ni dah malas dah, guna jer apa yang ada tapi customised! Haha!


Saying Good Bye To 3 Series

Yeah! 2020 ialah tahun terakhir memegang angka 3 di depan. Barulah Kakmim tersedar kehadiran jeragat-jeragat di muka. Ahaks! Tahun yang paling banyak melabur untuk penjagaan wajah. Hahaha!


= = = = = = = = = =


Rasanya itu jer rumusan review Kakmim untuk 2020 kot.  
Korang pulak macam mana? 
Wanna share? 

12 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Tu la, tiada sape menyangka tahun 2020 boleh dok rumah, buat macam-macam. :) Pandainya kakmim buat kek lapis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Simple2 boleh la.. yg lawa2 x pandai.. hehe

      Delete
  2. 2021.. happy new year Kak Mim. semoga tahun baru ni memberi lebih colors to your life.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happy new year 2021 jugak!! Semoga 2021 kita akn lebih bermakna 🥰

      Delete
  3. Memang banyak yang berubah nak oh masa covid tok Kakmim. Ada pro dan cons nya. Banyak norma baharu yang perlu diprektis. Alhamdulillah kenaikan pangkat di tahun covid. Senang pakei ingat. Hehe. Tahniah dan syabas kakmim. Semoga ktk terus sukses agik di masa hadapan. Harapan Eza untuk tahun baharu tok, moga kak min sentiasa bahagia, sihat walafiat dan dipermudahkan segala urusan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq eza.. semoga ktk pun sama dilimpahkan rezeki yg berterusan dan kemudahan di setiap urusan juak 😊😊

      Delete
  4. Semuga pencapaian 2021 lebih hebat lagi hendaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih wak.. semoga wak pun sama hendakNya.. dipermudahkan setiap urusan dan dilimpahkan rezeki yg berkat dan berterusan 😊

      Delete
  5. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya🥰. Semoga 2021 membawa banyak kejayaan buat kita 🥰

    ReplyDelete
  6. kakmim serious la last pgg 3series.. your face is so baby!! still nmpk 2series lagi!!!!
    Happy New Year Kakmim :)

    ReplyDelete
  7. Paling bermakna tu boleh spend time dengan family. Waktu yang susah nak dapat.
    Alhamdulillah tahniah dapat naik pangkat.
    Usia sekadar angka, kakmim maintain muda :)

    ReplyDelete
  8. wahhh sporting betul sampai beli kelengkapan untuk shoot video menyanyi haha! Tahniah Kak Min dapat naik pangkat walaupun dalam keadaan yang menguji ni. Walaupun dah 4 series tapi semangat masih power! Happy new year Kakmin :)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form