Buah Duri Dari Kayangan

Bila dah tak tahan mengidam, tengok ada kawan promote buah duri dari kayangan ni di FB terus je Kakmim pm seller. Yang bestnya dia ada COD, tu yang interested tu. Tak payah nak ke mana-mana. Range harga pun pelbagai jugak. Yang siap pack pun ada. Yahooo!



Kakmim ambik yang 3 biji RM50 je. Cukuplah jangan tak merasa kata orang. Bila seller sampai, kita pilih-pilih dan bayar. Oh, seronoknya! #theIMANs terus tak sabar-sabar nak makan. Lama dah tak makan durian, kata depa.



Not bad lah buahnya. Tak ada yang buruk pun. Ada sebijik lagi belum bukak.


Alhamdulillah. Tercapai jugak hasrat nak makan buah duri dari kayangan. 


Oh ya, ini cerita semalam. Minggu ni Kakmim keja di opis takde BDR sebab kena setelkan semua penilaian budak sebelum depa bercuti.

 

15 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Alhamdulillah...
    Rezeki jamu mata pagi ni. Baru malam tadi anak bongsu saya si hantu durian menyebut2 durian bila ada bau dari rumah jiran menerjah hidung. Tapi abangnya servey, durian kampung pun 1kg rm30.. Bertahan dahulu lah nampanya.. Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat sini x jual by kilo kak... masih jual ikut biji... mampu lah jugak setakat nk merasa lepaskan gian tu

      Delete
  2. PKP punya pasal, saya tak dapat makan durian. Makan sorang tak syok! :)

    ReplyDelete
  3. Nampak jugak kt tepi jln org dh mula jual cuma mahal sikitla heheheh

    ReplyDelete
  4. Aduhaii kecur air liur tengok durian. Dah lama tak makan. Sangat berminatlah kalau ada delivery dengan harga berpatutan. Isi pun elok. Tak rugi membeli gitu.

    ReplyDelete
  5. Tak nampak lagi buah duri ini disini..
    Cantik isinya Kak Mim..

    ReplyDelete
  6. Lepas kempunan. Nasib baik puas hati dengan buah dipilih.

    ReplyDelete
  7. Cantik isinya. Puas hati beli.

    ReplyDelete
  8. Besar ulas durian tu. Sedapnya durian. :)

    ReplyDelete
  9. huaaa!!!! sedapnyaa klu buat pulut sedap ni, lepas tu esok sakit satu badan sbb panas haahah

    ReplyDelete
  10. Ctok jual timbang. Belum gik datang ingin nak makan. Sebab sikda geng, laki penin dengan durian. Alahaiiii.

    ReplyDelete
  11. Lama tak nampak buah ni kat area rumah saya huhuhu

    ReplyDelete
  12. Sedapnya...tunggu musim nanti la mana tau dapat beli yang murah2

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form