Follow Us @soratemplates

20/04/2021

Sekolah Di Zon Merah (Sarawak) Diarahkan Tutup!!


Semalam semasa Sidang Media Khas Ketua Menteri Negeri Sarawak berkenaan SOP PKPB terkini, CM Abang Jo telah mengumumkan sekolah dan tadika ditutup di semua red zone di Sarawak. Memang dah agak jugak dah sebab dah terlalu banyak kes positif yang melibatkan guru dan murid di sekolah di Sarawak. Baik SMK juga SK. Malahan ada Politeknik juga PKPD kerana kes melibatkan pelajar dan pensyarah. Menyeramkan!!



Sarawak ni kalau dah buat keputusan memang selalu drastik macam ni. Minggu lepas MKN kata PKP, SDMC kata tak. Tapi betul jugaklah.. kalau diPKPkan, semua bahagian di Sarawak ni luas. Habislah frontliner nanti. Keputusan untuk buat PKPD bersasar tu memang terbaik dan tutup semua sekolah tu pun memang sepatutnya. Bila PKP antara premis yang wajib tutup ialah sekolah, so betullah sekolah memang patut ditutup berdasarkan keputusan PKP daripada MKN minggu lepas.


Makanya hari ini, bermulalah sesi PDPT sekali lagi untuk #budakkaranku. Walaupun mereka tak suka online tapi nak buat macam mana kita kena follow arahan kerajaan demi memutuskan rantaian Covid-19 yang mula menunjukkan trend semakin menaik dalam seminggu 2 ni. Untuk kelas saya sendiri pun baru sempat buat 2 latihan amali, ada banyakkkkk lagi amali yang menunggu. Huhu! Mudahan lepas ni diextendlah takwim pengajian. Mana-mana kursus yang boleh dinilai secara online tu bolehlah survive, tapi kursus yang melibatkan amali? Hmm.. sedihhhh nak mengenangnya.


Macam biasalah bila #theIMANs tak disekolahkan mereka akan dihantar ke rumah nenek. Tugas Ibu sebelum pukul 8 pagi kena forward tugasan yang perlu disiapkan mengikut jadual PDPR ke Whatsapp masing-masing. Terpkasa jugak Ibu keluarkan henfon-henfon yang 'dirampas' untuk mereka membuat kerja sekolah mereka sepanjang PDPR ni. Harap-harap tak adalah cikgu yang buat kelas di Google Meet secara tiba-tiba hari ni. Ibu pun nak berGM pastu sibuk lagi nak send link GM kat #theIMANs pulak.


Tahun ni kita beraya sendiri-sendiri lagi lah nampaknya. Memang confirm dah kan sebab rentas negeri tak dibenarkan. Semoga kita terus tabah mengharungi cabaran pandemik ni. Di Sarawak ni memang ramai dah yang tak ikut SOP sebab tu lah kes naik balik. Entahlah semangat kekeluargaan terlalu tinggi kot tak sabar-sabar nak bermajlis. Tahlil la majlis doa selamat la reunion la parti hari jadi la gotong-royong la. Haaa... lepas tu semua jadi kluster. Ye pun nak buat majlis tak payah lah nak jemput semua ahli keluarga dan kenalan. Keluarga terdekat je jadilah. Hmm..


Hari ni saya BDP sebab ada kelas. Siapa yang takde kelas je BDR. Sunyilah hari ni. 

 

12 comments:

  1. Di Betong still sekolah aritok. Yalah, nang Jak kamek nangga Rami yang x patuh sop.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.
    Selamat berpuasa. Semoga Allah permudahkan segala urusan sepanjang Ramadhan ini. Amiinn.

    ReplyDelete
  3. agak sukar membendung Covid-19 tiada disiplin yang kuat

    ReplyDelete
  4. sangat membimbangkan nangga kes dekat Kuching mendadak nait. bingung ati. semoga kita sesama blogger beringat lah k jgn nak keluar sebarang

    ReplyDelete
  5. Sekarang jumlah kes covid19 makin mencanak naik... kami pun tak tahu pila akan berakhir PKP di LD.

    ReplyDelete
  6. moga di permudahkan semuanya, take care ye kak... bagus menteri sarawak jaga betul-betul rakyatnya... tapi memang nampak makin tinggi kes di sana..
    kami di selangor dan kl dan imune, kes naik ke zon merah ke kerja, sekolah macam biasa je... huhuhu lagi haru

    ReplyDelete
  7. Semoga dipermudahkan ye...makin naik plak kes sekarang..x tau la nak salahkan siapa..memang susah nak berakhir la semua ni

    ReplyDelete
  8. Semoga orang sarawak dilindungiNya

    ReplyDelete
  9. selamat berpuasa kakmim. jaga diri dan famili. nampak dah bayang raya kat rumah. harap at least rentas daerah dibenarkan. takdela sendu lari-lari daerah sendiri je

    ReplyDelete
  10. Di semenanjung pun dah banyak sekolah ditutup. Tak tahu lah bila akan berakhir.huhu
    Semoga Allah lindungi kita. Aaminnn

    ReplyDelete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥