Buat Photobook Guna Online Apps - PHOTOBOOK WORLD WIDE





 Lama juga dah tak update koleksi hobi nan 1 ni. 
Buat photobook!
Rasanya setahun dah kot takde tambah koleksi photobook baru.
Almaklumlah tahun 2020 kan tahun PKP takde ke mana pun.
So photobook pun takde jugaklah.
Tapi baru terfikir jugak boleh je kalau nak buat photobook untuk koleksi idea berbuka puasa tahun 2020 yang lalu.
Tahun 2021 ni jangan haraplah nak ada koleksi idea iftar sebab malas sangat nak ambil gambar.
Masak pun lebih kurang je, kalau tiba mood malas masak main order saja.


Hari ni bila dah stay at home mulalah mati kutu. 
IG berapa kali update.
FB pun tetiba datang hantu rajin mengomen.
FB sahabat-sahabat lama pun saya komen wish hari raya.
Kalau tak, memang lupa kewujudan FB tu.


Buat photobook kat mana? 


Saya buat di "Photobookww" je. 
Korang search je tu di Playstore ataupun Apps Store.
Search: PHOTOBOOK WORLD WIDE
Lepas tu boleh install diorang punya apps di henfon korang.

Lepas siap install, korang kena pilih dulu package yang korang nak ambik.
Setiap package tu memang dia dah letak harga.
Pilih jer ikut bajet korang.

Contohnya kita boleh pilih hardcover photobook, simple book ke, print gambar ke, print mug ke.
Yang lain saya tak pernah try lagi.
Selalu buat hardcover photobook je.


Ni contoh interface apps photobookww ni.

Kalau nak mula buat photobook tu, klik je "Projects" tu.
Kemudian pilihlah gambar dari gallery henfon korang.
Gambar limited tau, jangan lebih daripada 20.
Lepas siap pilih-pilih gambar bolehlah check out.

Selalunya photobokkww ada bagi kod promo diorang di apps.
Di IG diorang pun diorang selalu letak jugak promo voucher.
Kalau free postage tu untung la.
Kita tinggal bayar package yang kita pilih je.
Postage photobookww ni agak mahal jugak la kalau ke Sarawak ni.
Dulu masa Encik Suami masih di Melaya senang la buat then pos guna alamat ofis dia je.
Mungkin sebab tu saya dah malas nak buat kot.


Yang nak try boleh la usha IG diorang seperti kat bawah ni.


Kalau takde IG tengok kat FB page diorang pun ada.


Maksimum gambar yang kita boleh pilih 20 gambar je tapi okay lah.
Cover pun jenis hardcover.
Senang nak simpan.
Kalau tak buat macam ni, risiko nak didelete dari henfon memang tinggi.
Sebab memori space henpon cepat full kalau gambar banyak sangat. Ye tak?
Tapi kalau save di cloud tu selamat sikit la.
Saya dah siap 3 projek dah hari ni.
Besoklah baru check out.



18 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. saya guna Photobook Malaysia.. dah 2x buat photobook dengan mereka.. tp harganya mahal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama la tu afeez.. akak ambik pakej yg murah je pastu kena cari voucher code tu utk dpt harga murah.. pastu gamba jgn lebih 21 kalau x mmg mahal

      Delete
  2. Dah lama x buat photobook. Kena try la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat la abam kie.. buat utk event budak di sekolah best jugak tu tp jgn bubuh gambar byk sgt nnt harga jd mahal

      Delete
  3. Menarik!

    Selamat Hari Raya Kakmim 🌹

    ReplyDelete
  4. sama kakmin, klu atie pun bosan, tetiba laju ja mengomen dekat fb.. kalau takkkk... mmg lupa kewujudannnnnn fb ni haha ..sbb selalu bukak twitter ja

    ReplyDelete
  5. memang like fb je dua hari ni hehe

    ReplyDelete
  6. rajin kakmim. photobook gambar kahwin je ada, itupun photographer yang buatkan. mati kutu gak ni raya tak boleh kemana mana. huhu..nak buka media sosial pun malas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. guna apps je fiza.. tp xde lah secantik yg kita buat manual tu.. utk simpan ok lah tp yg special event tu fiza edit mst lg lawa

      Delete
  7. Bagus. Sekarang tak ramai yang suka simpan gambar fizikal. Semua simpan dalam phone dan cloud.

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat fizikal best sikit.. boleh pegang dan tenung lama² tanpa tgk skrin hp.. hehe

      Delete
  8. Kena buat projek photobook macam Kakmim ni lepas ni. Banyak gambar dalam phone nanti tau-tau hilang atau terdelete :)

    ReplyDelete
  9. sama !! hobi saya juga edit2 gmbr buat photobook. tapi sy belum pernah guna application ni. menarik.. dan rasa lagi pantas nak siap. sy mmg akan amek masa sngt2 nak siapkan 1 1 buku.. rasa therapy dok edit2 susun2 gmbr..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau buat sendiri manual mmg lmbt nk siap SYM.. guna apps senang, nk gambar yg edit cantik kena edit dulu gambar tu nnt masukkan je kat apps.. hihi

      Delete
  10. mudah bila ada pelbagai apps online kan kak mim..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah sangat sha.. boleh guna utk keja jugak sha.. senang nk present or bawak masa pameran

      Delete
Previous Post Next Post

Contact Form