Manusia Ignorant

Saya agak kecewa dengan sikap manusia yang ignorant, tak cakna dengan isu-isu yang berlaku di sekeliling kita. Nak kata duduk di ceruk kampung sana, tak jugak. Nak kata takde access dengan media sosial, dia guna jugak Facebook tu untuk buat marketing produk yang dia jual. Contoh je la. Tapi? Masih tak cakna dengan apa yang berlaku di sekeliling kita.


Kisah benar. Satu alasan utama manusia yang tak cakna info semasa ni ialah tak minat politik. Itu yang selalu saya dengar kalau kita berbincang santai tentang isu semasa yang melibatkan politik, mereka terus potong stim yang lain. Orang nak berbincang secara sihat pun terus down. Ai... tak best langsung manusia macam ni. Itu contoh kalau kita cerita bab politik. Memang itulah alasan utamanya. 


Sekarang ni kan orang tengah heboh tentang vaksin Covid-19. Semalam balik kerja Encik Husband ceritalah diorang ada taklimat tentang vaksin tu semalam. Diorang akan ambik vaksin ni pada awal Mac nanti. Encik Husband jadi salah seorang fasilitator so ada 2 orang staf mintak bantuan nak setting MySejahtera. Encik Husband cakap, masa tu dia agak terkejut, speechless sekejap. Takkan tak ada MySejahtera? Tak pernah guna MySejahtera ke?


Encik Husband: Kitak sik ada MySejahtera? 

Staf: Tok kah? (Dia tunjuk apps yang jabatan diorang pakai) 

Encik Husband: (Speechless)


Masa Encik Husband cerita saya macam annoying pulak dengar. Seriously??? Saya tanya Encik Husband lagi sebab tak puas hati. 


Saya: Senior kah? 

Encik Husband: Eh, sik lah.. macam baya-baya kitak jak. 


Apuu! 


Itu lagi satu masalah. Penjawat awam yang tak tau dasar-dasar kerajaan. Kita ni dah bergelumang dengan pandemik ni dah setahun dah. MySejahtera pun dah diwajibkan digunapakai di semua premis, takkanlah tak pernah guna MySejahtera? Mungkin di tempat kerja mereka scan aplikasi yang jabatan guna, baiklah dimaafkan. Tapi takkan nak ke supermarket ke, shopping mall ke tak pernah tengok orang scan MySejahtera. Wujud jugak rupanya manusia macam ni. Kenapa eh? Kenapa? Saya pelik.



Contoh di atas tu cuma sikit je tu. Mungkin ada lagi contoh-contoh lain kes manusia tak cakna yang pernah korang jumpa kan? Kesimpulannya, semuanya bermula dengan kita sendiri. Kita bukan nak jadi penyibuk, bukan nak jaga tepi kain orang atau bukan nak jadi profesor serba tau tapi isu-isu semasa yang berlaku di sekeliling kita ni kenalah ambik tau.  


Begitulah.


29 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Pelik gak tu. Dah setahun bergelumang dengan covid masih tak cakna dengan MySejahtera. Tahu itu penting tapi ignore. Kerja gomen pulak tu kan. Entahlah, macam-macam sikap manusia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg pelik.. kalo gtau dr jbtn mana lg pelik.. hihihi

      Delete
    2. haa.lagilah pelik kalau jabatan yang sepatutnya ada tapi tak tahu. huhu

      Delete
  2. mungkin die tulis je di buku..macam saya sbb malas nk sub internet sbebab kat rumah pkai wifi, so mse keluar saya akan sign di buku..tapi ni sejak compulsary kne scan nampaknya kne subcribe internet juga la

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin kot.. xtau apa masalahnya tp xtau langsung tu je masalahnya skrg.. xkanlah kan xtau?? hihi

      Delete
  3. erkkk biar betul dia x guna mysejahtera dalam sethn lepas ni??
    Nasib la dia x kena tangkap ke hape...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau br nk install tu mmg x lah kn? mungkin jgk dia jarang keluar kot.. pegi keja balik keja je kot..haha

      Delete
  4. Mak oii....kalau diorang warga emas boleh la percaya takde apps mysejahtera kan..sebab x semua warga emas celik IT dan pandai guna smartphone

    ReplyDelete
  5. seriousla dia sampai tatau mysejahtera, penjawab awam juga kan dia ? even kalau masuk mall ke mana ka dia tulis buku ja, tapi at least ambil la tahu apps mysejahtera tu, then dia tak claim rm50 la hari tu eh ?

    ReplyDelete
  6. hari tu masa sy pergi mahkamah sesyen jb..diorang tak pakai mysejahtera... pakai apps lain..kena guna qrcoad kat facebook

    ReplyDelete
  7. wah MySejahtera tak tau..penjawat awam la patut lebih tau kan :D

    ReplyDelete
  8. Kadang2 lebih selesa main tulis kat buku aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paham wak.. bpk saya kami buatkan dia cop nama n no telefon.. sng xyah tulis

      Delete
  9. Setuju, Kakmim. Zaman sekarang ini, dengan semua benda di hujung jari, bila kita dakwa tak tahu/jahil tentang sesuatu perkara ... lebih kepada kita tak usaha untuk ambil tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan farah.. sedih dh la penjawat awam dan FL plak tu

      Delete
  10. Ayoyo.. saya pun tak tahu nak cakap camana, kakmim. Tak tahu guna mySejahtera. Asyik tulis nama manual saja kot, masuk kedai. Atau mungkin jenis tak check-in langsung, pakai masuk saja. Macam ni pun ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Main tulis je kot sbb skrg xde tmpt yg main redah je

      Delete
  11. memang ada org mcm ni kak mim..dsyat betul ye..habis ke sana ke sini x check in la..larat ka duk tulis jaaa..haiahh

    ReplyDelete
  12. Ada juga macam ni. Kalau warga emas boleh maafkan lagi, tapi kalau yang bekerjaya dan bekeluarga, hurm tak tahu la nak cakap. Semoga diberikan kesedaran. Covid dah dekat setahun dah. Patut dah lebih dari tahu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mslhnya FL mmg hidup sgn covid itu yg rs pelikkkkkkk sgt tu

      Delete
  13. giveaway CUya kembali! jom joinn

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2021/02/giveaway-vektor-20-by-cuya.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baikkkkk cuya.. insyallah akak akn memeriahkan ga cuya 2.0 ni... hihihi

      Delete
  14. Mak saya pun adik buatkan cop yang siao2 tulis nama & no phone. Tapi saya minta juga anak install myswjahtera tu dalam hp neneknya.Dah cakap dgn mak, kalau tak pandai guna pun, tapi jika ada apps tu, kalau minta tolong pun in sha allah ada sahaja yang bantu. Tapi kalau jenia sik dak.. Itu payah la sikit.. Hihihi

    ReplyDelete
  15. pelik bila penjawat awam ignorant gitu..first and foremost tak fikir ke keselamatan dan kesihatan kalau la dia daftar masuk ke mana2 premis guna pen yg sama..ai is kenot brain

    ReplyDelete
  16. Kak Mim.. I feel you..
    Kat tempat Sha nie pun sama je kak Mim.. Pensyarah tau bukannya golongan yang emmang tak tahu IT.. Alasan diorang malaslah nak bawa hp, lecehlah nak install app.. geram je nengok.. HP kemain lagi canggih.. title pensyarah doktor tapi sikap ignorance dia.. buat kita rasa bengang pula.. Hehehe.. terluah perasaan pula..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form