Follow Us @soratemplates

28/05/2021

Berdebor tunggu SOP PKP di Sarawak

 

Semalam kerajaan negeri Sarawak melalui SDMC telah mengisytiharkan PKP di seluruh bahagian negeri Sarawak bermula esok hari. Dari malam kelmarin lagi dah rumours di group whatsapp. Tapi setakat ni belum tau lagi sama ada PKP 'separuh masak' ataupun memang totally lockdown. Itulah tak sabar tunggu SOP PKP daripada MKN negeri Sarawak.

Ini ringkasan kes di seluruh Sarawak. Highest number setakat ni sejak PKP 1.0 pada Mac 2020. Seram sangat tau 200 lebih tu di Kuching sahaja tapi tu pun cut off jam 2 petang. Hari ni tak tau lah lagi berapa sebab semalam KKM buat ACD di sebuah shopping mall yang berdekatan federal complex. Kalau yang biasa ke Kuching taulah The Spring yang berdekatan sangat dengan wisma pejabat kerajaan persekutuan. KKM tetiba buat ACD bila lebih 40 staf di shopping mall tersebut positif C19. Bila dah buat ACD, customer yang kebetulan ada di situ pun kena swab sekalilah semalam. KKM risau betul customer yang ke situ pun terjangkit sekali daripada staf di kedai-kedai yang ada di situ.

Ini pula kluster-kluster yang aktif. Dan yang merisaukan kluster no 3, 4 dan 5 tu semuanya di area saya. Huwaaaa!!!

Esok PKP harus jalan jem sana sini hari ni. Sejak semalam lagi orang dah mula panic buying. Semalam saya keja masuk ofis so memanglah tak dapat nak ke mana. Ada hati nak top up stok dapur sikit kat supermarket berdekatan ofis tapi risau pulak takut crowded dengan manusia yang panic buying.

So saya pesan je Encik Suami suh singgah top up ayam dan sedikit bahan masak. Tau tak apa yang Encik Suami berjaya beli? Dada ayam jer tinggal. Itupun tinggal 1 je lagi. Memang licin orang dah borong. Astaga.. astaga.

Memandangkan saya BDR hari ni, lunch hour lepas setel semua PDPT saya sendiri dan PDPR #theIMANs, saya keluar hantar buku-buku kakak, abang dan Alan. Awan je takde arahan daripada cikgu untuk hantar buku di sekolah. Agaknya cikgu nak buat stok untuk menyemak masa cuti sekolah minggu depan kot.


Rindu nak hantar Alan ke sekolah tapi apakan daya.

Hantar kerja rumah dapat kerja rumah lagi.

Akhirnya saya berjaya jugak top up stok bahan basah. Beli ayam, udang, ikan dan sotong. Baru senang hati. Kalau fully lockdown pun tak kisah dah sebab cukup kot stok makanan di rumah. Lagipun bukan tak boleh keluar rumah langsung, frontliner kat umah ni tak kenal apa itu BDR atau WFH, dia memang akan pegi keja setiap hari.

Agaknya bagaimanalah SOP nanti? Huhu



19 comments:

  1. Semoga urusan dipermudahkn. Kes makin mengganas. Selangor yang lagi kecik tu pun sehari seribu lebih. Takut nak keluar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selangor mmg juara bertahan sal.. x pyh lah keluar nk beli brg order online je.. kes selangor mmg xde trend nk berkurang lg

      Delete
  2. Baru lepas tengok kes baru harini. Dah cecah 8k lebih dah. Negeri sembilan pun dah cecah 500 lebih dah. Bila kes makin banyak, sana sini panic buying. Harapnya masing masing sedar lah tak keluar rumah kalau tak ada urusan penting. PKP diperketatkan pun rasa longgar semacam je. huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hrp2 lps total lockdown dpt mengurangkan kes di semua negeri di malaysia ni

      Delete
  3. Semoga yang baik2 aje k...
    Kat KL pun sama...
    Mencanak2 dah kes skrg ni...
    Doa semoga kita semua dilindungi...

    jaga diri :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kl semalam kes naik giler kn kak ret.. stay safe ye

      Delete
  4. Kalau di JB ni skrg, memang PKP separuh masak, pergi kerja pun masih jem maksudnya ramai yg masih kena bekerja dalam pkp. Cuma yg terasa sangat pkp nya bila dah tak boleh makan di kedai dan pukul 8 semua dah duduk diam dalam rumah 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org mcm x endah pkp separuh masak ni.. itulah mentaliti org kita masih ingat covid ni mcm dmm selsema biasa je

      Delete
  5. semoga semuanya baik2 saja buat kakmim sekeluarga :)

    ReplyDelete
  6. Total Lockdown dah dikeluarkan..huhuhu sabar jelah!

    p/s: kak mim..shida nk alamat kak mim..emial shida ya!

    ReplyDelete
  7. Sudah LOCKDOWN seluruh negara.. Tak tau nak cakap, suka ke sedih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Stay strong.. utk kebaikan semua rakyat.. better dok dendiam di umh skrg

      Delete
  8. Kadang terfikir juga,kenapa tak lockdown jer.Bila kerajaan dah umum,rasa nak fikir juga,berapa lama ni.Esok kalau dah habis lockdown akan terkenang pulak.Ka saya sorang ja rasa macam tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin berlanjutan smpai bln ogos kalau kes masih mengganas kak.. be prepared ye mental masing2

      Delete
  9. Semoga kita semua sentiasa dilindungi Allah. Bimbang tengok jumlah kes mencanak naik setiap hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aameen.. entah2 hari ni kes baharu 10k farrah 😞 trend 2-3 hari ni menaik semacam je

      Delete
  10. seram tengok kes yang naik tanpa turun-turun nie..

    ReplyDelete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥